Sekarang ni petang-petang kerap hujan. Mulalah perut berkeroncong nak cari makanan untuk dikunyah. Resipi roti buah-buahan kekacang ni nampaknya mudah dibuat.

Bak kata empunya resipi ni campak-campak, kacau-kacau dan siap. Jom cuba buat ikut resipi yang dikongsikan oleh Kathy Kay- JOM jengah dapur KK. Kekacang ada, buah-buahan pun ada memang padulah.

ROTI BUAH-BUAHAN KEKACANGRoti Buah-buahan Kekacang. Sapu Mentega Lagi Mantap Ni.
.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1/2 cawan oats
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh serbuk pala/halia/cinnamon
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh minyak
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan hirisan aprikot
  • 1/2 cawan cranberry cincang sedikit
  • 1 cawan kekacang dicincang kasar (kk guna almond. Walnut juga boleh)
  • 1 cawan perahan limau ( KK guna 1 sdm sunquck tambah air jadikan 1 cawan)

CARA MEMASAK :

1. Satukan bahan kering, buahan dan kekacang digaul rata.

Roti Buah-buahan Kekacang. Sapu Mentega Lagi Mantap Ni.
.

Roti Buah-buahan Kekacang. Sapu Mentega Lagi Mantap Ni.
.

2. Masukkan telur ,minyak ,dan air tadi. Kacau rata.

IKLAN

3. Curah ke dalam bekas yang telah digris dan di alas bawahnya.Roti Buah-buahan Kekacang. Sapu Mentega Lagi Mantap Ni.
.

4. Bakar suhu 170c lebih kurang 45 min. Atas oven dan bekas masing2.

NOTA MEMASAK :

*Cara nak tahu masak. Cucuk dengan tester kek atau lidi. Jika keluar bersih. Done.

*Keluarkan dari oven. Biar beberapa minit sebelum dikeluarkan .

*Buahan boleh ditukat ikut selera

IKLAN

*Kekacang juga atas pilihan.

*Gula putih juga boleh jika tiada gula perang. Cuma gula perang kurang manis dan lebih sesuai dengan buahan.

*Rempah ratus boleh skip , jika tak nak

*Roti ini memang tidak manis. Sesuai dimakan dengan butter dan jem.

*Boleh juga makan begitu saja. Enak semasa panas.

KREDIT FOTO & RESIPI : KATHY KAY-JOM jengah dapur KK

IKLAN

 

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

Cara Buat Roti Inti Kari Ayam Kentang Yang Sedap &Gebu.

DAN JUGA RESIPI INI :

 

Lazatnya 5 Roti Dan Pastri Berempah Ni.

 

TONTON JUGA VIDEO NIH :

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI