Roti jala antara hidangan yang sesuai baik untuk makan pagi atau petang. Cicah dengan kuah kari memang gabungan mantap.

Bagi yang suka buat roti jala dalam jumlah banyak untuk makan sampai ke petang atau malam tip dari T-hah T-hah boleh digunakan supaya roti jala kekal lembut. Malah jika dibuat malam hari untuk hidangan pagi pun tiada masalah.

Cara bancuh roti jala supaya kekal lembut 

Roti Jala Kekal Lembut Walau Dah Semalaman, Bancuh Ikut Cara Ini

Ads

Bahan-bahan

1 kg tepung gandum
2 biji telur A
1/2 tin susu cair(1 cawan)
150ml minyak masak
1500ml air
Sedikit garam
Pewarna kuning telur

Roti Jala Kekal Lembut Walau Dah Semalaman, Bancuh Ikut Cara Ini

Cara membuat

1.Satukan semua bahan, kisar hingga sebati. Sedia untuk dimasak.

2.Sediakan kuali non stick. Jika guna kuali leper seperti masak daging burger lengser sedikit minyak masak pada kiraian yang pertama. Seterusnya tak perlu.

Roti Jala Kekal Lembut Walau Dah Semalaman, Bancuh Ikut Cara Ini

Ads

3.TIP PENTING; sekiranya ingin membuat roti jala pada malam hari untuk makan keesokan pagi boleh mula buat jam 10 malam.

4.Selesai ‘mengirai’, biarkan roti betul-betul sejuk baru tutup bekas. Insya-Allah takkan basi. Boleh juga sejukkan bawah kipas.

Ads

Kredit resipi dan foto: T-hah T-hah

Baca: Resipi Roti Jala Pandan Makan Dengan Seri Kaya, Sekali Rasa Memang Nak Lagi

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI