Roti Jala Pisang Sos Coklat, Sedap Tak Terkata Ni.

Share

Selalunya roti jala makan dengan kuah kari, kuah durian atau sambal, kali ini RASA ingin kongsikan menu roti jalan coklat yang dicecah dengan sos coklat. Gerenti anak-anak tak tolak punya. Lagi sedap bila dalamnya tu ada inti pisang. Rugi tak cuba, tapi kalau nak cuba, ini menu resipinya ye…


.

ROTI JALA PISANG SOS COKLAT
BAHAN-BAHAN:

  • 150gm tepung gandum
  • 20gm gula halus
  • 15gm serbuk coklat/koko
  • 1/8 sudu teh serbuk kulit kayu manis | jika suka
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 1 biji telur
  • 250ml santan /susu cair
  • 1 sudu teh pes coklat
  • 1sudu makan mentega

INTI:

  • Pisang raja bulu | goreng dengan mentega hingga garing

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan kulit kecuali mentega yang dicairkan.
  2. Kacau rata mengguna mixer atau blender, setelah sebati masukkan mentega. Kacau lagi.
  3. Tapis dan masukkan dalam acuan roti jala.
  4. Panaskan kuali non stick leper ukuran lebih kurang 20cm.
  5. Jalakan adunan membentuk jaringan biarkan masak.
  6. Letakkan pisang goreng tadi di roti jala dan gulung.
  7. Sementara itu sediakan sos coklat dengan memasukkan susu cair, garam, gula pasir dan serbuk coklat.
  8. Kacau hingga mendidih, kemudian masukkan coklat gelap, biarkan hingag coklat larut. Pekatkan dengan dengan tepung jagung.
  9. Hidangkan bersama sos coklat tadi.

Resipi: @ayoe_widya83

Published by
Norasida Myasin