Ada yang teringin nak makan roti daging? Boleh buat sendiri lagi puas makan.Tambah enak dimakan bersama chili oil. Hidangkan panas-panas memang menyelerakan.Nak buat pun mudah.
Roti Daging
Bahan-bahan:
250gm daging kisar
1/4 bawang Holland-dicincang
Daun bawang-dicincang
1/2 sudu besar kicap cair
3/4 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa
1 sudu besar tepung jagung
3-4 keping roti canai frozen
Cara memasak:
1. Dalam mangkuk, masukkan daging kisar, bawang Holland,daun bawang, kicap cair,
sos tiram, serbuk lada putih, serbuk lada hitam berperisa dan tepung jagung.
Kacau rata.
2. Guna roti canai frozen, letakkan inti daging tadi dan bunjutkan begini.Kemudian
leperkan.
3. Susun dalam tray air fryer dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25-30
minit.
4. Selepas 14 minit terbalikkan.Masak hingga keperangan begini.
( memang daging akan masak sepenuhnya)
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=n3ZB9KHXwRg
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pn Rabiatun Adawyah Kongsi Resipi Pastri Yang Senang Cuba Di Rumah.
Selain pelbagai jenis manisan, hidangan berasaskan pastri selalunya menjadi pilihan untuk dihidangkan untuk para tetamu yang bertandang ketika majlis rumah terbuka. Paling digemari ramai tentunya pastri manis. Dihasilkan dengan pelbagai rupa dan rasa yang enak, hidangan ini tentunya memikat selera ramai untuk menikmatinya. Istimewa buat anda, RASA kongsikan aneka resipi pastri manis terbaik hasil air tangan Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din, pemilik Loyang Bread.
1. ECLAIRS
BAHAN-BAHAN (PASTRI):
- 125gm tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 sudu teh gula
- 100gm mentega
- 3 biji telur
BAHAN INTI:
- 2 cawan susu penuh krim
- 6 biji kuning telur
- 1/2 cawan gula
- 1/3 cawan tepung
- 1 sudu teh esen vanila
- 60gm mentega
BAHAN GANACHE:
- 2/3 cawan cip coklat
- 1/2 cawan krim putar
CARA MEMBUAT:
- Satukan air dan mentega kemudian masak atas api sehingga menggelegak. Kemudian matikan api dan masukkan tepung. Kacau sebati dan hidupkan api sekali lagi sehingga tepung masak.
- Kemudian masukkan adunan ini yang telah disejukkan ke dalam mesin pengadun dan masukkan telur.
- Apabila adunan sebati, masukkan ke dalam beg paiping. Paip bentuk puff mengikut kegemaran anda.
- Bakar pada suhu 170C selama 20 minit.
- Untuk membuat ganache coklat, panaskan susu dan masukkan cip coklat. Biarkan sebati dan sejukkan.
- Akhir sekali, hiaskan permukaan eclair dengan ganache coklat.
2. JAPANESE CREAMPUFF
BAHAN-BAHAN (PASTRI):
- 125gm tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 sudu teh gula
- 100gm mentega
- 3 biji telur
BAHAN PUFF CRUST:
- 85gm tepung
- 50gm gula
- 65gm mentega
- 1/2 biji kuning telur
BAHAN INTI:
- 2 cawan susu penuh krim
- 6 biji kuning telur
- 1/2 cawan gula
- 1/3 cawan tepung
- 1 sudu teh esen vanila
- 60gm mentega
CARA MEMASAK:
- Masak air bersama mentega sehingga menggelegak dan matikan api. Masukkan tepung dan kacau sebati.
- Kemudian hidupkan api dan masak tepung. Kemudian masukkan adunan ini yang telah disejukkan ke dalam mesin pengadun dan masukkan telur.
- Biarkan adunan sebati dan masukkan ke dalam beg paiping. Paip bentuk puff mengikut kegemaran anda.
- Untuk membuat puff crustsebatikan semua bahan dan bentukkan menjadi doh. Rol adunan dan potong segiempat. Letakkan ke atas adunan yang dipaip tadi dan bakar pada suhu 170C selama 20 minit.
- Untuk membuat inti, Panaskan susu. Dalam bekas lain campurkan telur, gula dan tepung. Ambil 1/2 cawan susu yang dipanaskan tadi dan campurkan dalam adunan tepung. Kacau sebati dan masukkan adunan ke dalam lebihan susu. Kacau atas api sehingga masak dan masukkan mentega. Kemudian disejukkan.
- Paipkan inti ke dalam pastri yang dibakar dan boleh dinikmati.
3. APPLE CRUMBLE TART
BAHAN KULIT PASTRI:
- 240gm tepung gandum
- 170gm mentega sejuk | dipotong kecil
- 2 sudu makan gula aising
- 4 sudu makan air ais
CARA MEMBUAT:
- Campurkan tepung dan mentega. Gaul sebati hingga jadi seakan serbuk roti.
- Masukkan gula aising dan gaul sebati. Masukkan air ais dan uli hingga jadi doh.
- Masukkan doh ke dalam plastik dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit. Biarkan seketika dan buat inti dan topping.
BAHAN INTI EPAL:
- 5 biji epal hijau
- 2 sudu makan jus lemon
- Secubit garam
- 2 sudu makan mentega
- 100gm gula perang
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
- 2 sudu makan tepung jagung
CARA MEMBUAT:
- Kupas kulit dan potong buah epal menjadi dadu kecil.
- Panaskan gula dan mentega. Masukkan potongan epal dan gaul rata.
- Masukkan garam, serbuk kulit kayu manis dan juga tepung jagung. Kacau dan gaul sebati hingga epal menjadi lembut dan sos sedikit pekat.
- Tambahkan jus lemkn dan gaul sebati. Angkat dan sejukkan.
BAHAN CRUMBLE:
- 75gm tepung agndum
- 35gm mentega tanpa garam
- 35gm gula perang
CARA MEMBUAT:
- Campurkan tepung dan mentega. Jadikan sekaan serbuk roti.
- Masukkan gula perang dan gaul hingga sebati.
CARA MEMASAK:
- Canai doh kulit tat sederhana nipis. Kemudian letakkan dalam acuan tat yang telah disapu dengan mentega.
- Tekan doh pada acuan dengan kemas supaya doh melekat dengan sempurna. Jika ada lebihan doh, potong bagi mengemaskannya.
- Masukkan inti epal yang telah disejukkan tadi dan tabur crumble sehingga menutupi inti.
- Panaskan ketuhar pada suhu 210C selama 10 minit. Kemudian masukkan tat tadi dan bakar pada suhu yang sama selama 15 minit.
- Kemudian turunkan suhu ke 190C dan bakar selama 45 minit hingga tat berwarna keperangan.
4. TAT BUAH
BAHAN KULIT TAT:
- 250gm mentega
- 120gm gula aising
- 2 biji telur gred B
- 480gm tepung gandum | jika lembik, tambah tepung sehingga dapat tekstur sempurna
CARA MEMASAK:
- Ayak gula aising ke dalam mangkuk besar. Masukkan mentega dan pukul menggunakan pemukul hingga sekata.
- Masukkan telur dan pukul lagi seketika.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga membentuk doh.
- Bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dasarnya dengan garpu.
- Bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
BAHAN KASTAD:
- 1 cawan tepung kastad
- 2 cawan susu cair
- 2 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1 sudu makan mentega
BAHAN HIASAN:
- Coklat masakan secukupnya | cairkan guna kaedah double-boiler
- Buah kiwi | dipotong
- Buah anggur | dipotong
- Strawberi | dihiris
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk. Masak diatas api sederhana besar sehingga pekat.
- Masukkan marjerin. Matikan api dan teruskan mengacau sehingga cair sepenuhnya.
- Ambil kulit tat dan sapu nipis coklat masakan yang telah dicairkan. Ketepikan.
- Masukkan adunan kastad yang dimasak tadi ke dalam piping bag. Kemudian picit ke dalam kulit tat dengan secukupnya.
- Susun buah-buahan pilihan dengan secukupnya.
- Sedia untuk dinikmati.
5. TAT KEJU BLUEBERI
BAHAN KULIT TART:
- 250gm mentega
- 450gm tepung gandum
- 100gm gula kastor
BAHAN KRIM KEJU:
- 250gm krim keju
- 60gm gula kastor
- 50gm mentega
- 1 biji telur
- Jem blueberi secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan kulit tat, campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Masukkan doh dalam acuan dan bentukkan.Bakar suhu 170C darjah selama 20 minit.
- Bagi menyediakan inti, masukkan krim keju, gula kastor dan mentega di dalam mangkuk adunan. Pukul hingga sebati.
- Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga semua bahan sekata.
- Masukkan krim keju ke dalam piping bag dan paipkan sedikit ke dalam kulit tat.
- Sudukan jem blueberi kemudian paipkan krim keju hingga penuh. Hias bahagian atas krim dengan sedikit jem blueberi.
- Bakar selama 10-15 minit api atas dan bawah suhu 170C.
- Angkat dan sedia dinikmati.
6. PAVLOVA
BAHAN-BAHAN:
- 200gm telur putih
- 300gm gula castor
- 1 1/2 sudu teh perasa vanila
- 1 1/2 sudu teh cuka
- 1 sudu makan tepung jagung
BAHAN KRIM VANILLA:
- 100gm custard segera
- 250gm susu segar
- 700gm krim putar
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan meringue, putar telur putih sehingga separuh kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memutar.
- Masukkan vanila, tepung jagung dan cuka. Teruskan memutar sehingga adunan apabila dipegang tidak terasa gula atau adunan tidak jatuh apabila diterbalikkan.
- Bentukkan adunan di atas kertas pembakar. Boleh juga masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas.
- Bakar pada suhu 130C selama 50 minit.
- Sementara meringue pavlova masak, boleh sediakan krim vanilla. Campurkan custard segera dengan susu. Gaul sehingga sebati.
- Setelah itu putar bersama krim putar di dalam mesin pemutar sehingga kembang.
- Masukkan krim dalam piping bag dan paipkan di atas meringue.
- Kemudian paipkan sedikit jem strawberi dan hiaskan dengan buah-buahan kesukaan anda seperti strawberi,anggur dan kiwi.
Buat Sendiri Roti Sandwic Homemade Guna Resipi Mudah Ni
Roti sandwic ni memang antara yang selalu kita beli. Macam-macam boleh dihasilkan menggunakan roti ni. Kalau dapat makan roti yang baru lepas dibakar, memang nikmat tak terkata.
Nak cuba hasilkan sendiri roti sandwic homemade ni? Saudari Zuraita Mohd Anua ada kongsikan resipinya. Resipi ini beliau uli dan bakar sepenuhnya menggunakan ‘bread maker’. Memang sangat mudah. Jom cuba.
RESIPI ROTI SANDWIC HOMEMADE ( WHITE LOAF)
BAHAN-BAHAN:
- 400gm tepung roti – beli online disini
- 250ml susu segar
- 2 sudu makan gula pasir (empunya resipi guna brown sugar)
- 2 sudu makan mentega – beli online disini
- 2 sudu teh yis segera – beli online disini
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Tekan butang fungsi ‘Basic’ (atau apa sahaja yang ada di bread maker anda) untuk membuat loaf.
2. Pilih setting ‘Light’ untuk crust dan 1.5lb untuk saiz roti.
3. Biarkan ‘bread maker’ menjalankan proses menguli dan bakar dalam tempoh masa 2 jam 53 minit.
4. Bila roti telah masak, keluarkan dari acuan dan sejukkan. Kemudian bolehlah dinikmati mengikut cita rasa.
Tip:
1. Pada minit awal doh diuli, anda kena sentiasa lihat keadaannya. Kalau doh kelihatan terlalu lembik, tambahkan sedikit lagi tepung roti.
2. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit lagi susu segar.
3. Doh cantik jika ia bulat elok dan tidak melekat.
4. Untuk memotong roti yang dah masak pula, gunakan pisau roti.
5. Roti kena betul-betul sejuk baru cantik potongannya.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Zuraita Mohd Anua
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Hotdog Kukus Bolognaise Menu Ringkas Untuk Anak-Anak
Bila anak-anak cuti sekolah, mak-mak lah paling sibuk memikirkan menu yang tidak bosan untuk dinikmati. Resipi Hotdog kukus bolognaise memang senang nak buat, dan sedap pula tu. Sesuai sangat untuk sarapan seisi keluarga.
Hotdog Kukus Bolognaise
Bahan-bahan:
Roti hotdog
Sosej / frankfurter lembu
½ biji bawang besar – potong dadu
1 ½ biji tomato – dadu
1 sudu teh serbuk oregano
Minyak zaitun secukupnya
Cili – kalau suka pedas
Sos pasta / spageti segera secukupnya
Beberapa helai daun basil
Garam secukup rasa – kalau perlu
Cara memasak:
1. Panaskan periuk pengukus dan kukus sosej sampai lembut. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian, kukus pula roti hotdog selama 1 minit. Pastikan bahagian tengahnya dah dipotong sebelum dikukus supaya senang nak masukkan sos nanti. Ketepikan bila dah siap.
3. Dalam kuali, panaskan sikit minyak zaitun.
4. Tumis bawang besar, tomato dan oregano. Kalau suka pedas, boleh masukkan hirisan cili.
5. Bila dah wangi dan layu, masukkan sos pasta secukupnya. Jumlahnya ikut banyak mana roti yang nak disediakan.
6. Kacau dan perlahankan api. Biarkan sos memekat. Sos tak nak cair sangat sebab nak letak atas roti.
7. Tambahkan daun basil kalau ada.
8. Bila sos dah pekat, perasakan dengan garam kalau perlu. Kalau boleh, tak payah tambah garam sebab sos dan sosej dah cukup masin.
9. Ambil roti yang dah dikukus tadi dan masukkan sosej.
10. Tuang sos atas hotdog secukupnya.
11.Siap.
Selamat mencuba!
Inspirasi resipi: Khabbab Jamalludin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Sampai Pecah Minyak, Rahsia Sambal Tempoyak Bilis Petai Jadi Sedap
Sedap, Cepat Masak. Resepi Sotong Masak Hitam Pedas Disukai Ramai
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official