Roti canai antara yang jadi kegemaran rakyat Malaysia. Kalau rajin cubalah buat sendiri. Lebih puas dan terjamin kebersihannya. Kadang kala kalau makan di luar rupanya elok tapi rasa tidak mencapai apa yang dihajati. Keras dan tidak gebu. Canai sendiri ikut macam mana gebu yang korang nak. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Normaliana Abu Bakar ni.
ROTI CANAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
- 1 biji telur
- 1 sudu makan gula
- 1 cawan air
- Setengah sudu kecil garam
- Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.
CARA MEMBUAT:
- Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air.
- Uli hingga doh tidak melekat (uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli menggunakan tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin gunakan air sejuk.
- Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( bahagi kepada 12 biji bola semuanya ).
- Susun doh dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan perap lebih kurang 2 jam.
- Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.
- Ambil satu bola tepung dan ratakan macam didalam gambar. Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
- Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
- Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar cantik doh tidak akan berlubang koyak macam roti kirai.
- Lipat empat arah seperti dalam gambar. Roti canai sedia digoreng.
Kredit: Normaliana Abu Bakar
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK , BOLEH BELI DI SINI
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official