Roti Asyik Tak Habis? Buat Roti Telur Berhantu Macam Ni Comfirm Laris

Share

Roti Telur Berhantu. Ngeri mendengar Namanya tapi bila dirasa, sangat enak dan memang membuka selera. Tua atau muda, pasti akan sukakan rasanya. Makan ketika masih panas, memang tak boleh berhenti makan. Bahan-bahannya sangat mudah. Hanya memerlukan 3 bahan sahaja. Langkah memasaknya juga sangatlah ringkas. Saudari Cheyah Saripuddin ada kongsikan caranya. Jom cuba!

 

CARA MASAK ROTI TELUR BERHANTU YANG SANGAT SEDAP

BAHAN-BAHAN:

6 keping roti
2 biji telur
2 sudu makan susu pekat manis beli online disini

Dapatkan MUZY 3 LAYER ANTI DUST DISH STORAGE BOX

 dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:

1.Pecahkan telur dan masukkan susu pekat manis.

2. Kacau supaya kedua-dua bahan menyatu dan sebati.

3. Celup kepingan roti yang telah dipotong 4.

4. Pastikan anda celup di kedua-dua belah roti dengan rata.

5. Panaskan kuali tahan lekat. Kemudian goreng kepingan roti tadi tanpa menggunakan minyak. Boleh juga sedikit minyak tapi pastikan tidak menggunakan minyak yang banyak kerana roti akan meresap minyak tersebut. Rasanya akan jadi tidak sedap.

6. Bila roti sudah jadi keperangan sebegini, bolehlah diangkat.

7. Tekstur roti yang diangkat tidak akan keras. Ia akan lembut sebegini.

8. Enak dinikmati ketika masih panas. Sedap dan lembut. Jom cuba!

 

NOTA: Kepingan roti boleh potong empat. Jika tidak mahu potong pun tidak mengapa. Ikut selera masing-masing.

Kredit resipi & foto: Cheyah Saripuddin

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar teknik buat biskut yang enak? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.

Kelas Biskut Kudap-Kudap

Tarikh: 13 Ogos 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)

APA YANG AKAN ANDA DAPAT?
* Ketahui teknik hasilkan biskut yang enak
* Berpeluang mulakan bisnes biskut sendiri
* Demo step by step oleh pakar

Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI  

Published by
Nur