Kalau teringin nak makan Roti Bakar ala Kopitiam, boleh saja buat sendiri di rumah. Mudah saja caranya. Hanya guna air fryer, anda dah boleh dapat hidangan roti yang rangup di luar dengan kombinasi rasa manis kaya dan lemak mentega yang mencair. Perfect!
ROTI BAKAR ALA KOPITIAM
Bahan-bahan:
Roti putih
Mentega | dipotong
Kaya
Cara Memasak:
1. Ambil sekeping roti, sapukan kaya dan letakkan mentega yang telah dipotong.
2. Kemudian, bakar di dalam air fryer selama 5-7 minit pada suhu 180°C.
3. Roti Bakar ala Kopitiam sedia untuk dimakan.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Belanja rumah boleh dikurangkan jika kita tahu caranya. Salah satu yang boleh anda lakukan ialah menyediakan sajian ala kedai tapi secara homemade. Macam roti canai ni resipi perkongsian saudari Aien Alaam ni. Sangat berbaloi untuk dicuba.
ROTI CANAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
2 sudu makan marjerin / 3 sudu makan minyak masak
2 sudu teh garam
1 biji telur – tak letak pun tak apa
2 sudu makan susu pekat manis
Air sejuk secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung dan garam. Gaul-gaulkan.
2. Kemudian masukkan marjerin/minyak, susu pekat manis dan telur. Masukkan juga air sedikit demi sedikit dan uli sampai tepung tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil. Saiznya bergantung pada saiz roti canai yang nak dibuat. Kemudian sapu marjerin ( nak rendam dalam minyak pun boleh)
4. Biarkan doh-doh roti canai tadi selama 3-4 jam barulah boleh ditebar.
5. Canai doh nipis-nipis dan tebar ikut kreativiti. Goreng dalam kuali dan sedia untuk dinikmati bersama kuah pilihan.
6. Jika nak buat untuk sejukbeku, masak doh roti canai cukup sekadar untuk matikan tepung dan bukan sampai garing.
7. Sejukkan dan letak dalam plastik atau bekas bersesuaian. Simpan dalam peti sejukbeku.
Tat Telur sememangnya menjadi kegemaran ramai. Pastri yang rapuh ditambah pula dengan filling telur yang lemak manis, sebiji memang tak cukup. Kalau makan ketika masih suam, lagi nikmat rasanya tau. Bagi anda yang nak cuba, saudari Norain Naim ada kongsikan satu resipi yang cukup mudah dan ringkas. Hanya guna enam bahan je. Jom lihat cara-caranya.
1. Bancuh gula dengan air panas hingga larut. Ketepikan sehingga air gula sejuk.
2. Pukul sekejap telur guna pemukul tangan. Masukkan air gula, susu penuh krim, esen vanilla dan kacau sebati. Tapis bancuhan telur bagi membuang buih.
3. Ambil acuan dan sapu sedikit mentega di permukaannya. Ia bertujuan mengelakkan pastri melekat pada acuan.
4. Kemudian masukkan kulit pastri ke dalam acuan. Kemudian isi bancuhan telur tadi hingga hampir penuh.
5. Pastikan filling tidak dimasukkan terlalu penuh kerana nanti akan melimpah. Jika melimpah, kulit luar pastri akan menyerap filling dan membuatkan kulit pastri menjadi lembik.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C sehingga masak atau kekuningan. Masa masak ni berbeza ikut ketuhar masing masing. (beli OVEN murah secara online DISINI)
7. Untuk pastikan tart telur sudah masak, ambil lidi bersih dan cucuk. Jika lidi yang dikeluarkan itu bersih, maknanya tat telur sudah masak.
8. Keluarkan tat dari ketuhar. Ambil lidi dan cungkil bahagian tepi-tepi kulit pastri yang melekat supaya bila sudah sejuk, senang nak keluarkan tat dari acuan.
9. Tat Telur homemade sedia untuk dinikmati.
INFO: Jika tiada acuan kecil, boleh juga guna acuan lain untuk membuat Tat Telur bersaiz besar.
Pening nak fikir apa menu nak bawak bekal berkelah hujung minggu ni? Jangan bimbang, ini beberapa menu ringkas, mudah, senang buat dan dibawa ke tempat berkelah. Pastinya anak-anak tak sabar menunggu untuk berkelah bersama melihatkan senarai bekal dibawa berkelah semuanya sedap menyelerakan.
SUSHI BITE
BAHAN-BAHAN:
NASI SUSHI:
1½ cawan beras sushi
2 cawan air
1/3 cawan cuka nasi
2 sudu makan gula
1 sudu teh garam
BAHAN INTI:
2 keping seaweed | dihiris halus
1 bij cili merah | dihiris halus
3 biji cendawan kering shitake |direndam dan dicincang halus
1/2 batang merah | dicincang halus
4 batang isi ketam filament dihiris halus
CARA MEMASAK:
Basuh beras sehingga bersih dan toskan
Masukkan beras ke dalam periuk dan masukkan air, gula dan garam secukup rasa.
Apabila nasi masak, gaulkan nasi dengan cuka sehingga sebati.
Campurkan bahan-bahan inti yang telah dihiris halus ke dalam nasi tadi. Gaulkan sehingga sebati.
Kepalkan nasi tadi mengikut citarasa anda.
Sedia untuk dihidangkan.
CONEY DOG
BAHAN-BAHAN:
4 biji roti sosej | belah tengah
100gm daging cincang
4 batang sosej ayam
1 biji bawang holland | dicincang halus
2 ulas bawang merah|dicincang halus
1ulas bawang putih | dicincang halus
4sudu makan sos balognes
1 sudu teh serbuk kari daging
1 helai daun bay
Sedikit oregano
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus sosej ayam sehingga lembut dan toskan.
Tumis bawang merah dan putih sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak
Diikuti sos bolognes, daun bay dan oregani. Kacau rata.
Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Belah roti dan letakkan sosej di tengah.
Tuangkan sos coney di atasnya dan taburkan bawang besar cincang.
Sedia untuk dihidangkan.
SANDWICH AYAM
BAHAN-BAHAN:
100gm isi dada ayam
5 sudu makan tepung ayam goreng
1 sudu teh serbuk lada hitam
4keping roti biasa atau whole meal
Sedikit hirisan timun, bawang holland dan salad
Mayonis secukupnya
CARA MEMASAK:
Keringkan isi ayam yang dah dibersihkan dengan tisu dapur atau toskan.
Masukkan serbuk lada hitam ke dalam tepung ayam goreng. Gaul rata.
Celupkan ayam dalam telur dan tepung ayam goreng.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa sehingga masak.
Angkat dan ketepikan.
Sementara tunggu ayam sejuk sediakan roti, hiris tomato, bawang, salad dan timun.
Hiris isi ayam tadi bentuk kiub dan gaulkan dengan mayonis.
Kemudian susunan sandwich megikut citarasa.
KENTANG BAKAR BERISI DAGING
BAHAN-BAHAN:
2 biji ubi kentang |saiz besar
200gm daging kisar
1 ulas bawang merah | dicincang
1 ulas bawang putih |dicincang
100gm keju mozarela | diparut
2 sudu kecil mayones
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk ketumbar
Garam secukup rasa
Daun bawang | dihiris halus
CARA MEMASAK:
Rebus ubi kentang sehingga separuh empuk
Kemudian ubi kentang dibelah dua dan keluar sedikit isi di bahagian tengah.
Gaulkan isi kentang yang dikeluarkan tadi dengan mayonis dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawah putih, serbuk lada hitam dan serbuk ketumbar sehingga naik bau.
Masukkan daging kisar dan tumis sehingga daging masak. Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan isi ubi kentang yang telah digaul dengan mayonis tadi ke dalam kentang yang telah di korek.
Lapiskan tumisan daging di atas lapisan campuran isi kentang dan mayones..
Taburkan keju mozarela dan daun bawang.
Bakar selama 12 minit pada suhu 200c.
Sedia untuk dihidangkan.
ROTI GULUNG SOSEJ PENDEK
BAHAN-BAHAN:
12 biji sosej koktel
6 keping roti putih
200gm serbuk roti
1 biji telur ayam
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1.Roti putih dibuang bahagian tepi kemudian digelek sehingga nipis dan dipotong dua.
2.Gulungkan sosej koktel dengan roti yang telah digelek tadi. Sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkan roti tersebut.
3.Celupkan gulungan tadi ke dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.
4.Goreng sehingga kuning keemasan.
5.Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
POPIA INTI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1biji bawang besar| dicincang halus
2ulas bawang putih| dicincang halus
200gm daging kisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
100 gm kacang panjang | hiris halus
1/2 batang lobak merah | hiris halus
1 bungkus kulit popia
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
Masukkan daging kisar. Gaul rata.
Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaul lagi dan tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
Popia sedia dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!