Roti Homemade Harum Aroma, Lembut & Tak Cukup Satu

Share

Sarapan pagi dengan roti homemade memang auranya berbeza. Bau aroma roti yang dibakar memang teruja nak makan. Nak buat roti yang gebu boleh ikut resipi ini. Confirm berebut anak-anak makan malah boleh dibawa bekal ke sekolah.

ROTI

Bahan-bahan:

  • 500g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • 1 1/2 sudu besar yis kering
  • 2 sudu besar majerin
  • 5 sudu besar susu tepung(nak skip pun tak apa)
  • 1 sudu kecil double action baking powder(kat bakery ada)
    Gaul sampai jadi macam serbuk roti

Cara membuat:

1.Tambah 1 cawan dan ½ atau 3/4 cawan air sejuk dari peti atau dari penapis air. Gaulkan sebati hingga jadi doh lembut.Jumlah air sejuk dalam 1 1/2 cawan atau lebih kurang 3/4 cawan.

2.Dua sudu besar gula tambah air suam sikit bancuh sampai gula larut. Doh tadi buat lekuk dan isi gula tadi. Uli sambil tabur-tabur sikit tepung hingga jadi doh.Tak payah beria uli, sikit tak payah elastik pun tak apa.

3.Dah jadi doh biarkan 1 -2 jam hingga kembang. Tutup permukaannya guna tuala basah atau masuk oven letak suhu 60 darjah 30 minit kembang.

4.Bila dah kembang, tumbuk sampai doh penyek.

5.Tabur sikit tepung, uli kejap dalam 5 minit. Kalau melekat tambah tepung tabur sikit.

Bentukkan doh dan lilit pada sosej.

6.Dah kembang sikit dalam 20 minit,sapu atasnya dengan sebiji telur dan susu full cream serta pewarna kuning.
8.Biar sekejap dan bakar pada suhu 180 dalam masa 25-30 minit bergantung pada oven masing-masing.
Kredit: Azlina Ina Fans

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri