
Anak-anak kadang-kala susah sangat kalau nak makan roti. Tak ada selera katanya kalau roti sandwic putih tanpa rasa. Jadi anda mungkin boleh cuba hasilkan roti goreng, resipi perkongsian saudari Ratna Sari Zain. Ringkas dan rasanya pun sedap. Kalau ada roti sandwic yang dah kurang lembut, masak cara sebegini pasti akan jadi lebih enak. Sesuai sangat dinikmati sebagai snek untuk minum petang.
RESIPI ROTI GORENG LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur gred A
- 2@ 3 sudu makan susu pekat manis
- Secubit garam
- Roti potong (besar)
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur. Masukkan susu dan garam. Kacau hingga sebati.
2. Potong roti ikut suka pastu celup dalam adunan tadi.
3. Bila minyak dah panas. Goreng aje apa tunggu lagi. Hehe
4. Taraaa! Siap. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ratna Sari Zain
Nak cari aneka ‘HOME APPLIANCES’ yang terbaik & ‘value for money’? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Resipi Gerenti Sedap 5 Star. Cepat Dimasak Hanya Guna Ketuhar Je

Bila tiba bulan puasa, bermulalah persiapan menyambut Hari Raya. Masa ni lah kaum ibu sibuk buat juadah berbuka, kuih muih raya dan juga kek. Maklumlah, raya kan setahun sekali je. Tapi percayalah, memang penat! Tapi ada satu gajet ni boleh mudahkan kerja-kerja memasak anda.
Ketuhar elektrik Panasonic NB-H3800SSK memang memudahkan kerja-kerja memasak lebih-lebih lagi untuk menyediakan sajian di pagi Syawal.
6 SEBAB KETUHAR NI BEST!
- SAIZ BESAR
Bersaiz 38L membolehkan anda memasak masak biskut dan kek dengan banyak dalam satu-satu masa tanpa perlu ulang masak beberapa kali. Kalau buat pizza atau kek saiz 10 inci memang muat tau!
- KAWALAN MASA YANG PANJANG
Dilengkapi dengan kawalan masa sehingga 120 minit. Wow! Bolehlah masak bermacam-macam sajian tanpa perlu datang jenguk ketuhar untuk tambah masa memasak.
- SISTEM KAWALAN SUHU PELBAGAI GUNA
Yang ni memang best. Ketuhar ni dilengkapi dengan sistem kawalan suhu antara 70˚C – 230˚C sekaligus membolehkan anda melakukan proses penapaian doh roti, buat buah kering, kek dan biskut serta memanggang hanya dengan satu ketuhar.
- TOMBOL API ATAS BAWAH BOLEH LARAS
Ketuhar elektrik Panasonic NB-H3800SSK didatangkan dengan ciri-ciri terbaik seperti sistem pemanasan double M boleh laras. Ia sekaligus membolehkan anda mengawal suhu ketuhar atas dan bawah dengan lebih mudah agar sesuai dengan masakan anda.
- KIPAS BERKUASA TINGGI
Ketuhar ini juga dilengkapi dengan kipas berkuasa tinggi yang berfungsi mengawal suhu ketuhar yang mana ia akan menjadikan makanan dapat masak dengan sekata.
- GRILL BERPUTAR 360 DARJAH
Panggangan berputar 360 darjah mampu menghasilkan ayam panggang yang lembut didalam dan garing diluar tanpa perlu membalikkan secara manual. Memang mudah!
Memang best kan ketuhar elektrik Panasonic NB-H3800SSK ni? Jadi jom cuba resipi-resipi di bawah ni. Pasti anda kagum dengan hasil dan rasanya.
MANGO MANIA COFFEE CAKE
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 2 ½ cawan tepung naik sendiri
- 1/2 cawan air kopi pekat | anggaran 2 sudu makan serbuk kopi segera
- 1/2 cawan gula perang
- 4 biji telur
- 1 cawan susu pekat
- 1/2 cawan susu cair
BAHAN KRIM KEJU MANGGA:
- 100gm krim keju
- 1/2 cawan gula ising
- Sedikit esen mangga
- Puri mangga secukupnya
- Mangga segar untuk hiasan
- Sedikit parutan kelapa
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang.
- Masukkan susu cair, susu pekat dan air kopi. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 190˚C selama 50 minit dan sejukkan sebentar.
- Bagi menyediakan krim keju, pukul keju bersama gula ising sehingga lembut.
- Kemudian tambahkan sedikit esen mangga.
- Salut krim mangga pada kek dan hiaskan dengan puri mangga, hirisan buah mangga segar serta kelapa parut
NUTTELA OAT MEAL
BAHAN-BAHAN:
- 141gm mentega | cairkan
- 130gm gula perang
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan rolled oats
- ¾ sudu teh serbuk penaik
- 1/8 sudu teh garam
- 150gm nutella
- 75gm semi sweet chocolate chip
- Sedikit esen vanila
CARA MEMASAK:
- Lapiskan loyang empat segi bersaiz 8 x 8 inci dengan parchment paper dan sembur baking spray. Ketepikan.
- Campurkan mentega yang dicairkan, gula perang dan esen vanila. Gaul sehingga semua bersatu. Ketepikan.
- Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, rolled oats, serbuk penaik dan garam. Dengan menggunakan teknik ‘rubbing’, satukan dengan adunan bercampur mentega tadi sehingga menjadi crumble.
- Ambil separuh dan tabur ke dalam loyang. Tekan-tekan dan bakar selama 10 minit.
- Keluarkan dari oven dan sapukan bahagian atas dengan Nutella dan ratakan dengan spatula. Tabur chocolate chip.
- Kemudian masukkan lebihan adunan tadi menutupi lapisan nutella dan chocolate chip. Tekan-tekan sedikit dan bakar semula selama 12-15 minit pada suhu 180˚C.
- Biarkan sejuk, barulah dipotong.
AYAM PANGGANG ROSEMARY
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam saiz sederhana
- 1 batang seleri |potong empat
- 1 sudu teh herba thyme
- 1 sudu teh rosemary
- 1 biji bawang besar |belah dua
- Beberapa tangkai daun parsli
- 1 helai daun bay
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos Lea & Perrins
- 4 ulas bawang putih |tumbuk halus
- 1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos)
- Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)
CARA MEMASAK:
- Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam.
- Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
- Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200˚C. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing.
- Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
- 5.Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay.
- Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown sauce dan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda.
- Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
- Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut citarasa masing-masing.
5 Menu Air Tangan Mak Engku, Sedapnya Hingga Teringat-Ingat.

Air tangan bonda tidak pernah mengecewakan, memasak dengan hati ikhlas, sarat dengan petua menjadi setiap hidanganya sungguh sedap dan mendapat pujian ramai. Untuk itu, Bonda Sharifah Norma Syed Mansur atau mesra disapa Mak Engku tidak kisah berkongsi beberapa resipi istimewa warisan turun temurun keluarga beliau untuk dikongsikan degan umum.
AYAM MASAK PUTIH
BAHAN-BAHAN
- 350gm isi dada ayam | potong dadu
- 200gm santan pekat
- 2 cawan air
- 1 tin cendawan butang
- 6 biji cili padi hijau
- 6 biji cili padi merah
- 1batang serai | titik
- 1 tin cendawan butang. | belah dua
- 6 cili api hijau | hiris
- 6 cili api merah | hiris
- Garam dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 1/2 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji buah keras
- 1batang serai
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam, kemudian masukkan dalam periuk bersama bahan kisar.
- Tambahkan air dan masak atas api sederhana.
- Bila ayam separuh masak masukkan cendawan, , hirisan cili padi dan serai.
- Setelah mendidih dan ayam masak, masukkan santan.
- Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak,
- Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Tutup api, ayam sedia dihidangkan besama nasi.
BAWAL BAKAR CICAH AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
UNTUK IKAN BAKAR:
- 1 ekor ikan bawal | saiz sederhana
- 2 sudu makan minyak masak
- Sedikit garam dan serbuk perasa
BAHAN KISAR:
- 1 biji cili merah
- 8 biji cili api
- 1/2 inci kunyit hidup
- 1/2 helai daun kunyit
BAHAN AIR ASAM
- 1biji bawang besar | potong dadu kecil
- 1 inci belacan| bakar
- 1/2 cawan air asam jawa | bancuh cair
- 2 biji limau kasturi |ambil airnya
- 1 cili merah | potong bulat
- 8 biji cili api | hiris
- 1 biji tomato | potong dadu kecil
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan kemudian lumurkannya dengan bahan kisar tadi.
- Perap ikan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum sedia dibakar.
- Bakar ikan sambil sentiasa dipercikkan dengan minyak, supaya ikan tidak terlalu kering.
- Bakar lebih kurang 8-10 minit.
- Sementara itu sediakan air asam dengan cara campurkan semua bahan dalam mangkuk.
- Gaul rata dan sebati kesemuanya.
- Setelah cukup rasa, angkat dan sedia dihidngkan bersama ikan bawal bakar tadi.
KETUPAT SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong saiz sederhana | buang kulit ari, bersih dan toskannya
- 200gm beras pulut susu | rendam
- 150gm santan pekat campur 3 cawan air
- 1 tin cendawan butang dalam tin
- 1 batang serai | titik
- 1 helai daun pandan | carik-carik dan simpul
- 1 cili hijau | belah dua
- 1 cil merah | belah dua
- 10 cili api sebiji-sebiji
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR
- 1 batan serai
- 4buah keras
- 1/4 inci lengkuas
- 1/4 inci halia
- 1 bawang besar
- 2 bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Asingkan kepala dan badan sotong
- Sumbatkan pulut dalam badan sotong hingga 3/4 penuh.
- Masukkan semula kepala sotong, kemudian kemaskan dengan lidi. Lakukan hingga sotong habis.
- Sementara itu masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar.
- Kacau rata dan masukkan sotong yang telah disumbat tadi.
- Masak atas api perlahan hingga mereneh, masukkan cendawan, daun pandan, serai titik dan cili padi.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
- Terus memasak hingga kuah pekat (jika ingin kuah lebih pekat campurkan 1 sudu teh tepung jagung).
- Sebelum angkat, masukkan hirisan cili merah dan hijau.
- Tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
AYAM PINDANG TUMIS BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ayam | potong besar
- 2 keping asam gelugor
- 4-5 tangkai daun kesum
- 1 kuntum bunga kantan
- 2 batang serai | titik
- 1 inci lengkuas | titik
- 4-5 biji tomato ceri jika suka
- Garam, gula dan perasa secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 10 tangkai cili kering
- 2 biji cili merah
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan air secukupnya, asam gelugor, serai titik, lengkuas.
- Setelah mereneh, masukkan ayam,biarkan mereneh hingga ayam masak.
- Masukkan daun kesum, bunga kantan, tomto ceri, garam, gula dan perasa secukup rasa.
- Apabila ayam empuk dan cukup rasa. Tutup api.
- Ayam pindang sedia dihidangkan, panas-panas.
AYAM GORENG KASTURI
BAHAN-BAHAN:
- 1ekor ayam saiz kecil | belah empat
- 3 helai daun limau purut
- 1 helai daun kunyit
- 250ml santan
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
- 2 inci kunyit hidup
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 3 batang serai
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan bahan kisar hingga rata.
- Masukkan dalam periuk, kemudian tambahkan santan, daun kunyit,limau purut.
- Renehkan atas atas api sederhana.
- Perasakan dengan garam dan kunyit secukup rasa.
- Tutup periuk dan kecilkan api. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
- Setelah ayam masak, tutup api dan toskan ayam.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam hingga garing.
- Setelah garing, angkat dan ayam sedia dihidangkan panas-panas dengan nasi panas serta sambal pencicah.
Cara Mudah Buat Cili Boh Homemade Tanpa Guna Pengawet.

Jom cuba buat cili boh homemade! Maklumlah, cili boh atau cili kisar adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun ada yang lebih suka hasilkan sendiri. Katanya lebih sedap. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih padu, lebih bersih, dijamin halal dan sesuai digunakan pelbagai jenis masakan.
Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam. Menerusi perkongsian Puan Mim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
PETUA BUAT CILI BOH HOMEMADE YANG TAHAN LAMA
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.
Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat.
BAHAN-BAHAN:
- Cili kering
- Bawang putih
- Air tapis
CARA-CARA:
1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.Kemudian toskan.(tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
3. Biarkan sekejap agak cili dah sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.Jangan guna air paip ye..Malah bawang putih pun bertindak sebagai anti kulat.
4. Letak cili kisar dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba…
Kredit petua & foto: Mim Nazihah
ANDA MUNGKIN SUKA:
6 Resipi Pes Ni Pastinya Akan Mudahkan Kerja-Kerja Memasak Anda. Berbaloi Cuba!