Cantik Roti Jala warna hijau pastel ni. Ia adalah salah satu menu kegemaran ramai yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan biasanya dimakan bersama kuah kari atau Kuzi. Malah ia juga enak dinikmati bersama kuah manis seperti Serawa atau kuah manis. Bagi yang bercitara moden, cicah sos coklat pun boleh.
Biasanya untuk jamuan, Roti Jala dimasak dengan sukatan 1 kg tepung gandum gandum. Namun bagi yang nak masak dalam jumlah yang sedikit, boleh cuba resipi perkongsian saudari Marina Miskam ni. Guna 4 cawan tepung je.
Malah untuk warnanya, beliau juga kongsikan cara untuk mendapatkan warna hijau pastel. Biasanya roti jala ni warnanya kuning sahaja kan? Boleh adun 2 warna ni. Barulah lawa. Jom cuba!

CARA MEMBUAT ROTI JALA WARNA HIJAU PASTEL SUKATAN 4 CAWAN TEPUNG

Roti Jala Sukatan 4 Cawan Tepung & Cara Bancuh Warna Hijau Pastel
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung gandum – beli online disini
4 cawan air
1 biji telur
1 1/2 sudu teh garam
4 sudu besar minyak masak
Pewarna kuning dan hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Satukan tepung gandum, air, telir, garam dan minyak masak dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
2.Masukkan pewarna kuning dan hijau dengan secukupnya. Kisar lagi untuk dapatkan warna hijau pastel yang cantik.
3.Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Sedang-sedang sahaja kepekatannya.
4. Ambil acuna roti jala dan masukkan adunan tadi.
5. Panaskan kuali non stick, sapu sedikit minyak masak di permukaan kuali.
6. Tetapkan api pada kepanasan sederhana kemudian bolehlah mulakan menjala.
7. Lakukan hingga adunan roti jala habis.

Roti Jala Sukatan 4 Cawan Tepung & Cara Bancuh Warna Hijau Pastel

8. Anda boleh gulung ikut saiz yang digemari. Sedia dinikmati bersama kari atau kuzi.
Roti Jala Sukatan 4 Cawan Tepung & Cara Bancuh Warna Hijau Pastel

Ads

Kredit resipi & foto: Marina Miskam

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Ads

Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Ads

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI