1. Sebatikan dulu bahan A di dalam bread maker. Kemudian, masukkan tepung high protein. Uli je. Bila doh dah mula memekat, masukkan mentega. Uli terus hingga jadi doh. 2. Perapkan doh selama 30 minit. Bila doh dah kembang, tumbuk-tumbuk doh. 3. Dan boleh mula buat. Kalau nak roti sama saiz, timbang doh kecil-kecil dalam 40g. Bulat-bulatkan.
4. Kemudian, canai secara memanjang. Letak inti keju cheddaryang dipotong 4 segi memanjang. Saya tak ada keju cheddar, cuma letak slice cheese je.
5. Gulung memanjang. Susun dalam loyang. Buat sampai habis semua doh. Perap kejap selama 20 minit. 6. Jangan lupa sapukan di bahagian atas roti sebelum nak masuk ketuhar. Panaskan ketuhar, bakar dengan menggunakan suhu 180C selama 25 minit atau sehingga dah warna keemasan.
7. Apabila dah masak, keluarkan roti dari ketuhar. Sapu mentega lebih sikit. Kemudian tabur atau gaul campuran susu serbuk dan gula kastor. Sedia untuk dinikmati.
Sedapnya Roti Nan Cheese. Kalau makan panas-panas memang terbaik. Jika anda dan keluarga sukakan hidangan ini, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade guna resipi perkongsian saudari Nur Amiera. Lebih sedap, mudah dibuat dan boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!
RESIPI ROTI NAN CHEESE
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum cap rose
1/2 cawan marjerin
1/2 cawan gula
2 1/2 cawan air
1 sudu makan yis (mauripan)
Keju cheddar (keping) secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan gula ke dalam air. Kacau hingga sebati. Ketepikan.
2. Dalam bekas berlainan, masukkan tepung gandum, marjerin dan yis. Gaul sebati.
3. Tuang air campuran gula tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga tepung tidak melekat di tangan. Pastikan bancuhan tepung tidak keras.
4. Tutup doh dengan tuala lembap selama 1/2 jam.
5. Bila doh naik, tumbuk doh bagi membuang angin.
6. Bahagikan doh dan bulatkan. Leperkan doh, masukkan keju dan canai leper. Biarkan 15 minit.
7. Panaskan kuali tahan lekat dan masukkan doh tadi. Tutup tudungnya dan masak guna api perlahan. Biar masak di kedua-dua belah.
8. Bila roti dah masak, sapukan sedikit mentega supaya roti nampak berkilat.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama kari atau sambal tumis ikan bilis. Kalau nikmati bersama Ayam Tandoori pun sedap.
1. Masak dua bahan ini bersama sampai ia jadi pekat. Guna api kecil sahaja. Kemudian sejukkan. 2. Water roux(dalam gambar) hanya boleh digunakan pada suhu bilik sahaja.
BAHAN B
½ cawan air bunga telang suam 1 sudu besar mauripan – beli online di sini 2 sudu besar susu pekat (boleh ganti dengan gula) – beli online di sini *Kalau nak buat roti manis, lebihkan gula Sedikit esen vanilla *Satukan semua bahan di atas
1. Gaul bahan C hingga, menjadi serbuk roti. Kemudian, masukkan bahan A (water roux). Ramas-ramas. 2. Masukkan bahan B. Uli hingga sebati. 3. Tambah lagi sedikit air (JIKA PERLU) sehingga dapat doh yang lembik tapi tidak melekat di tangan (kalau doh keras, nanti roti kita tak lembut).
4. Rehatkan doh 45 minit. Dah naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbuk bagi keluar angin. 5. Sapu loyang dengan marjerin. Bulatkan doh. Rehatkan doh 40minit (kalau cuaca panas, cepat je naik). 6. Sapukan roti dengan marjerin. Taburkan oregano flake/rosemary (optional).
7. Panaskan air fryer selama 5 minit pada suhu 160C. Bakar roti selama 20 minit pada suhu 160C. 8. Jika guna ketuhar, panaskan dahulu. Bakar suhu 170C guna api atas bawah selama 30 minit. Bergantung pada ketuhar masing-masing. Dah masak, sapukan lagi marjerin cair.