Kebiasaannya, bila kita beli roti sandwich tapi dah nak expired mesti tak tahu nak buat apa kan. Bila dah sampai tempoh riwayatnya, buanglah begitu saja. Alahai, betapa sayangnya.
Tapi sekarang ini, anda tak perlu nak susah hati kerana dengan perkongsian resipi daripada Nazuhaina Azu, roti sandwich boleh dinikmati dengan pelbagai cara!
Bukan saja boleh dimakan begitu saja, tapi boleh diubahsuai menjadi roti pizza untuk juadah makan petang. Jom kita cuba.
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping roti – beli online di sini
2 biji telur
Tomato puri
Mayonis – beli online di sini
Sosej | dipotong kecil-kecil
Stickcrab | dipotong serong – beli online di sini
Cendawan – beli online di sini
Capsicum | dihiris
Nenas | dipotong kecil-kecil
Bawang holland | dihiris – beli online di sini
Mozarella cheese – beli online di sini
CARA-CARA:
1.Mula-mula, carik-carikkan roti. Kemudian, masukkan ke dalam loyang.
3.Tekan-tekan roti supaya bancuhan tadi kena pada keseluruhan permukaan roti.
4. Sapu tomato puri dan mayonis ke atas roti.
5. Letak topping yang dikehendaki. Boleh letak sosej, stickcrab dan nenas. Ataupun capsicum, cendawan dan bawang holland.
6. Akhir sekali, taburkan mozarella cheese.
7. Bakar di dalam air fryer menggunakan suhu 150°C selama 15 minit.
Kredit resipi dan foto: Nazuhaina Azu
Dapatkan lebih banyak resipi yang sedap, mudah dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
https://www.youtube.com/watch?v=-hcHUxMk8gI