1. Kisar halus bawang putih dan bawang merah. Kemudian, tumiskan bahan kisar hingga naik bau. 2. Masukkan cili boh, tumis lagi hingga pecah minyak. 3. Masukkan rempah kari. Tumis lagi sampai pecah minyak. Masukkan lada hitam, gaul sebati dengan kentang. Masak hingga hampir kering. 4. Masukkan bawang besar, garam, gula dan perasa. Bila dah masak, tutup api. Ketepikan.
Roti Puri ialah makanan masyarakat India. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai menu sarapan pagi mahupun ketika minum petang atau makan malam. Resepinya sangat lah mudah. Siapa peminat roti puri boleh lah cuba buat ya! Dah tak perlu keluar untuk beli di kedai. Selamat mencuba!
RESEPI ROTI PURI
Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh yis (terpulang mahu letak atau tidak)
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh garam
3/4 air panas
Cara Penyediaan
Tepung gandum, yis, garam, minyak masak gaulkan kesemua bahan tersebut.
Masukkan air panas. Gaul rata. Uli sampai adunan tidak melekat ditangan.
Kemudian bulat-bulatkan dan leperkan dengan penggelek. Kemudian perapkan selama 15minit.
Panaskan minyak dan goreng sampai agak kekuningan.
Info: Pastikan minyak betul2 panas/ Nak kembung siram minyak atas roti
Kalau anda tiada idea atau inginkan lauk simple yang cepat masak dan siap, boleh cuba resipi telur mata sambal hijau.
Resipi yang dikongsikan Bahiah Saripuddin atau Che Yah ini, memang sedap sangat sampai boleh menjilat jari. Apatah lagi makan panas-panas.
TELUR MATA SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
15-20 biji cili padi hijau (ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah) – beli online di sini 4 biji bawang merah – beli online di sini 3 ulas bawang putih – beli online di sini 2 biji telur ayam Secubit garam Gula sedikit saja (jika suka)
Asam Pedas Utara atau lebih popular dengan nama Asam Rebus ini memang super sedap. Guna Ikan Parang segar lagi bergandalah sedapnya. Rahsia kesedapannya biarlah rasa masam masam sikit, baru best.
Ni resipi perkongsian dari June Ahmad. Katanya, “Ni kalau makan, boh kuah banyak banyak dan makan dengan sambal belacan dan ikan masin gerenti makan bertambah-tambah baq hang.” June guna ikan parang tapi boleh juga guna apa apa ikan yang sesuai macam ikan tenggiri dan lain-lain.
CARA MEMASAK :
1. Masuk bahan kisar dalam periuk.
2. Rebus sekejap sambil-sambil tambah air.
3. Biar lama sikit tak apa supaya bawang dan cili tu betul-betul masak.Masuk sekali asam keping sekali pun ok.
.
4. Kemudian bolehlah masuk ikan, garam, perasa secukup rasa.
.
5. Akhir masuk bunga kantan dan daun kesum.Biar mendidih lagi
.
6. Sesuaikan rasa, kuah tu biar terasa masam-masam sikit baru lagi sedap.
7. Sajian siap dihidang
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.