Aroma kari yang harum, muzik santai yang bergema, dan gelak ketawa pengunjung menjadi latar suasana ketika ribuan orang berpusu-pusu ke khemah utama RASA Layan Curry Fiesta. Tetapi sorakan paling gemuruh bukan kerana makanan percuma semata-mata, sebaliknya untuk menyaksikan bagaimana selembar roti jala mampu ditukar menjadi karya seni yang membanggakan negara.
Inilah momen istimewa yang ditunggu-tunggu: Pertandingan Roti Jala Jelita Jalur Gemilang Gala. Acara kemuncak ini diraikan penuh warna sempena bulan kebangsaan dan Hari Malaysia, anjuran Majalah RASA dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara, serta sokongan penaja utama OKI, Seri Pelangi dan Ajinomoto.
Dari Dapur Ke Pentas
Sejak pagi lagi, khemah Roti Jala sudah menjadi tumpuan. Sebanyak 2,000 gulung roti jala diagihkan percuma kepada orang ramai. Ramai yang teruja mencuba sendiri teknik “menjala” di empat stesen dapur khas. Ada yang berjaya buat cantik, ada juga yang ketawa bila adunan tak jadi.
Pengunjung tak lepaskan peluang mencuba sendiri buat roti jala
Namun menjelang petang, semua mata tertumpu ke pentas utama. Hos membuka tirai acara dengan penuh semangat Malaysia Madani, disusuli ucapan penuh makna oleh Puan Emma Masri, Managing Editor RASA. Barisan juri yang berpengalaman kemudian mengambil tempat, bersedia menilai kreativiti peserta yang membawa roti jala ke tahap seni.
Kreativiti Jalur Gemilang
Seorang demi seorang peserta naik ke pentas, mempersembahkan hasil ciptaan mereka. Dari corak bendera Malaysia, bunga-bungaan patriotik, hinggalah replika 3D makanan tradisi, semuanya diinspirasikan daripada Jalur Gemilang. Penonton bersorak setiap kali karya ditayangkan di skrin LED, seolah-olah berada di sebuah pameran seni, bukan sekadar pertandingan masakan.
Antara karya-karya roti jala dari peserta
Ads
Suasana makin meriah apabila MC mengadakan Kuiz Merdeka & Makanan. Kanak-kanak, remaja dan ibu bapa sama-sama berebut menjawab soalan pantas tentang Malaysia.
Saat Mendebarkan – Pengumuman Pemenang
Tibalah saat yang paling dinanti. Sorakan penonton bergema apabila nama-nama pemenang diumumkan.
Ads
🥇 Juara – Nadila binti Mohd Suhaimi Karyanya diberi nama “Warna Warni Gemilang Kebudayaan”. Nadila mengambil masa 6 jam dengan 2.5 kg tepung untuk menyiapkan hasil roti jala berinspirasikan kepelbagaian budaya di bawah Jalur Gemilang.
“Saya ambil inspirasi daripada tema kebangsaan – Jalur Gemilang dan budaya kita yang pelbagai. Paling susah bila nak hasilkan bunga-bunga. Warna kena padan betul-betul supaya dekorasi nampak harmoni,” jelas Nadila, yang akhirnya berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM800.
🥈 Tempat Kedua – Roszalaimi bin Mat Salleh Karya “Wau Bulan Gemilang” pula mengambil masa 3 jam dan menggunakan 3 kg tepung. Wau bulan dipilih sebagai simbol negeri kelahirannya, Kelantan, dengan hiasan bendera-bendera negeri lain melambangkan perpaduan.
“Bahagian paling susah ialah menghasilkan bentuk bendera dengan tepat, terutama logo kecil-kecil tu. Warna pun kena seragam, kalau tidak tak jadi,” kata Roszalaimi yang memenangi hadiah wang tunai RM500.
Ads
🥉 Tempat Ketiga – Suzilawati binti Sahari Dengan karya “Aneka Warisan Malaysia”, Suzilawati memulakan kerja seawal 5 pagi. Menggunakan 5 kg tepung, beliau menghasilkan bukan sahaja roti jala patriotik, tetapi juga replika 3D makanan tradisi dan kraftangan Malaysia.
“Cabaran terbesar ialah nak buat replika 3D daripada adunan tepung. Tekstur kena betul-betul dijaga – kalau terlalu kering, ia boleh merekah,” katanya. Hasil ketekunannya itu berjaya melayakkan beliau ke tempat ketiga dengan hadiah RM300
9 peserta yang menyertai Pertandingan. Semuanya hebat-hebat belaka
Lebih Dari Sekadar Pertandingan
Pertandingan ini bukan sekadar mencari juara. Ia adalah pentas untuk mengangkat roti jala sebagai simbol seni, budaya dan kebersamaan rakyat Malaysia. Dari generasi muda hingga warga berusia, semua sama-sama merasai semangat kebangsaan yang disulam dalam sehelai roti jala.
Pengunjung yang jawab soalan tak pulang dengan tangan kosong
Ketika lampu pentas mulai padam, penonton pulang dengan senyuman. Bukan hanya kerana kenyang menjamu roti jala, tetapi kerana rasa bangga melihat kreativiti rakyat Malaysia. Roti jala bukan lagi sekadar makanan, tetapi telah menjadi kanvas seni Jalur Gemilang yang menghubungkan kita semua.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Juri Pertandingan Masakan Acar Buah tidak menyangka salah satu daripada 11 hidangan yang dinilainya merupakan air tangan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang.
Hajah Siti Rokiah Lebai Rahmat, 74, yang merupakan bekas guru masakan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berpengalaman selama 39 tahun dalam perjurian pertandingan masakan.
Beliau terkesima apabila peserta yang diumumkan sebagai pemenang tempat pertama, Aminah Mahmood yang tampil untuk menerima hadiah ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
“Saya dan semua peserta tidak tahu hidangan tersebut milik Paduka Baginda. Semua peserta diberi syarat sama iaitu menyediakan hidangan siap dari rumah dan dibawa ke pertandingan ini untuk dinilai mengikut rasa dan kreativiti.
“Saya dan pasukan juri memilih acar buah Aminah Mahmood ini bukan kerana sedap semata-mata tetapi kombinasi bahan-bahan yang cukup sempurna. Tidak berminyak tetapi kuah yang bersalut dengan rasa buah dan rempah ratus. Ini kali pertama saya rasa acar buah yang sedap, sempurna dan lengkap dengan semua bahan,” kata beliau.
Beliau berkata demikian selepas Karnival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang di Taman Tasik Maran di sini hari ini.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke karnival tersebut selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung WI Pahang di Dewan Jubli Perak di sini.
Turut mengiring ialah YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.
Inginkan suasana santai dengan hidangan yang cukup enak dan menyelerakan sambil berbual dengan yang tersayang atau teman-teman. Mardhiyyah Hotel & Suites teruja memperkenalkan pilihan hidangan gourmet pelbagai rasa di Borak Borak Café & Lounge yang terletak di hotel berkenaan.
Nikmati menu A la Carte yang dihias cantik dengan rasa yang pastinya tidak mengecewakan. Terdapat lebih daripada sepuluh hidangan yang setiap satunya menjanjikan citarasa yang berbeza. Pilih sahaja hidangan kegemaran anda seperti Seafood Cartocchio, Pizza Daging Salai, Pasta Capellini Prawn Mushroom, Pasta Spaghetti Seafood Aglio Olio, Ayam Cajun Bakar, Burger Daging, Piza Tuna Pedas, Mentaiko Prawn Aburi dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan untuk hidangan ala carte di sini bermula dari RM 34.00.
Antara hidangan Ala carte yang ada di Borak Borak Cafe & Lounge
Selain hidangan ala carte, bagi yang ingin menikmati set hi-tea yang juga cukup menarik untuk dinikmati. Dihidang cantik di atas set bertingkat, menjadikannya hidangan ini sesuai untuk berkongsi dan mencipta detik yang tidak dapat dilupakan. Jadikan momen itu sebagai peluang untuk diraikan bersama yang tersayang.
Hidangan set Hi-Tea tersebut membawakan Tuna Vol-Au-Vant, Mushroom Risotto, Prawn Croquettes, Zaatar Chicken, Fatush Salad dan Club Sandwich. Promosi bermula jam 2.30 petang hingga 6.00 petang setiap hari, pada harga RM 100.00 bersih untuk 2 orang. Akan mula dihidangkan kepada tetamu bermula 1 November hingga 31 Disember 2023, bagi yang ingin merasai sendiri keenakan hidangan di sini boleh terus menghubungi pihak Mardhiyyah Hotel & Suites.
Borak Borak Café & Lounge adalah tempat yang sesuai untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan, keluarga atau perjumpaan bersama klien dengan konsep tenang dan santai sambil menikmati aneka hidangan dan minuman sesuai dengan suasana hotel bertaraf 5 bintang.
MILO® telah menghulurkan sokongan kepada ibu bapayang menyambut sesi persekolahan baharu anak-anak mereka baru-baru ini melalui bengkel‘Pack in the Energy for Champions: Bento Box Workshop’. Acara yang kini memasuki tahunketiga penganjuran itu memberikan tunjuk ajar kepada ibu bapa tentang cara-caramenyediakan bekal makanan yang seimbang dan bertenaga untuk anak-anak mereka yangdi bangku sekolah rendah. Bengkel merupakan sebahagian daripada program aktivasi MILO®UHT yang berlangsung selama tiga hari di 1Utama, Bandar Utama sempena tahunpersekolahan baharu.
Pada bengkel tersebut, MILO® juga mengambil peluang untuk berkongsi satu fakta yang kurang diketahui oleh ibu bapa – iaitu kanak-kanak setiap hari memerlukan lebih banyak tenaga daripada yang disangkakan yang turut memberikan kesan terhadap pengambilan pemakanan mereka. Sebagai contoh, ramai ibu bapa tidak sedar bahawa seorang kanak-kanak sekolah rendah menggunakan sehingga 1,500kcal tenaga dalam sehari – bersamaandengan tenaga yang diperlukan untuk menghabiskan larian separuh maraton atau berenang50 pusingan di kolam renang!
Bengkel ini menyajikan penampilan Georgen Thye, pakar pemakanan serta pengasas Georgen Cooking yang menjelaskan mudarat mengabaikan sarapan yang dapat menyebabkankanak-kanak mengalami kehausan tenaga. Beliau disertai Lee Samantha, artis makanan yang terkenal dengan hasil ciptaannya yang luar biasa, berwarna-warni dan unik dalam sesi demonstrasi bersama beberapa resipi bekal makanan yang mudah dan cepat untuk dibawa ke sekolah.
Dengan hanya berbekalkan alatan seharian, bahan-bahan yang segar lagi sihat serta daya imaginasi yang tinggi, Lee berkongsi beberapa tip menarik mengenai hiasan makanan yang mudah dengan pelbagai bentuk potongan untuk menceriakan bekal bento supaya kanak-kanak teruja untuk menikmati makanan mereka.
MILO® UHT mudah untuk dipadankan dengan bekal makanan yang sihat dan seimbang bagi membantu ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapat tenaga yang mencukupi untukmemenuhi keperluan seharian mereka. MILO® UHT mengandungi ACTIV-GO®, iaitu kombinasi unik PROTOMALT™, pelbagai mineral serta vitamin yang penting untuk membantumembebaskan tenaga secara efisien daripada makanan. Minuman berkhasiat ini jugamengandungi kalsium dan Vitamin D untuk membantu mengekalkan kekuatan tulang dan gigi.Kanak-kanak yang mengambil minuman malt mempunyai pengambilan mikronutrien yanglebih tinggi, dan lebih cenderung memenuhi Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) untukkalsium, fosforus dan vitamin B3.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!