Nak makan apa ye minum petang nanti. Teringin roti canai tapi malas nak keluar membeli. Jom tukar selera dengan buat roti bijan goreng ni. Makan dengan sambal sardin memang ngam. Resipi ini sama macam cakoi dan roti puri, senang dan sedap.
Roti bijan goreng
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum.
1 ½ sudu makan yis
1 sudu makan marjerin
Susu cair
Sedikit garam
Bijan
Cara memasak:
1.Campurkan tepung gandum,yis dan marjerin,gaul rata.
2.Uli dengan susu cair dan sedikit garam. Uli hingga lembut dan tidak lekat tangan.
3. Biarkan rehat sekejap dan kembang.
4.Bulatkan doh dan gelek
5.Sapukan susu dan taburkan bijan.
6.Biar sekejap baru digoreng.
Kredit: Badariah Abdrahman
INGIN MEMBELI BREAD MAKER, BOLEH LIHAT DI SINI.
Resipi Chicken Mushroom Pie Mudah Dan Sedap.Memang Laku Keras
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Asam Pedas Daging Tetel Bikin Kecur Liur
Orang Melaka terkenal dengan asam pedas daging tetel atau ada yang panggil daging cincang. Bukan sahaja enak dimakan dengan nasi malah berselera juga dicicah dengan roti canai. Jangan pelik kalau datang ke Melaka makan roti canai kat warung mereka hidangkan asam pedas gantikan kari selain dari kuah dhal.
Asam pedas daging tetel
Bahan-bahan:
Daging bercampur lemak (kalau daging saja tak sedap mesti kena ada lemak sikit potong cuci bersih toskan
1 biji bawang besar-kisar
2 biji bawang putih-kisar
4 batang serai- dititik
Lengkuas-kisar
Kunyit hidup-kisar
Halia-kisar
Jintan manis -kisar
Jintan putih-kisar
Ketumbar-kisar
Daun limau purut ( dikeringkan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama)
1 sudu kerisik
Air asam jawa secukupnya
Cara memasak:
1.Kisar bahan-bahan iaitu bawang besar,bawang putih,halia,lengkuas,kunyit basah,jintan manis,jintan putih,ketumbar
2. Setelah kisar halus bahan-bahan tadi campur dengan cili kisar .Gaulkan sekali.
3. Tumis garing biar sampai pecah minyak.
4. Masukkan daging tetel dengan serai.
5. Jangan lupa letak daun limau purut, tutup periuk masak pada api sederhana bagi daging tu betul-betul empuk.
6. Bila daging dah lembut baru masukkan air asam jawa.
7. Perasa garam dan serbuk ajinomoto.(tapi saya tak pakai)
Siap untuk hidangan tengah hari ini. Selamat mencuba
Kredit: Aishah Ismail
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH LIHAT DI SINI.
Step By Step Memasak Roti Kerca & Kuah Kari Daging , Menu Sarapan Sedap
Resipi Step By Step Daging Keema. Sedap Makan Dengan Roti Atau Cheese Nan Meleleh!
Masak Sendiri Fish & Chips, Lengkap Dengan Resipi Sos Tartar Sedap
Wow… Fish & Chips perkongsian saudara Wan LuQman ni nampak sedap dan menyelerakan. Jangan takt ahu, semua ini dimasak ‘from scratch’ termasuklah ubi kenatng. Semuanya dihasilkan secara homemade menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk kita beli. Hidangan sebegini andai dinikmati di restoran, tentunya mahal. Nah… Masak sendiri di rumah dengan kos yang jauh lebih murah dan jimat. Pasti puas hati.
RESEPI FISH AND CHIPS SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2 keping isi ikan Dori
Salad / Kale
Lemon
2-3 biji ubi kentang – beli online disini
Serbuk perisa BBQ
BAHAN TEPUNG SALUTAN:
5 sudu makan Tepung Gandum – beli online disini
3 sudu makan Tepung Beras – beli online disini
1 sudu makan Tepung Jagung – beli online disini
Garam dan lada hitam – beli online disini
1 sudu teh serbuk kari ikan – beli online disini
Air secukupnya
BAHAN SOS TARTAR:
1-2 ulas bawang putih – dicincang halus – beli online disini
Sedikit bawang holland – dicincang halus – beli online disini
5 sudu makan mayones – beli online disini
Timun jepun
Saderi
Jus lemon
Parsli
Sedikit garam dan lada sulah
CARA MEMASAK:
1. Pertama sekali, kupas ubi kentang dan potong jejari. Rendam sekejap dalam air untuk membuang kanji.
2. Kemudian rebus dalam 5 minit. Tos dan tapis. Ketepikan.
3. Ambil isi ikan Dori. Harga 2 keping begini dalam RM12.
4. Potong dua. Kemudian potong lagi 2 untuk setiap 1 keping tu.
5. Potong kecik macam ni. Akan dapat 8 keping tau. Boleh makan untuk 4 orang dengan isi ikan yang harga RM12 tadi.
6. Satukan bahan-bahan untuk tepung salutan ikan. Masukkan air sedikit demi sedikit.Bancuh hingga dapat tekstur yang tidak cair dan juga tidak terlalu pekat. Ketepikan.
7. Untuk membuat Sos Tartar, satukan semua bahan di dalam mangkuk yang bersesuaian. Sebatikan.
8. Sos Tartar ini versi ringkas. Sepatutnya kena ada pickles, capers dan dill. Tapi disebabkan tak ada, gantikan sahaja dengan daun parsli, saderi, dan sedikit lemon thyme. Lemon thyme tu tak wajib pun ya. Timun jepun dan saderi tu sekadar untuk dapat rasa rangup dan segar.
9. Sos Tartar versi ringkas yang siap disediakan. Nak rasa lagi sedap, boleh tambahkan sedikit susu pekat manis.
10. Goreng ubi kentang tadi hingga garing dan keperangan. Angkat dan toskan. Kemudian boleh gaul dengan serbuk perisa BBQ jika suka.
11. Panaskan minyak dalam kuali, celup kepingan ikan Dori ke dalam bancuhan tepung dan goreng fillet ikan sehingga garing.
12. Susun Kentang, filet ikan dan sos tartar di dalam pinggan bersama salad dan juga hirisan lemon.
13. Fish & Chips homemade sedap sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Wan LuQman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resepi Mudah Thai Street Banana Pancake, Sedap Betul Rasanya
Ikut Resipi Ni, Kuah Asam Laksa Cina Jadi Sedap & Pekat Sempurna
Resipi Bingka Ubi Guna Santan Kotak, Ikut Petua Ni Barulah Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Cara- Cara Buat Ikan Pekasam Sedap Secara Homemade
Jom cuba buat Ikan Pekasam homemade! Menu ni sememangnya menjadi kegemaran ramai. Bila tiada selera, lauk pekasam ini biasanya mampu membuatkan kita makan dengan penuh semangat. Ramai beranggapan, ikan pekasam ni susah untuk dihasilkan. Tapi mudah sahaja cara pembuatannya. Menerusi perkongsian saudari Aniey Rohani Abu Iban, beliau mengajar cara-cara penghasilan Pekasam Ikan Gelama yang sangat mudah. Jom cuba.
RESIPI IKAN PEKASAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 7-8 ekor ikan gelama – boleh juga guna ikan sungai
- ½ cawan garam halus
- Beras secukupnya
- Garam halus secukupnya – untuk tabur selepas disalut beras
- 2-3 keping asam gelugur
CARA MEMBUAT:
1. Siang dan bersihkan ikan. Gaul dengan ½ cawan garam halus dan masukkan ke dalam bekas berpenutup. Tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk ( bahagian bawah) semalaman.
2. Sangai beras dengan api sederhana. Jumlahnya agak-agak cukup untuk salut ikan. Beras tidak perlu basuh.
3. Sangai beras hingga coklat kekuningan. Sejukkan seketika.
4. Tumbuk beras yang disangai tadi. Boleh juga guna pengisar kering.
5. Jangan kisar terlalu halus. Kisar agak-agak kasar supaya bila goreng ada dapat rasa tekstur rangup.
6. Ikan yang diperap semalaman, dibuang airnya. Susun ikan satu lapisan dan taburkan beras dan garamhalus secukupnya. Susun lagi ikan pada lapisan kedua dan tabur lagi beras dan garam. Ulang langkah hingga ikan habis disalut dengan beras.
7. Ambil asam keping dan selitkan di celah-celah ikan.
8. Tutup bekas rapat-rapat. Simpan ikan pekasam dalam peti sejuk ( bahagian tidak beku). Peram selama 1-2 minggu sebelum digoreng.
9. Selepas 1-2 minggu di bahagian tidak beku, boleh alihkan ikan ke bahagian sejukbeku supaya tahan lama. Untuk memasaknya, boleh biarkan di luar peti sejuk sebelum digoreng.
INFO RASA: Selain ikan gelama, anda juga boleh menggunakan ikan-ikan air tawar yang lain.
Kredit resipi & foto: Aniey Rohani Abu Iban