Sejak PKPB ramai yang terkesan malah ada yang dibuang kerja. Langkah berjimat cermat perlu diamalkan di mana kalau sebelum ini malas memasak, kenalah rajinkan diri ke dapur. Jika sebelum ini semua benda kita nak beli, apa kata membuatnya sendiri. Roti juga mejadi kesukaan ramai. Jom kita buat sendiri lagi puas makan. Ikut resipi yang dikongsi oleh Datin Shida ini.

Roti Gandum

Bahan-bahannya:-
1 1/4 cawan air suam
3 sudu besar gula
11 gm yis mauripan/yis kering-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu besar mentega cair atau minyak-BELI ONLINE DI SINI
3 cawan tepung
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil baking powder-BELI ONLINE DI SINI

Cara-cara:
1. Campurkan air, yis, mentega cair atau minyak serta gula dalam sebiji mangkuk. Biarkan yis mengembang (lebih kurang 5-10 minit)

2. Di dalam mangkuk besar yang lain campurkan bahan-bahan kering seperti tepung, garam dan baking powder. Gaul sebati

Ads

3. Apabila yis berbuih-buih, tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Gaul sebati.

4. Uli selama 2-3 minit kemudian biarkan doh rehat (doh akan naik 2 kali ganda saiz asal. Pastikan mangkuk adunan besar. Adunan memang lembap. Doh akan melekit pada awalnya. (Jangan tambah tepung)

5. Apabila doh sudah kembang 2x ganda, tumbuk atau uli doh untuk mengeluarkan gelembung  udara di dalam doh. Uli lagi doh sehingga permukaan doh nampak sekata. Anda akan rasa permukaan doh tidak melekit lagi.

6. Rehatkan doh sekali lagi. Boleh taburkan bijan atau apa-apa bijirin di atas doh. Doh akan naik sekali lagi. Sapukan merah telur di atasnya dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180’C selama lebih kurang 20 minit. (Bergantung pada jenis oven)

9. Keluarkan roti yang sudah masak, sapukan butter di atasnya dan rehatkan roti sekejap.

10. Potong roti mengikut kesukaan dan  boleh dihidangkan dengan jem kesukaan anda.

SELAMAT MENCUBA!

Ads

Resipi Ikhlas daripada Datin Shida Yusoff @missdessertparlour

INGIN DAPATKAN BREAD MAKER, BOLEH LIHAT DI SINI.

Kek Batik Hijaulah Pulak, Enak Rasa Berkrim Horlicks

Ads

Jimat Tapi Kenyang, RASA Kongsi Resipi Roti Bajet Sesuai Waktu PKPB

Resipi Bomboloni Lembut Dengan Inti Nutella Yang Cair Di Mulut!

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI