Roti Arab biasanya kita cicah dengan kari atau sambal baru sedap. Tapi kalau dah buat berinti macam ni, tak perlu kuah pun tak mengapa.
Boleh hidang dengan air teh O dan makan begitu saja. Inti pun boleh pilih ikut cita rasa sama ada coklat, jem, keju, kacang merah dan sardine dan sebagainya.
100ml air
100ml susu segar
1sb yis
1/2sk garam
3 cawan tepung gandum
Inti pilihan – keju dan coklat
1. Campurkan semua bahan kecuali inti dan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Jika nak uli menggunakan mixer mata cangkuk atau bread crumbs. Adun hingga sekata.
2. Bila doh sudah lembut, bulatkan doh. Rehatkan selama satu jam. Tutup permukaan bekas.
3. Uli doh sekali lagi. Bulatkan dan potong kemudian bahagikan kepada 4-8 bahagian mengikut saiz yang diingini.
4. Canai setiap satunya dan letakkan inti coklat dan keju. Bulatkan kembali doh. Tekan-tekan doh menjadi sedikit leper.
5. Panaskan kuali datar atau non stick. Goreng doh dengan api sederhana sehingga keperangan di kedua-dua belah bahagian. Boleh juga goreng dengan sedikit minyak atau mentega. Semasa mengoreng tekan-tekan doh dengan sudip supaya lebih leper.
Kredit resipi dan foto: Norfazida Gda
Baca: Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu, Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping