Sekarang ni petang-petang kerap hujan. Mulalah perut berkeroncong nak cari makanan untuk dikunyah. Resipi roti buah-buahan kekacang ni nampaknya mudah dibuat.
Bak kata empunya resipi ni campak-campak, kacau-kacau dan siap. Jom cuba buat ikut resipi yang dikongsikan oleh Kathy Kay- JOM jengah dapur KK. Kekacang ada, buah-buahan pun ada memang padulah.
Sedapnya Kuih Asam Gumpal. Biasanya bila tiba bulan Ramadan, kuih ini menjadi pilihan ramai. Di musim PKP ni, agak sukar nak dapatkan juadah-juadah kegemaran. Mana tidaknya, gerai dan pasar malam pun banyak yang tidak beroperasi. Jadi inilah masanya untuk kita cuba hasilkan sendiri sajian untuk keluarga. Nak cuba buat Kuih Asam Gumpal ni untuk minum petang? Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Untuk inti, rebus kacang hijau hingga kembang. 2. Masukkan gula dan masak hingga kering. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dibulat-bulatkan. Ketepikan. 3. Basuh sagu dan toskan sekurang-kurangnya satu jam. 4. Masukkan air panas. Sebatikan hingga boleh dikepal. 5. Masukkan inti yang telah dibulatkan tadi dan kemaskan. Bentukkan seperti bebola.
6. Kukus selama 10 minit sehingga sagu jadi jernih. (lapik kukusan dengan plastik ketika mengukus asam gumpal.) 7. Seterusnya satukan semua bahan kuah dan masak hingga mendidih guna api perlahan. 8. Masukkan asam gumpal kemudian tutup api. Sejukkan.
Resipi dari perkongsian Mamadee, Bingsu merupakan alternatif pencuci mulut yang lebih sihat dan menyegarkan. Bingsu adalah hidangan dari Korea. Sebenarnya topping untuk Bingsu ini anda boleh pelbagaikan dengan pilihan buah-buahan masing-masing. Ada juga yang letakkan kacang merah dan mochi dalam Bingsu. Pendek kata, terserah kepada anda untuk bereksperimentasi dengan hidangan Bingsu ini. Selamat mencuba!
RESIPI BINGSU MANGGA & TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN:
3 cawan susu segar |yang dibekukan
1 sudu makan susu pekat manis
CARANYA:
Masukkan kedua-dua bahan ini ke dalam plastik zip bag seperti dalam gambar.
Baringkan plastik tersebut dalam fridge. Biarkan susu tersebut beku.
Setelah susu beku, keluarkan daripada zip bag tersebutdan masukkan kedalam food processor/pengisar untuk parut/ hancurkan susu segar beku tersebut.Setelah susu segar tersebut dah hancur, anda masukkan kedalam mangkuk (gambar seperti dibawah).
Masukkan separuh susu tersebut dalam mangkuk. Kemudian lapiskan dengan buah-buahan pilihan. Letakkan juga cereal seperti cornflakes setelah letakkan buah.
Kemudian penuhkan mangkuk dengan susu segar beku yang telah dihancurkan tadi. Hiaskan dengan buah-buahan pilihan.
Akhir sekali letakkan sedikit susu pekat manis di atas parutan susu segar tadi. Siap untuk dihidang.
NOTA: *Bingsu cepat cair, jadi pastikan anda terus makan setelah Bingsu disediakan
Musim cuti sekolah, biasalah anak-anak semua ada di rumah. Jadi sebagai ibu bapa, pastinya kita hendak menyediakan makanan dan kudapan buat mereka. Jadi apa kata cuba buat kerepek popia cheese pedas untuk menambat selera mereka.
KEREPEK POPIA CHEESE PEDAS
BAHAN-BAHAN
Sebungkus kulit popia
Minyak masak untuk menggoreng
8 sudu besar serbuk keju
2 sudu besar serbuk cili
4 sudu besar gula
CARA MEMBUAT
1. Gunting kulit popia bentuk segiempat, kecil-kecil sehingga habis sebungkus.
2. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing, kacau rata supaya tidak hangus. Angkat dan toskan.
3. Kisarkan serbuk keju, serbuk cili dan gula.
4. Apabila kulit popia yang digoreng tadi sudah sejuk, masukkan ke dalam balang.
5. Kemudian masukkan serbuk yang sudah dikisar tadi ke dalam balang berisi kulit popia dan goncang dengan lembut sehingga serbuk keju rata sepenuhnya.
6. Sedia untuk dimakan.
*Jika rasa terlebih pedas, boleh seimbangkan rasa dengan menambah sedikit gula atau keju.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.