
Minum petang ni kalau dihidangkan dengan roti memang sedap. Dapat buat roti boy pun memang jadi kegemaran ramai. Bila bakar roti ni semerbak harum satu rumah. Gebu dan guna sukatan cawan je senang.
Roti Boy

Bahan-bahan:
Bahan A:
¼ cawan air sejuk
2 sudu yis
1 sudu gula
1 sudu susu pekat
2 cawan tepung
1 biji telur kuning
1 sudu butter
Bahan-bahan nescafe topping:
Bahan B:
1 sudu butter
4 sudu gula perang (bergantung nak banyak mana)
1 biji telur
Air bancuhan nescafe(saya guna 3in1)
2 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
Cara membuat:(doh roti)
1.Satukan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk.Uli sampai sebati,(saya uli dengan mixer sekejap je dah gebu)nak uli dengan tangan pun boleh.

2.Bentukkan doh bulat-bulat,bubuh sedikit potongan butter beserta sedikit gula(bagi rasa lemak-lemak manis)
3.Bila doh dah mengembang elok,letak topping barulah dibakar.
4.Bakar pada suhu 170 selama 20 minit hingga masak(mengikut oven masing-masing.
(Bahagian topping)
1.Satukan semua bahan B bersama air bancuhan nescafe (2 sudu nescafe+2 sudu air panas)kalau guna nescafe 3in1 1 paket,tanpa perlu dibancuh dengan air,masukkan je terus.Kacau rata sampai sebati dan boleh letak atas roti dan bakar.


Kredit: Ida Zaida
Resipi Maggi Ketam Boleh Masak Sendiri Di Rumah. Sedap & Lebih Jimat
Kek Pandan Gebu Adun Guna Blender. Bakar @ Kukus Semua Boleh
Masak Gulai Ketam Berapi Cara Orang Penang. Sedap Menjilat Jari
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Beef & Tuna Sandwich, 2 Resipi Untuk Sarapan Pagi Yang Penuh Tenaga



Walaupun ringkas sandwich boleh mengalas perut dan membekalkan tenaga seharian anda.
TUNA SANDWICH CREAMY
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin tuna dalam air
- 5 sudu makan mayonnaise
- 2 sudu makan mentega
- 1 sudu makan susu pekat.
CARA MENYEDIAKANNYA:
- Lenyekkan tuna. Masukkan semua bahan dan gaul Sebati.
BAHAN HIASAN:
- 2 biji tomato dihiris nipis bulat-bulat
- Salad
CARA BUAT SANDWICH TUNA:
- Roti buang bahagian tepi. (Boleh juga kalau tidak buang)
- Sapu roti dengan sedikit mentega. Sapu rata tuna.
- Letak Tomato hiris dan Salad. Atas salad letak cheese slice dan letak roti.
- Kemudian potong segi tiga atau mengikut kesukaan masing masing.


BEEF SANDWICH
BAHAN-BAHAN:
- 1 steak/daging yang sudah dibakar (hiris nipis-nipis)
- 1 labu bawang besar
- 4 ulas bawang putih dihiris.
- sos blackpaper
- sos tiram
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang hingga masak atau layu.
- Masukkan daging dan sos black dan sedikit sos tiram. Goreng Hingga Masak. Sedia untuk dihidangkan.
CARA BUAT SANDWICH BEEF:
- Sapukan roti dengan mentega.
- Letakkan daging dan cheese.
- Selepas itu letak tomato hiris dan salad.
- Letak roti sekali lagi potong segi tiga
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Parmiati Binti Suyudi

Resipi Roti Gula Crunchy. Kudapan Sedap, Senang Buat Sendiri

Roti Gula Crunchy ni memang sedap. Rangup, manis-manis masin, makan macam tu sahaja memang sedap. Nak lagi padu? Cicah dengan Kopi O panas atau sejuk. Rasanya memang lagi terangkat! Senang sahaja cara membuatnya. Jika ada lebihan roti di dapur yang sudah keras atau hampir tamat tempoh, buat sahaja begini. Pasti habis dimakan anak-anak. Saudari Blossoming Flower ada kongsikan resipi beliau yang tersendiri. Katanya resipi ini bukan sekadar roti disapu marjerin dan ditabur gula ya. Pasti lebih enak. Jom cuba!
CARA-CARA MEMBUAT ROTI GULA CRUNCHY HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
Gula perang – beli online disini
Susu pekat manis – beli online disini
Marjerin – beli online disini
Roti sandwic
Dapatkan CUOCO PREMIUM STAINLESS STEEL KNIFE SET dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Campurkan gula perang, marjerin dan susu pekat manis ke dalam bekas bersesuaian. Sukatan boleh agak-agak mengikut jumlah yang anda suka.
2. Pukul ketiga-tiga bahan sehingga sebati dan gebu (fluffy).
3. Sapukan bahan yang dipukul tadi pada permukaan roti. Potong roti cantik-cantik.

3. Susun roti di atas dulang pembakar yang sudah dialas dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam ketuhar.

4. Bakar menggunakan api atas bawah pada suhu 160°c selama 20 minit. Jika mahu lebih perang, lebihkan masa membakar. Tapi pastikan jangan sampai hangus.
5. Waktu keluar dari ketuhar, tekstur roti memang agak lembut. Oleh itu, perlu sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

NOTA: Roti Gula Crunchy ini memang rangup dan tahan lama. Rasanya juga sedap. Enak dicicah Kopi O panas atau dimakan begitu sahaja.
Kredit resipi & foto: Blossoming Flower
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar teknik buat biskut yang enak? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Biskut Kudap-Kudap
Tarikh: 13 Ogos 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
APA YANG AKAN ANDA DAPAT?
* Ketahui teknik hasilkan biskut yang enak
* Berpeluang mulakan bisnes biskut sendiri
* Demo step by step oleh pakar
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Nak Roti Gebu & Macaron Cair Di Mulut, Zalynz Oven Kongsi Rahsia

Anda teringin nak minum petang dengan bakeri dan pastri yang enak, lima resipi bakeri dan pastri kali ini pasti memenuhi citarasa selera anda sekeluarga. Macaron yang cair di mulut dan roti bun yang panas dan segar dari oven mampu menceriakan ‘mood’ anda sekeluarga.

.
RASA menampilkan menu dari blogger dan pengajar masakan online, Zalina Zainal @ Zalynz Oven untuk dicuba.
ROTI KEJU GULA

.
BAHAN-BAHAN :
- 500gm tepung protein tinggi @ tepung roti
- 100gm gula kastor
- 100gm marjerin atau mentega
- 2 biji telur Gred B | (100gm)
- 210ml air suam kuku | untuk uli tangan
- 1 sudu teh garam halus
- 10gm atau 2 sudu teh susu tepung
- 1 sudu teh Bread Improver
- 1 peket yis kering
Bahan tabur permukaan:
- Parutan keju cheddar secukupnya
- Gula pasir secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
2. Sebelum itu bancuh air suam dan gula, selepas itu masukkan yis. Kacau dan biarkan ia berbuih..
3. Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi dan gaul rata.
4. Keluarkan doh dan uli atas permukaan rata atau tikar silikon. Ulit guna tangan lebih kurang lima belas minit atau sampai doh betul-betul licin.
5. Tutup doh dengan plastik, biarkan selama 30 minit.
6. Lepas 30 minit, doh pun dah kembang, tepuk-tepukkan untuk buang angin.
7.Timbang doh 25gram. Susun 6 biji doh di dalam bekas roti saiz 15sm (6 inci).
7.Biarkan doh kembang bercantum.
8. Sapu susu cair. Tabur keju cheddar yang telah diparut dan tabur sedikit gula pasir.
9. Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.
10. Selepas dibakar, boleh sapu roti dengan mentega atau marjerin untuk nampak berkilat.
Saiz hidangan : 21 ketul (25gm tiap satu)
Waktu memasak : 3jam
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Taburan keju dan gula menambahkan keenakan roti
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Pastikan keju cheddar tidak hangus bila dibakar.
ROTI TUNA KARIPAP

.
BAHAN-BAHAN :
- 500gm tepung protein tinggi @ tepung roti
- 100gm gula kastor
- 100gm marjerin atau mentega
- 2 biji telur gred B (100gram)
- 210ml air suam kuku | untuk uli tangan
- 1 sudu teh garam halus
- 2 sudu teh @10gram susu tepung
- 1 sudu teh Bread Improver
- 1 peket yis kering
Bahan inti tuna :
- 1 tin tuna
- 1 biji bawang besar didadu
- 1 sudu makan parsli kering
- 1 biji cili besar | dicincang kecil jika suka pedas
- 1 sudu kecil jus lemon
- * gaul semua bahan di atas dan masakkan sekejap dalam kuali hingga bawang layu.
CARA MEMASAK :
- Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
- Sebelum itu bancuh dahulu air suam dan gula. Kemudian baru masukkan yis, kacau dan biar hingga berbuih.
- Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi dan gaul rata.
- Keluarkan doh dan ulis di atas permukaan rata atau gunakan tikar silicon.
- Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau sampai doh betul-betul licin.
- Kemudian tutup dengan plastik dan biarkan selama 30 minit.
- Selepas 30 minit doh kembang, tepuk-tepukkan doh untuk buang angin.
- Timbang doh seberat 50gm satu, bulatkan doh dan rehatkan doh selama 15 minit.
- Gelek doh memanjang dengan penggelek. Sudukan inti tuna secukupnya. Tutup doh rapat dan picitkan bahagian tepi doh yang dicantum atau ditutupkan itu.
- Susun atas dulang pembakar yang telah disapu marjerin atau dialas dengan kertas parchment.
- Biarkan doh mengembang 2 kali ganda. Sapu susu cair. Gunting bahagian tepi doh membentuk seperti karipap. Paipkan mayonis di bahagian tengah dan tabur sedikit daun parsley kering.
- Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.
- Selepas dibakar, boleh sapu roti dengan mentega atau marjerin untuk nampak berkilat.
Saiz hidangan : Satu adunan , 20 ketul
Waktu memasak : 3jam
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Rasa tuna berperisa yang enak
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Jika nak pendekkan waktu memasak boleh juga menggunakan tuna dalam tin yang sudah siap dimasak.
ROTI MINI NUGGET FROGGY

.
BAHAN-BAHAN :
- 500gm tepung protein @ tepung roti
- 100gm gula kastor
- 100gram Margerin Pelangi atau Butter
- 2 biji telur Gred B (100gram)
- 210gram Air suam kuku utk uli tangan
- 1 sudu kecik (5gram) Garam Halus
- 2 sudu kecik (10gram) Susu Tepung
- 1 sudu kecik Bread Improver
- 1 peket yis kering
- 1 sudu kecik pewarna hijau.
- Kepingan nugget secukupnya
CARA MEMASAK :
- Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
- Sebelum itu bancuh dahulu air suam dan gula. Kemudian baru masukkan yis, kacau dan biar hingga berbuih.
- Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi dan gaul rata.
- Keluarkan doh dan uli di atas permukaan rata atau gunakan tikar silicon.
- Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau sampai doh betul-betul licin.
- Kemudian tutup dengan plastik dan biarkan selama 30 minit.
- Selepas 30 minit doh kembang, tepuk-tepukan doh untuk buang angin.
- Timbang doh seberat 25gram setiap satu.Bulatkan doh dan terus susun doh atas dulang pembakar yang telah disapu margerin atau dialas dengan parchement paper.
- Timbang juga doh 2gm untuk mata. Bulatkan doh.Biarkan doh mengembang berasingan.
- Biarkan doh mengembang 2 kali ganda. Tekan sedikit bahagian atas doh menggunakan tapak tangan. Sapu susu cair. Letakkan 2 biji doh 2gram untuk mata.
- Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 12 hingga 15 minit sehingga cukup perang.
- Selepas dibakar, sejukkan roti. Kemudian boleh dipotong bahagian tengah dan diletakkan nugget. Paipkan sos dan mayonis.
- Lekat candy mata menggunakan coklat putih yang telah dicairkan.
Saiz hidangan : 29 ketul, anggaran 25gm setiap satu
Waktu memasak : 3jam
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Sungguh mengenyangkan dengan inti nugget yang sedap
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Nugget juga boleh digantikan dengan daging burger saiz mini atau homemade patty.
BISKUT MACARON

.
BAHAN-BAHAN :
100gm putih telur
50gm gula kastor
100gm serbuk badam
180gm gula aising
20gm tepung jagung
Bahan inti di lapisan tengah
Mentega kacang atau krim coklat spread secukupnya
CARA MEMASAK :
- Pukul putih telur hingga berbuih.
- Masukkan gula kastor, pukul lagi pada kelajuan tinggi hingga meringue bertanduk. Diterbalikkan bekas, meringue tak jatuh.
- Masukkan gula aising yang telah diayak.
- Masukkan serbuk badam dan tepung jagung.
- Kacau perlahan semua bahan menggunakan spatula kaedah kaup balik.
- Masukkan pewarna kesukaan, kacau lagi sehingga adunan licin dan bertali.
- Sediakan dulang pembakar, Alaskan dengan kertas parchment berwarna putih.
- Masukkan adunan ke dalam beg piping yang telah dimasukkan nozzle bulat terlebih dahulu.
- Paipkan adunan mengikut garisan bulat yang telah dilukis di atas kertas parchment(contoh duit 20 sen) kemudian diterbalikkan . Atau ikut saiz yang dikehendaki.
- Hentak dulang sebanyak dua kali, cucuk dengan pencungkil gigi sekiranya terdapat lubang udara pada macaron.
- Rehatkan macaron dan keringkan di bawah kipas lebih kurang sejam atau sehingga disentuh dengan jari permukaan macaron tidak melekit.
- Panaskan oven selama 15 minit, bakar pada suhu 150 darjah Celsius atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
- Bakar selama 15 hingga 20 minit atau sehingga permukaan bawah macaron nampak sedikit perang.
- Selepas siap dibakar, biarkan macaron sejuk selama 10 minit, kemudian baru ditanggalkan dari kertas parchment.
- Boleh paipkan inti coklat atau mentega kacang di tengah macaron.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 3jam
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan : Rasa macaron yang manis , cair di mulut dengan rasa lemak badam
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Pastikan bahan-bahan dalam keadaan kering sebelum mula membuat macaron. Macaron perlu direhatkan dan dikeringkan di bawah kipas angin sebelum membakarnya.
RED VELVET CHEESE BROWNIE

.
BAHAN-BAHAN :
- 120m mentega | salted
- 200gm gula kastor
- 100gm tepung gandum
- 20gm serbuk koko
- ½ sudu kecil garam halus
- 2 biji telur gred B
- 1 sudu teh esen vanila
- 3/4 sudu kecil cuka masakan
- 1 sudu teh pewarna merah
Bahan adunan Cream Cheese :
- 250gm keju krim
- 30gm mentega (berkrim)
- 60gram gula kastor
- 1 biji telur B
- 1/2 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
Cara penyediaan krim keju :
- Pukul krim keju hingga lembut, masukkan mentega dan gula kastor. Pukul rata.
- Kemudian masukkan telur dan esen vanilla
- Pukul rata dan kemudian masukkan adunan ke dalam beg piping.
Cara penyediaan brownies :
- Gaul tepung gandum, serbuk koko dan garam halus , gunakan whisk.
- Cairkan mentega secara keadaan ‘double boil’ atau boleh panaskan dalam microwave.
- Mentega yang dicairkan masih suam tadi dicampurkan dengan gula kastor, kacau guna whisk.
- Kacau perlahan mentega dan gula, kemudian masukkan telur, kacau lagi dan masukkan esen vanilla.
- Masukkan campuran tepung gandum, serbuk koko dan garam halus tadi dan kacau guna spatula sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan pewarna merah dan cuka. Gaul rata.
- Asingkan sedikit adunan ke dalam beg piping dan baki adunan masukkan ke dalam loyang bersaiz 20sm x 20sm ( 8inci x 8inci).
- Paipkan creamcheese dan ratakan.
- Paipkan adunan red velvet yang kita asingkan tadi dan lorekkan guna pencungkil gigi. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius selaa 40 minit atau mengikut kesesuaian oven.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 1jam
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Brownie dengan rasa berkeju dan lembab padat
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Untuk membakar selepas dimasukkan lapisan keju, gunakan api bawah sahaja apabila permukaan keju mula menampakkan warna keperangan.
RESIPI : ZALINA ZAINAL, Blogger ZALYNZ OVEN

