
Roti bakar kastard yogurt ini sedap walau pun cara pembuatannya versi lebih sihat. Roti dibakar dan tak menggunakan minyak. Bahkan terdapat buah-buahan juga.
Siapa cakap makanan untuk orang diet tak sedap ye? Roti bakar kastard yogurt atau Yogurt Custard Toast ini cukup mudah nak membuatnya. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Tuan Adrianna Arissa ini.
Yogurt Custard Toast
Bahan-bahan:
2 keping roti – seeloknya wholemeal – boleh beli online di sini
1 biji telur
2 sudu besar Greek yogurt / Natural yogurt – boleh beli online di sini
1 sudu besar sirap maple / honey
Buah-buahan segar – beri, strawberi, pisang (terpulang selera)
Serbuk kulit kayu manis – pilihan – boleh beli online di sini
Cara Masak Roti Bakar Yogurt Kastard:

Ambil sekeping roti, lenyekkan nipis bahagian tengah dengan menggunakan sudu.
Dalam satu bekas, campurkan bahan yogurt, sirap maple, serbuk kulit kayu manis dan telur. Kacau sebati. Kalau tak suka rasa dan bau kayu manis, boleh skip.

Letakkan campuran yogurt itu di atas roti tadi dan susun buah-buahan pilihan. Terpulang berapa banyak nak letak dan buah apa.

Susun roti di dalam tray di dalam air fryer. Bakar suhu 160 -170 selama 10 minit. Siap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
2 Menu Pai Guna Pastri Segera Yang Sangat Sedap & Senang.

Tidak kira pai pedas atau manis, ia tetap menjadi dessert yang digemari ramai sebagai hidangan sampingan di majlis-majlis keraian atau teman kopi untuk minum petang yang santai. Ada pelbagai kulit pai yang digunakan, apa kata korang cuba pai yang menggunakan pastri pai segera yang mudah. Sangat senang menyediakannya kerana korang hanya perlu sediakan intinya saja dan bakar. Semudah 1, 2, 3.

PAI EPAL
- BAHAN-BAHAN:
- 6 keping kulit pastri segera
- 2 biji epal hijau | potong dadu kecil
- 1/2 cawan gula perang
- 2 sudu makan tepung gandum
- 2 sudu makan mentega
- 2 sudu makan jus lemon
- Sedikit parutan kulit lemon
- 2 biji kuning telur | untuk glis
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
- Campurkan epal bersama kesemua bahan kecuali kuning telur dan kulit pastri.
- Gaul rata dan sekata.
- Letakkan inti ke dalam kulit pastri dan lipatkan berbentuk segi tiga.
- Tekan hujung bucunya dengan garpu.
- Sapukan kuning telur dan taburkan sedikit gula perang.
- Susun ke atas dulang pembakar dan bakar selama 10-15 minit.
- Setelah sejuk baru keluarkan dari dulang pemebakar.
- Pia sedia dihidangkan panas-panas untuk mendapatkan keranggupan kulit pai.

POT PAI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PASTRI:
- 250gm tepung serbaguna
- 100gm mentega | sejukkan
- 80g susu segar/air
BAHAN INTI:
- 150gmM isi ayam | potong dadu
- 80gm sayuran campur
- 1 /2 biji bawang Holland | dadu halus
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 tin sup krim ayam
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 1/4 sudu teh garam
- 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
- Potong mentega kepada ketulan kecil.
- Gaul mentega bersama tepung sehingga menjadi crumble.
- Masukkan susu dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut
- Balut dengan plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.
- Keluarkan doh dari dalam peti sejuk dan canai dengan ketebalan 1/4cm
- Letak atas acuan pai dan gunting lebihan doh mengikut bentuk acuan.
- Dengan menggunakan garpu cucukkan lubang di tengah-tengahnya.
- Masukkan ke dalam ketuhar selama 15 minit.
- Sementara itu, sediakan inti.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan bawang Holland dan masak sehingga keperangan.
- Masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak.
- Tuangkan krim sup, garam dan serbuk lada sulah. Kacau sebati
- Setelah sejuk, tuangkan inti dalam cengkerang tart.
- Tutup bahagian atas dengan kepingan crust pie.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan masak sehingga 15-20 minit.
- Setelah masak pai sedia dihidangkan.
13 Jenis Resipi Viral Yang Boleh Di Buat Guna Roti Putih Biasa Jer!

Roti sumber karbo yang popular untuk dijadikan sajian makanan sekeluarga. Banyak resipi yang boleh dihasilkan dengan menggunakan roti, berikut 13 resipi yang viral sesuai dijadikan hidangan pagi, tengahari dan malam. Selamat mencuba!
1. KARIPAP ROTI SEDAP DAN SEMPOI

BAHAN-BAHAN:
- Roti gardenia (berapa keping korang nak)
- Inti (resepi ni guna inti karipap)
- Tepung jagung (kalo xde guna tepung gandum pon bole)
- Air
*sila bancuhkan tepung jagung dgn air dgn kelikatan yg agak likat jugak macam gam
CARA MEMASAK:
- Mula2 kita prepare kulit nya dulu
- Roti gardenia sekeping demi sekeping digelek, untuk kasi nipis, make sure bhgn tepi tu ditrim
- lepas tu sapukan bancuhan tepung jagung dengan air tadi di sekeliling roti (tengok pic), untuk tujuan menge’gam’ kan dia
- letak inti kat tengah2 roti tadi
- Kemudian sila la cantumkan hujung ke hujung roti membentuk segitiga. alah cam nak buat sandwich tu.
- Pastu amik garfu then tekan2 kan kat keliling bahagian yang dicantumkan tadi.
- Tujuannye nak kasi tutup rapat, lagi satu elok sikit menengoknye dak.
- So sila la buat utk kesemua roti anda satu demi satu.
- eh tu goreng.sila jgn guna minyak yg terlalu banyak ok.
- Siap. Inilah dia karipap roti anda yg dah siap untuk dingap
Kredit: Canteq.blogspot
2. CUCUR ROTI

BAHAN-BAHAN:
- 5 keping roti putih (potong dadu kecil2)
- 2 biji bawang merah (potong dadu kecil2)
- 1 biji cili merah (potong dadu kecil2)
- 2 biji telur ayam
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 tangkai daun sup dan bawang (hiris halus)
- Sedikit ikan bilis (ditumbuk)
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Gaul kesemua badan sehingga sebati. Masukkan air sikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak. Nanti cair tak sedap pula.
- Panaskan minyak dan buat jemput2 bulat. Goreng dengan api sederhana
- Terbalikkan cucur tersebut, dan biarkan seketika. Lepas tu boleh angkat.
Kredit: mamaqaireen.com
3. ROTI KAYA GORENG BUTTER

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 4-5 keping roti putih
- kaya secukupnya
- 1sm susu cair @ segar
- garam dan serbuk lada sulah secukupnya
- sedikit butter
- sedikit gula icing
CARA MEMASAK:
1. Telur, susu, garam, lada sulah- dipukul sebati.
2. Sapu kaya pada roti, lipat dua jadikan 3 segi.
3. Celupkan dalam bancuhan telur, biarkan sebentar.
4. Panaskan butter dalam kuali non stick, masuk roti tadi, goreng hingga garing. Balik balikkan supaya semua sisi masak.
5. Angkat, sejukkan sebentar dan taburkan gula icing jika suka.
4. ROTI GORENG SOSEJ

BAHAN-BAHAN:
- Roti keping (terpulang jenama apa tapi saya guna Gardenia)
- Sosej
- Telur
- Secubit garam dan gula
- Sedikit tepung gandum/tepung beras
- Sedikit soda bikarbonat (agen perangup)
- Sedikit tepung gandum (untuk dijadikan gam dicampurkan sedikit ke dlm telur)
CARA MEMASAK:
- Potong sosej mengikut selera anda. Jika potong sosej kepada 2, roti pun bahagi kepada dua. Kalau potong 3, roti pun bahagi kepada 3 bahagian. Biasanya saya potong 3, tak lah besar sangat dapat pun banyak.
- Tips: Sebelum roti dipotong, tekan atau penyekkan sedikit roti tu atau boleh juga gunakan penggelek untuk memadatkan roti tu. Tujuannya adalah untukmengelakkan roti terlalu kembang masa dicelup ke dalam telur dan jugamengelakkan roti menyerap minyak berlebihan ketika digoreng. Jangan risau kerana roti akan mengembang semula ketika digoreng.
- Selepas dipenyekkan, potong roti dan gulungkan sosej yang dipotong tadi dengan roti. Kemudian dihujung roti tersebut, gamkan dengan tepung yang dibancuh dengan sedikit air. Jangan terlalu cair ya, nanti tak lekat pula. Selepas dilekatkan biarkan sekejap sementara kita siapkan telur.
- Pecahkan telur. Masukkan tepung, soda bikarbonat, garam dan gula. Pukul sehingga sebati dan agak kembang atau kalau nak senang masuk blender je. Lepas tu celupkan roti tadi dan terus goreng dengan menggunakan minyak yang banyak dan panas.
- Setelah agak keperangan, angkat dan toskan minyak atas tisu dapur.Siap untuk dihidang.
5. ROTI TELUR CHEESE

BAHAN-BAHAN:
- Roti
- Telur
- Keju
CARA MEMASAK:
- Letakkan 2 keping keju diatas roti, kemudian letakkan sekeping lagi roti di atas keju tersebut seperti sandwich.
- Salutkan roti tersebut dengan telur yang telah dipukul. Panaskan minyak dan gorengkan.
- Setelah keperangan, angkat roti.Roti telur cheese sedia untuk di hidang
6. MUFFIN ROTI BUTTERSCOTCH

BAHAN-BAHAN:
- 12 – 16 keping roti gardenia butterscotch
- 3 biji telur
- 2 cawan susu segar
- 1 cawan tepung
- 1 sudu teh baking powder
- 1sudu teh esen vanilla
- 3 batang sosej
- Cheese mozarella
CARA MEMASAK:
- Gelek roti hingga nipis dan tekap menggunakan tumbler plastik/cawan plastik untuk membentuk bulat.
- Didihkan air dan rebus sosej dalam 5 minit dan potong berbentuk mancis
- Sapu acuan dengan marjerin/butter. Bentukkan roti macam kulit tart.
- Masukkan sosej dan cheese
- Masukkan telur, tepung, baking powder, susu segar dan esen vanilla ke dalam mangkuk.
- Pukul menggunakan wisker hingga sebati.
- Tuang bancuhan telur ke dalam roti.
- Bakar pada suhu 180’C selama 15 – 20 minit
Kredit: resepicikguani.blogspot.my
7. ROTI EPAL PIE

BAHAN-BAHAN:
- 10 keping roti putih
- Minyak untuk goreng
Inti:- untuk 8-10 pie
- 3 biji green apple
- 3 sudu brown sugar
- 1 sudu tepung jagung/tepung gandum
- 1 sudu butter
- 1/2 sudu teh cinnamon powder
- Secubit garam
Gam:
1 sudu besar tepung gandum bancuh dengan 2 sudu air
CARA MEMASAK:
- Kupas kulit apple
- Belah 6.Buang tengahnya yang keras & potong dadu
- Panaskan pan & masukkan apple,cinnamon powder,butter,garam & kacau hingga gula cair.
- Bila apple dah nampak kecut & mendidih,taburkan tepung gandum.Jika guna tepung jagung lebih cantik.
- Tutup api & biarkan sejuk.
- Stimkan roti supaya tidak terlalu menyerap minyak bila digoreng.Kemudian gelek hingga nipis. **my mom just letak tapis atas rice cooker masa nasi tengah mendidih & stim roti sekejap sahaja.
- Isi inti memanjang atas roti yang sudah digelek.
- Sapu gam tepung gandum sebelum melipat.Tekan supaya melekat & potong kulit roti supaya kemas
- Buat hingga selesai.
***Jika nak bawa bekal esok.simpan dalam peti ais & goreng esok pagi la. - Goreng dalam minyak panas hingga golden brown & tos atas kitchen towel.surve panas2.yummy..!!!
Kredit: namakucell.blogspot.my
8. ROTI TELUR CHEESE

Bahan-bahan sekeping roti telur cheese:
- 1 keping roti
- 1 biji telur
- 1 keping sosej.Dihiris nipis
- sedikit mix herbs
- sedikit white pepper
- keju
- aluminium foil dan dibentuk seperti kotak kecil sebesar saiz roti.Tinggikan sedikit tepinya supaya menjadi seperti mini loyang.
CARA MEMASAK:
- Roti ke dalam aluminium foil.Letakkan sosej yang dihirs mengikut kegemaran anda.
- Pecahkan sebiji telur ke atas roti tadi.Mini loyang aluminium tadi akan menampung telur supaya tidak jatub meleleh ke sisi.
- Tabur sedikit mix herbs dan pepper.Tabur keju di atas telur tadi
- Bakar dalam magic pan atau oven sehinggan telur masak.Hiaskan dengan sedikit cili sos.
9. ROTI JOHN

BAHAN-BAHAN:
- 6 keping roti gardenia
- 3 biji telur
- 2 keping daging burger
- Segenggam kubis hiris nipis
- Daun bawang
- Daun sup
- Bawang besar (setengah bji potog dadu)
- Cili besar (ikut suka nak banyak mana)
- Halia(sikit je)
- Perasa.(gula/garam)
Untuk topping boleh letak Cheese, Sos Cili, Timun, Tomato, ikut kreativiti masing masing.
- Daging burger di potong kasar.
- Kacau bersama dengan telur biar sekata.
- Campurkan semua bahan sayuran tadi.
- Tuangkan semua sekali ke dalam pan tadi. Ratakan semua bahan.
- Susun lapisan Cheese. .lagi banyak lagi sedap tau.
- Tutup dengan roti di atas Cheese tadi.
- Terbalikkan pan & taruk sos n mayo
- Lipatkan roti tadi.
Kredit: FB Haz Anna Hasan
10. LASAGNA ROTI

BAHAN-BAHAN:
•1/2 bawang besar
•1/2 Tube daging cincang
• 1 genggam mixed vegie
• sos cili & tomato
• salt & pepper
• roti
• telur
• susu
• mozarella cheese
CARA MEMASAK:
1. Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging biar sampai empuk.
2. Masukkan sos cili dan tomato,salt dan pepper dan mixed vegie. masak smpai kering sikit. Rasa masin manis inti tu.
3. Siapkan bahan roti. Pukul telur dan susu.
4. Celupkan roti dalam telur dan susu tu. Then letak inti yg dh masak then tabur mozarella cheese. Ulang semula dari roti, buat 2 layer.
5. Bakar suhu 180c sampai garing sikit.
11. PIZA ROTI

BAHAN-BAHAN:
- 1 buku roti
- Tomato puri
- Cheddar cheese
- sosej
- cendawan butang
- lada benggala
- kepingan ayam | dipotong dadu
- mozarela cheese
CARA MEMASAK:
- Dapatkan 1 buku roti gardenia. Susun dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas roti dibakar nanti. Selepas itu, sapu roti tersebut dengan tomato puri.
- Letakkan kepingan cheddar cheese ke atas roti yang telah disapu tomato puri tadi.
- Kemudian, letakkan kepingan sosej, cendawan butang, lada benggala, kepingan ayam dadu atau apa sahaja ikut selera masing-masing (tapi pastikan bahan mentah seperti sosej atau ayam di rebus separuh dahulu sebelum di taburkan ke atas roti tadi).
- Akhir sekali, taburkan mozarela cheese
- Kemudian, bakar pizza tersebut di dalam oven lebih kurang 15 minit..
- Hias dan potong pizza yang telah siap dibakar tadi.
12. GARLIC BREAD

BAHAN-BAHAN:
1)1 sudu butter
2) dua keping roti
3) parsley – boleh beli yang kering dalam botol(banyak jual kat giant, tesco atau pasaraya)Parsley flakes dia tulis, bahagian rempah ratus ya.
4) yang ni ada dua optinal,korang boleh guna satu biji bawang putih
ataupun macam aku,aku dah siap beli serbuk garlic tu.
CARA MEMASAK:
- Ambik satu sudu butter, campurkan dengan parsley dan korang punya garlic tadi.
- Bagi yang guna bawang putih.just tumbuk-tumbuk sampai hancur pastu gaul kan sekali.senangkan.lima minit pun dah boleh siap dah.
- 2 dan 3 lepas dah siap tu,sapu la dekat roti tu.uapa2 roti pun boleh guna.tak kisah pun.Pakai roti gardenia je pun best dah.
- Bakar dalam periuk ajaib je.bakar lima minit je.jadila jumlahnya 10 minit saja untuk kita buat garlic bread yang sangat simple tapi sedap ni.
- Garlic bread sedap dicicah bersama mushroom soup. (Boleh rujuk resepi kat wall saya sebelum ni. pernah buat dah)
13. BEBOLA ROTI GORENG

BAHAN-BAHAN:
- 12 keping roti (plain white bread) – potong kecil
- 2 biji telur – saiz besar
- 3 biji cili merah – dihiris
- sedikit daun sup/bawang – dipotong pendek
- 1 biji bawang besar – kalau dah pakai daun bawang guna 1/2 je
- 2 sudu teh serbuk lada putih
- garam secukup rasa
- 1/2 kiub perasa ikan bilis – ABM guna perasa ayam
- 3 sudu besar mayonis – ABM tambah
- 2 keping fishcake – dihiris kecil (ABM tambah)
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Masukkan roti didalam mangkuk besar dan masukkan telur kedalamnya.
- Kemudian, masukkan kesemua bahan kecuali minyak untuk menggoreng kedalam mangkuk. Ramas2kan sehingga sebati.
- Bulat2 kan roti sehingga siap. Jangan terlalu besar pula ye. Agak2 lah saiznya.
- Goreng dalam minyak penuh sehingga keemasan. Toskan dan siap dihidang.
Kredit: Nisak Abu Hasan
Wah! Puan Sharifah Tak Kedekut Kongsi 5 Resipi Roti Gebu & Sedap.

Roti makan panas-panas, memang sedap. Ada pulak air kopi memang layan. Masalahnya susah nak dapat roti panas, kecuali buat sendiri. Kalau nak buat sendiri tak ada masalah sebab Puan Sharifah bermurah hati share lima resipi roti yang jadi pilihan ramai pelanggannya dengan anda semua.
Apa tunggu lagi cuti hujung minggu ni, kita buat roti sebagai hidangan minum petang keluaraga atau sebagai bekal keluar berkelah dengan bersama.

BAN OREO CRUMBLE
BAHAN A:
- 500gm tepung high protein
- 80gm gula
- 30gm susu tepung
- 1 sudu teh bread improver
- 1 sudu teh bread softener
- 11gm yis
- 1 biji kuning telur
- 150gm air
- 100gm ais
- 60gm marjerin
- Secubit garam
BAHAN B (TOPPING):
- 25gm mentega
- 100gm tepung gandum
- 20gm gula kasar
- 30gm Oreo
*Campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti. Tabur di atas doh sebelum bakar.
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A ke dalam penguli dan uli selama 30 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
- Bahagikan dan bentukkan doh kepada 55gm setiap satu dan letakkan di dalam acuan kertas. Biar doh naik dua kali ganda.
- Tabur campuran crumble oreo tadi di bahagian atas doh roti.
- Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.

BAN CHICKEN FLOSS
BAHAN A:
- 500gm tepung high protein
- 80gm gula
- 30gm susu tepung
- 1 sudu teh bread improver
- 1 sudu teh bread softener
- 11gm yis
- 1 biji kuning telur
- 150gm air
- 100gm ais
- 60gm marjerin
- Secubit garam
BAHAN B (TOPPING):
- Chicken floss (serunding ayam) secukupnya
- Sos cili secukupnya
- Mayones secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk penguli dan uli selama 30 minit. Adun hingga menjadi doh.
- Bahagikan doh kepada 60gram setiap satu. Bentukkan doh bujur memanjang dan letak di dalam acuan kertas. Biarkan doh naik sehingga dua kali ganda.
- Bakar doh terlebih dahulu pada suhu 180C selama 15 minit.
- Keluarkan dan paip sos cili dan mayones pada permukaan atas roti. Akhir sekali tabur ‘chicken floss’.
- Sedia untuk dinikmati.

BAN TUNA
BAHAN A:
- 500gm tepung high protein
- 80gm gula
- 30gm susu tepung
- 1 sudu teh bread improver
- 1 sudu teh bread softener
- 11gm yis
- 1 biji kuning telur
- 150gm air
- 100gm ais
- 60gm marjerin
- Secubit garam
BAHAN B (TOPPING):
- 1 tin tuna
- Cili merah dan daun bawang secukupnya | racik halus
- Sedikit susu cair untuk sapuan
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat topping; hancurkan tuna dan masukkan cili merah dan daun bawang yang telah diracik. Gaul sebati. Ketepikan.
- Untuk membuat doh; satukan kesemua bahan A ke dalam penguli dan uli selama 30 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
- Timbang doh kepada 55gm setiap satu dan bulatkan doh. Bentukkan doh menjadi segi tiga.
- Sapukan topping di bahagian atasnya. Biarkan doh naik dua kali ganda. Satukan susu cair pada bahagian atas topping tuna tadi.
- Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.

BAN VANILLA CRUMBLE
BAHAN A:
- 500gm tepung high protein
- 80gm gula
- 30gm susu tepung
- 1 sudu teh bread improver
- 1 sudu teh bread softener
- 11gm yis
- 1 biji kuning telur
- 150gm air
- 100gm ais
- 60gm marjerin
- Secubit garam
BAHAN B (TOPPING):
- 50gm mentega
- 100gm tepung gandum
- 1 sudu teh esen vanila
- 30gm gula pasir
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A ke dalam penguli dan uli selama 30 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
- Bahagikan dan bentukkan doh kepada 55gm setiap satu dan letakkan di dalam acuan kertas. Biar doh naik dua kali ganda.
- Tabur campuran crumble vanilla tadi di bahagian atas doh roti.
- Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.

BAN PANDAN
BAHAN A:
- 500gm tepung high protein
- 80gm gula
- 30gm susu tepung
- 1 sudu teh bread improver
- 1 sudu teh bread softener
- 11gm yis
- 1 biji kuning telur
- 150gm air
- 100gm ais
- 60gm marjerin
- 2 sudu makan pes pandan
- Secubit garam
- Sedikit susu cair untuk sapuan
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A ke dalam penguli dan uli selama 30 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
- Bahagikan dan bentukkan doh kepada 60gram setiap satu dan bulatkan doh. Rehatkan doh yang dibulatkan sehingga kembang dua kali ganda.
- Sapukan permukaan doh dengan susu cair.
- Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.

