Biasa kalau kalau roti cinnamon ni bersaiz besar. Walau apapun saiznya, rasanya memang sedap. Boleh juga bakar dalam paper cup supaya senang nak letakkan topping nanti. Kalau nak roti besar boleh gandakan adunan saja. Jom kita meroti untuk jamu sekeluarga makan. Mesti laku keras nanti.
Untuk roti:
(Saya buat setengah adunan)
150gm tepung high protein/tepung roti
20gm gula
1 sudu kecil yis
Sedikit garam
80ml susu fullcream
1 biji kuning telur
25gm marjerin/butter
Cara membuat:
1.Masukkan semua bahan dan uli hingga doh elastik, perap dalam 40 minit baru bentukkan roti.
Untuk filling roti:
25gm gula pasir
25gm gula perang
1 sudu besar cinnamon
15gm marjerin/butter
Cara membuat:
1.Canaikan doh memanjang dan sapukan butter.
2.Campurkan gula dan serbuk cinnamon, taburkan pada doh tadi.
3.Gulung dan potongkan
4.Susunkan dalam loyang atau paper cup
5.Bakar dalam oven suhu 170 selama 20-25 minit atau sehingga roti masak
Toping Tiramisu
Bahan-bahan:
80gm whipping cream
20gm gula aising
60gm cream cheese
1 sudu kecil esen vanila
Cara membuat:
1.Putarkan gula aising dengan whiping cream.
2.Dah sebati masukkan cream cheese dan esen vanilla.
3.Masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti lebih kurang satu jam sebelum digunakan.
4.Paipkan topping tiramisu atas roti apabila roti dah masak dan sejuk.
5.Taburkan serbuk koko.
Kredit: Hidayati Hana