
Waktu pagi selalu terkejar-kejar. Sibuk, kan? Apa kata buat sarapan simple tapi sedap ni. Jom try.
ROTI BAKAR TELUR HANCUR BERKEJU

BAHAN-BAHAN
• 4 biji telur ayam
• 60 ml susu
• Garam dan lada hitam
• Mentega 10 gram
• 25 gram keju cheddar (parut)
BAHAN HIASAN
• Mayones
• Serbuk lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Pukul telur ayam dan susu. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
2. Cairkan mentega dalam kuali nonstick dan goreng telur ayam dengan api yang sederhana kecil.
3. Kacau telur ayam sesekali. Jangan terlalu hancur. Biarkan selama 4 minit. Akhir sekali masukkan keju.
4. Bakar roti. Letakkan salad dan telur hancur berkeju tadi.
5. Letak mayones dan sedikit serbuk lada hitam kalau nak cantikkan.
Resipi Oleh unknown dari Telegram KakiMakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
10 Resipi Sandwic Homemade Sesuai Untuk Jamuan Akhir Tahun.

Sandwic biasanya disajikan sebagai sarapan namun kini, terdapat pelbagai jenis sandwic homemade moden yang didatangkan dengan pelbagai inti enak. Sangat sesuai jika dijadikan hidangan untuk jamuan di sekolah anak-anak. Maklumlah, musim persekolahan sudah nak sampai ke penghujung. Cara penyediaannya juga cukup mudah. Anda bolehlah mencubanya. Sedap, mudah dan lebih jimat berbanding yang dibeli.
10 RESIPI SANDWIC HOMEMADE YANG SEDAP & MUDAH
1. SANDWIC BEEF BLACK PEPPER

BAHAN SANDWIC:
- Roti sandwic
- Kepingan keju
- Mayones
- Daun salad
- Timun | dipotong nipis
- Tomato | dipotong nipis
BAHAN INTI:
- 2 biji bawang besar | dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1/2 biji lada benggala | dicincang halus
- 5 biji cendawan | dihiris halus
- 400gm daging | dicincang halus
- 150gm sos lada hitam
- 3 biji cili padi | ditumbuk halus
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang besar, bawang putih, lada benggala, cendawan dan daging. Masak sehingga daging agak masak.
- Kemudian masukkan sos lada hitam, cili padi yang dihiris dan garam secukup rasa. Masak sehingga sebati dan daging kelihatan seperti pecah minyak. Angkat.
- Apabila daging sejuk, barulah ambil roti sandwic, letakkan daun salad, kepingan keju, daging yang dimasak tadi, mayones, timun dan tomato.
- Sedia untuk dinikmati.
2. SANDWIC HAWAIAN CHICKEN

BAHAN INTI:
- 400gm ayam | dicincang halus
- 2 biji bawang besar | dipotong dadu
- 5 biji cendawan | dihiris nipis
- 2 potong nanas | dipotong dadu
- 800gm sos bolognese
- 1 sudu teh serbuk herba Itali
BAHAN SANDWIC:
- Roti
- Kepingan keju
- Mayones
- Daun salad
- Timun jepun | dipotong bulat
- Tomato | dipotong bulat
CARA MEMASAK:
- Goreng ayam dalam kuali, tambahkan sedikit air jika ayam melekat.
- Masukkan bahan mentah seperti bawang, cendawan dan nanas. Masak seketika.
- Masukkan sos bolognese dan gaul sebati. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk herba Itali secukupnya.
- Hias roti sandwic dengan kepingan keju, mayones, salad, timun jepun, inti ayam, dan tomato. Kepitkan dengan roti dan sedia dimakan.
3. SANDWIC CRABSTICK MAYO

BAHAN INTI:
- 400gm Crabstick
- 2 biji bawang besar | dipotong halus
- 200gm mayones
- Sedikit lada sulah/lada hitam
BAHAN SANDWIC:
- Roti
- Kepingan keju
- Mayones
- Salad Romania
- Timun jepun | dipotong bulat
- Tomato | dipotong bulat
CARA MEMASAK:
- Celur seketika crabstick dan dicincang.
- Kemudian masukkan kesemua bahan, bawang besar, mayones dan lada sulah. Gaul sebati.
- Ambil roti sandwic dan lapiskan dengan kepingan keju, mayones, salad romania, inti crabstick, timun dan tomato.
- Sedia dan enak dinikmati bersama kopi panas.
4. SANDWIC ITALIAN BEEF

BAHAN INTI:
- 400gm daging | dicincang
- 2 biji bawang besar | dipotong dadu
- 1/2 biji lada benggala | dipotong dadu
- 300gm sos bolognese
- 1 sudu teh Italian herbs
- Garam secukup rasa
BAHAN SANDWIC:
- Roti
- Kepingan keju
- Mayones
- Sos Thousand Island
- Sayur salad
- Timun Jepun | dipotong bulat
- Tomato | dipotong bulat
CARA MEMASAK:
- Goreng daging di atas kuali dengan sedikit air.
- Masukkan bawang dan cili benggala. Gaul rata.
- Apabila daging agak masak, masukkan sos bolognese, garam dan Italian Herbs. Gaul hingga rata dan padamkan api setelah daging masak dan pecah minyak.
- Ambil roti sandwic letak kepingan keju, mayones, sos Thousand Island, salad, inti Italian beef, timun dan tomato.
- Potong sandwic mejadi kepingan kecil dan sedia untuk dihidangkan.
5. SANDWIC SARDIN OLD STYLE

BAHAN INTI:
- 1 tin kecil @100gm sardin
- 1 biji bawang besar | dihiris nipis
- 4 biji cili padi | dipotong halus
- Sedikit jus lemon
- Secubit garam
BAHAN SANDWIC:
- Roti
- Kepingan keju
- Mayones
- Sayur salad
- Timun Jepun | dipotong bulat
- Tomato | dipotong bulat
CARA MEMASAK :
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak, masukkan sardin yang telah dihancurkan sedikit.
- Masukkan semua bahan seperti bawang, cili padi, garam secukup rasa. Masak sehingga semua bahan layu.
- Angkat dan perahkan sedikit lemon ke dalam sardin yang dimasak tadi. Gaul rata.
- Ambil roti sandwic letak kepingan keju, mayones, salad, inti sardin, timun dan tomato. Sedia untuk dinikmati.
6. SANDWIC TUNA HOT CHILLI

BAHAN INTI:
- 1 tin tuna cili
- 2 batang daun sup/ketumbar | dihiris kecil
- 5 biji cili padi | dipotong halus
- 100gm mayones
BAHAN SANDWIC:
- Roti
- Kepingan keju
- Mayones
- Sos Thousand Island
- Sos Thousand Island
- Sayur salad
- Timun Jepun | dipotong bulat
- Tomato | dipotong bulat
CARA MEMASAK :
- Masukkan tuna cili, daun sup, cili padi, dan mayones dalam satu mangkuk. Gau rata.
- Ambil roti sandwic letak kepingan keju, mayones, sos Thousand Island, salad, inti tuna, timun dan tomato. Lapiskan dengan sekeping lagi roti.
- Potong sandwic mengikut saiz yang dikehendaki. Sedia dihidangkan.
7. SANDWIC SWEET BANANA

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji pisang berangan
- 50gm sekaya pandan
- Marjerin secukupnya
- Kepingan keju cheddar secukupnya
- Roti sandwic
CARA MEMASAK:
- Sapu roti bersama marjerin. Lapiskan bersama pisang yang dihiris nipis.
- Sapukan sekaya pandan ke atas lapisan pisang tadi. Tambahkan lapisan keju di atasnya.
- Lapiskan dengan sekeping lagi roti. Potong kecil.
- Sedia untuk dinikmati.
8. SANDWIC CREAMY SRAMBLE EGG

BAHAN INTI:
- 5 biji telur
- 1 sudu teh herba Itali
- Secubit lada hitam
- Secubit lada sulah
- Sedikit mentega
- 200gm cheezy mayo
- 100gm mayones
BAHAN SANDWIC:
- Roti
- Sayur salad
- Timun Jepun | dipotong bulat
- Tomato | dipotong bulat
CARA MEMASAK :
- Pecahkan telur ke dalam bekas dan pukul sebati.
- Masukkan sedikit herba itali, garam, lada hitam dan lada sulah. Kacau rata.
- Panaskan kuali dengan mentega dan goreng telur separa masak.
- Angkat telur dan gaulkan bersama cheezy mayo dan mayones.
- Sedia dihidangkan bersama roti, daun salad, timun dan tomato. Hias mengikut kreativiti anda.
9. SANDWIC KIDDY LAYER

BAHAN INTI:
- 3 biji telur | direbus dan dihancurkan.
- 1/2 sudu teh lada hitam
- 100gm mayones
- 3 batang jejari ketam
- 6 keping kepingan salami ayam
BAHAN SANDWIC:
- Roti
- Kepingan keju
- Sayur salad
- Timun Jepun | dipotong bulat
- Tomato | dipotong bulat
- Cheezy mayo secukupnya
CARA MEMASAK :
- Masukkan telur rebus, sedikit lada hitam dan mayones ke dalam mangkuk. Gaul rata.
- Cincang sedikit jejari ketam yang telah dicelur dan masukkan ke dalam adunan telur rebus tadi. Gaul sekali lagi.
- Kepingan salami ayam di stim dan ditoskan.
- Ambil roti, lapiskan dengan kepingan salami ayam. Kemudian sudukan inti bersama daun salad, timun dan tomato.
- Hias mengikut kreativiti. Sedia untuk dihidangkan kepada tetamu.
10. SANDWIC MUSHROOM BOLOGNESE

BAHAN INTI:
- 2 biji bawang besar | dipotong dadu
- 200gm sos bolognese
- 50gm cendawan butang | dihiris nipis
- 1/2 biji lada benggala | dipotong dadu
- Italian Herbs secukupnya
- Garam secukup rasa
BAHAN SANDWIC:
- Roti
- Kepingan keju
- Mayones
- Sayur salad
- Timun Jepun | dipotong bulat
- Tomato | dipotong bulat
CARA MEMASAK :
- Tumiskan bawang besar dengan sedikit marjerin sehingga wangi dan layu.
- Kemudian masukkan sos bolognese. Tambah sedikit air jika kering.
- Kemudian masukkan cendawan butang, lada benggala, Italian Herbs dan garam secukup rasa. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Angkat.
- Hidangkan inti yang telah dimasak tadi bersama roti, mayones, daun salad, timun, tomato dan kepingan keju mengikut kreativiti.
Buat Sendiri Burger Omelette, Puas Hati Bila Anak Puji Sedap


Beginilah mak-mak di rumah. Bila anak-anak tiba-tiba minta nak makan burger ala Macdonald, kenalah kreatif membuatnya.
Idea resipi daripada Nor Asiah ini, yang katanya lebih suka buat roti bun sendiri kerana lebih sedap dan puas hati.
ROTI BUN BURGER
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung roti – beli online di sini
70gm gula kastor – beli online di sini
1 sudu besar yis kering (SAF)
1 sudu besar susu tepung – beli online di sini
1 biji kuning telur
1 sudu teh garam
50gm marjerin @ mentega
10gm pelembut roti
280 – 300gm air sejuk
CARA-CARA:
1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker (BM) kecuali garam.
2. Masukkan garam selepas 5 minit uli dalam BM.
3. Kemudian, timbang doh 75 ke 80gm bagi setiap satu.

4. Letakkan doh di dalam acuan ring saiz 4 inci (boleh beli di shopee, taip guna ring burger)
5. Sebelum bakar, spray dengan susu full cream. Selepas bakar, tak payah sapu apa-apa.

6. Bakar di dalam ketuhar dengan menggunakan suhu 170C selama 20 minit. (bergantung kepada ketuhar masing-masing ye)
7. Kemudian, bolehlah lengkapkan dengan omelette dan daging burger serta sos.

Kredit resipi: Nor Asiah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Kuih Asam Gumpal. Menu Minum Petang Mudah Buat Masa PKP
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Cara Buat Pai Epal Simple & Mudah, Sesuai Untuk Bekal & Berkelah

Resipi sedap dan mudah untuk pai epal buat hidangan seisi keluarga pada waktu pagi.
Resipi pai epal perkongsian daripada Ida Alina Salleh ini juga sesuai untuk anak-anak bawa sebagai bekal ke sekolah. Boleh buatkan saiz kecil-kecil. Bawa untuk berkelah pun boleh.
PAI EPAL

BAHAN UNTUK CRUST:
2 ½ cawan tepung gandum – beli online di sini
½ sudu besar gula – beli online di sini
1 sudu kecil garam
200gm mentega sejuk – beli online di sini
7 sudu besar air sejuk berais
TONTON Kue Teow Goreng | Dapur Rasa Live
TONTON Mango Baked Cheesecake | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Masukkan semua bahan (kecuali air) dalam food processor. Putar hingga mentega berketul-ketul kecil saiz kacang peas dan bergaul tepung.
2. Masukkan air sejuk sudu demi sudu hingga pastri bergumpal. Bahagi dua. Masukkan dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais sejam.

*Elakkan terlalu mengguna tangan. Kepanasan adalah musuh ketat pastry.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN UNTUK INTI:
8 sudu besar mentega – beli online di sini
3 sudu besar tepung gandum – beli online di sini
½ cawan gula demerara atau gula perang – beli online di sini
½ cawan gula pasir – beli online di sini
¼ cawan air
Sebatang kulit kayu manis
Sedikit garam
6 biji apple Granny Smith | kupas kulit, buang tengahnya, belah 16 tiap sebiji, gaul dengan sedikit jus lemon
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Cairkan mentega, masukkan tepung dan whisk seminit atas dapur tanpa berhenti.
2. Masukkan ¼ cawan air, kacau jangan berhenti. Masukkan gula dan kulit kayu manis, masak 3 minit atas api perlahan. Letak secubit garam. Matikan api dan biarkan sos menyejuk sebentar.
3. Ketepikan kulit kayu manis. Gaul sos dengan apple yang telah disediakan. Biar sebentar.

4. Sediakan lapis bawah pastry dalam bekas 9 inci x 13 inci. Masukkan inti. Tutup dengan setengah lagi pastry. Sapu dengan kuning telur.
5. Panaskan oven 205C. Bakar pie 15 minit. Turunkan suhu ke 160C, sambung bakar sejam lagi atau hingga apple lembut.

6. Sejukkan sebelum dihidang. Apple pie tak boleh dihidangkan terus dari ketuhar sebab kuah akan cair dan tak berapa sedap. Saya suka hidang pie ni dengan satu scoop ais krim vanilla.
Kredit resipi: Ida Alina Salleh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Ini Caranya Nak Buat Baked Macaroni With Meatball Yang Mudah & Sedap
Sekejap Je Dah Siap, Cucur Kucai Rangup Di Luar Lembut Di Dalam
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

