Roti canai memang menjadi kegemaran semua. Tidak kira untuk dinikmati sama ada semasa sarapan, minum petang atau makan malam. Kalau ada yang nak cuba buat sendiri boleh cuba buat menggunakan resipi ini.
Roti canai
Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar susu pekat
Ads
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 cawan air -ni anggaran.Tuang sedikit-sedikit sambil uli hingga menjadi doh
Cara membuat:
1.Satukan susu,telur,garam dan air,kacau sampai larut.
2.Masukkan tepung dan minyak dalam bekas.Kemudian tuang bancuhan susu tadi sambil uli hingga menjadi doh yang licin dan lembut.
3.Buat bulat-bulat anggaran 75g-80g setiap bola.
4.Sapu setiap bola dengan marjerin dan letak dalam bekas.Tuang sedikit minyak masak.Perap adunan 6-7 jam atau semalaman.Bagi yang tak sabar macam sis perap 4 jam pun dah boleh tebar.
Jika di rumah ada roti sandwich yang sangat susah nak habis, boleh cuba resipi Garlic Bread atau Roti Bawang Putih perkongsian saudari Siti Norizan ni. Sangat mudah dan sedap. Bahan-bahan yang diperlukan pun sangat senang dan ringkas. Selain dimakan begitu sahaja, roti ni juga sedap dimakan bersama sup. Jom cuba!
RESIPI GARLIC BREAD KETAGIH
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus roti sandwich
3 labu bawang putih – tumbuk halus
3-4 sudu makan marjerin pelangi/mentega
Secubit garam
Sedikit daun parsley kering
CARA MEMASAK:
1. Satukan marjerin, bawang putih tumbuk dan garam. Kacau hingga sebati.
2. Kemudian masukkan pula daun parsley kering. Adun hingga sekata.
3. Ambik roti dan sapukan adunan bawang putih hingga rata. Kemudian potong roti menjadi 3 bahagian. Ulang cara sama hingga roti habis.
4. Susun kepingan roti dalam tray pembakar.
5. Semburkan roti dengan sedikit air. Ia bertujuan supaya roti tak kering sangat.
6. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 170C. 17 minit pertama, bakar guna api atas bawah. 3 minit terakhir, bakar guna api atas sahaja.
Sama saja caranya seperti membuat donut. Apa yang membezakan di dalamnya diletakkan inti kegemaran seperti coklat, strawberi dan sebagainya. Gebu kejadian memang geram nak makan.
RESIPI BOMBOLONI Bahan-bahan: 1/2 cawan susu segar / susu pekat manis tin (suam-suam kuku) 2 sudu besar gula 1 sudu besar yis 1 sudu besar baking powder 2 cawan tepung gandum 1/2 sudu kecil garam 1 sudu kecil esen vanila 1 biji telur 2 sudu besar mentega (sejuk)
Cara-cara: 1. Kacau gula dan yis di dalam susu segar/ tin suam dan biarkan sehingga yis kembang dan berbuih. Lebih kurang 15-20 minit. 2. Campurkan tepung, baking powder dengan garam, esen vanila dan telur. Pukul atau uli dengan tangan sehingga rata. 3. Masukkan susu tadi ke dalam adunan tepung. Pukul atau uli sehingga sebati. 4. Masukkan mentega sejuk ke dalam adunan dan pukul lagi atau uli sehingga adunan tidak melekat di tangan. 5. Rehatkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 60 minit. 6. Setelah kembang, leperkan. Adunan lebih kurang 1cm dan tekap bulat. 7. Biarkan doh kembang seketika.
8. Panaskan minyak dan goreng doh tadi sehingga garing. Minyak jangan terlalu panas kerana doh akan cepat rentung. Gunakan api sederhana kecil untuk menggoreng. 9. Terbalikkan doh setelah sebelahnya garing. Jangan terbalikkan banyak kali kerana ia akan menyerap minyak. 10. Angkat dan biarkan ia sejuk seketika. 11. Bila donut dah suam boleh golek-golekkan atas gula kastor dan cinnamon. Kemudian cucuk lubang dengan straw dan picit nutella dalam tu. Siap untuk dihidang. Sumber : Nurah
Roti Bakar 3 bahan ni memang sangat mudah dihasilkan. Enak dinikmati bersama secawan teh atau kopi panas sebagai sajian minum petang. Malah ia juga sangat sesuai dihidang ketika sarapan. Tak susah pun nak buat menu ala kopitiam ni. Hanya perlukan tiga bahan ringkas sahaja. Dari roti terbiar je di dapur, kalau buat macam ni tentu lebih berselera. Nak cuba? Saudari Ziera Xiera ada kongsikan resipinya. Jom try!
CARA MEMASAK: 1. Ambil roti dan potong bahagian tepinya.
2. Kemudian sapukan sekaya pada roti hingga rata. Lebihkan sapuan untuk rasa lebih sedap. 3. Seterusnya, ambil mentega dan potong menjadi kepingan besar. Kemudian potong kepingan tersebut kepada 3 bahagian kecil. Pastikan mentega masih keras.
4. Susun potongan mentega di atas roti.
5. Ambil sekeping roti dan tutupkan bahagian atasnya. Potong kepada dua bahagian.
6. Susun kepingan roti di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 200c selama 10-15 minit. Masa mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar dan tahap garing yang anda inginkan.
7. Bila roti sudah garing begini, angkat dan sedia untuk dihidangkan.