Waktu sahur ada mahukan nasi dan lauk pauk ringkas. Tidak kurang juga yang memilih untuk makan menu yang ringkas seperti roti yang boleh mengenyangkan. Boleh cuba resipi roti johan ini, dapat satu pun memang puas. Lengkap dengan inti daging dan salutan telur di luar roti.

Roti Johan

Bahan-bahan:

600gm tepung roti/gandum
11gm yis
30gm susu tepung
80gm gula (sis letak 40gm aje)
8gm garam
1 biji telur gred A
250ml susu segar
150ml krim putar

Cara memasak :-
1.Campurkan semua bahan-bahan kering & gaul rata
2.Kemudian masukkan bahan-bahan basah & uli sehingga lembut(Adunan ini memang lembik. Uli lagi sehingga adunan tidak melekat)
3.Rehatkan doh 45 minit & tutup doh dengan kain lembab. Doh akan mengembang
4.Keluarkan doh dari bekas adunan dah uli sekali lagi. Kemudian bahagikan doh & uli doh memanjang. Susunkan doh di dalam loyang pembakar & rehatkan doh sekali lagi. Doh akan naik sekali ganda
5.Panaskan ketuhar 180’C
6.Sapukan permukaan doh dengan merah telur
7.Bakar lebih kurang 20 ke 25 minit

 Inti Roti Johan

IKLAN

Bahan-bahan:-
Daging cincang
2 biji bawang besar di dadu
3 sudu makan rempah kari daging (pes)
Daun bawang (diracik)
Cili merah (dihiris)
Lada sulah
Jintan manis
Garam secukup rasa
Air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:-

1.Panaskan minyak
2.Masukkan bawang tumis hingga wangi
3.Masukkan rempah kari & jintan manis tumis hingga naik minyak
4.Masukkan daging& gaul rata
5.Masukkan sedikit air
6. Bila inti dah pekat tutup api
7.Masukkan daun bawang, cili merah & garam

Bahan untuk telur

3 biji telur gred A
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara memasak:-

1.Pukul kesemua bahan-bahan ini hingga kembang kemudian campurkan dengan inti yang telah dimasak tadi.

SELAMAT MENCUBA!

Resipi Ikhlas daripada Datin Shida Yusoff @missdessertparlour

Nasi Beryani Ayam Kuzi dan Puding Jagung Menu Berbuka Kesukaan Alif Sattar