Roti Ala Burger Big Mac Mcd, Resipi Sedap, Mudah & Mengenyangkan

Share

Resipi roti ala Burger Big Mac Mcd perkongsian saudari Fatin Pauzi ini nampak sangat sedap dan membuka selera. Menurut beliau, resipi ini sesuai bagi anda yang nak buat perut rasa kenyang tapi tidak penuh, nak jaga perut waktu pagi untuk elak makan nasi berlemak dan berminyak. Sangat mudah cara pembuatannya. Malah suami beliau juga puji, katanya rasa lebih sedap dari burger restoran makanan segerat tersohor tu. Wow… Jomlah cuba. Pasti anda pun akan suka.

 

RESIPI ROTI ALA BURGER BIG MAC MCD

BAHAN-BAHAN:
Roti sandwic
Daging kisar (lagi bagus kepingan daging / beef slice)
Mentega beli online disini
Keju Mozarella  (lagi bagus guna kepingan, bukan keju parut) beli online disini
Telur
Susu segar 
Lada sulah secukupnya beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Jika guna daging kisar, goreng dulu daging kisar guna mentega. Jangan letak garam atau gula. Kalau daging slice yang sudah masak, boleh terus letak sahaja. Tidak perlu goreng.

 
2. Potong bahagian tepi roti. Biar bahagian putih sahaja.


3. Letak keju mozarella atas roti. Baru letak daging.


4. Tutup dengan sekeping lagi roti dan penyet bahagian tepi biar melekat dan tertutup. Ia bertujuan supaya elak keju dan daging keluar ketika dimasak. Lakukan hingga bahan habis.


5. Pecahkan telur dalam mangkuk.
6. Letak susu segar dan lada sulah dengan secukup rasa dan pukul sampai sebati.


7. Panaskan mentega dalam kuali sampai cair.


8. Rendam habis roti dalam campuran telur tadi dan masukkan ke dalam kuali.


9. Goreng sampai masak dan balikkan roti. Biarkan bahagian satu lagi masak sempurna dan keperangan.


10. Roti ala Burger Big Mac Mcd sudah siap. Semasa masih panas, terus potong bahagian tengah kalau nak tengok keju meleleh. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Fatin Pauzi

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur