
Siapa kata usia 70 an tak cukup kuat menguli doh roti. Cuba tengok ni hasil roti kampung dengan hanya menguli dengan dua belah tangan tanpa mesin penguli.

.
Jom semak resipi yang dikongsikan oleh Mak Uda Intan , gebunya.

.
ROTI KAMPUNG ,MAK MENTUA

.
Bahan A
- 2 sudu teh yis kering (mauripan)
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu besar tepung gandum
- ½ cawan air
*Campurkan semua di atas sehingga sebati dan biarkan sehingga saiz berganda, bagi mereka yang dah biasa membuat roti pasti tahu kaedah tanzhong
Bahan B
- 3/4 cawan gula Kastor
- 4sudu besar marjerin
**pukul hingga sebati
Bahan C
- 4 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan air
- 1 biji telur

.
CARA MEMASAK :
- Campurkan A+B+1biji telur+3/4cwn air tadi dan kacau sebati.
- Masukkan 4 cawan tepung sikit-sikit dan uli hingga jadi doh lembut.
- Sekiranya nak gunakan mixer pun ok, tapi mak mentua uli tangan aje.
- Biarkan doh rehat dalam 1 jam dan size jadi double.
- Bolehlah bakar adunan roti dengan suhu 180 C selama 30 minit.

.
- Permukaan roti boleh sapukan planta dan biarkan sejuk sebelum dimakan
credit : Mak Uda Intan
FB : Aneka Resepi Kuih Muih
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
10 Variasi Kek ‘Hot From Oven’ Super Gebu , Resipi Hebat Norhayati Ahmad

Siapa tak suka kek homemade segar dan panas dari oven. Kepelbagaian dalam bahan ramuan kek adalah kunci kepada terciptanya pelbagai resepi kek.
Samada dari buah-buahan, bijirin ,kekacang, coklat dan perisa memberikan variasi dan ‘warna’ kepada kek tersebut. Norhayati Ahmad dari Adriana Cakes House berkongsi resipi 10 variasi kek untuk pembaca dan pengikut RASA.
- KEK LOBAK MERAH DENGAN BADAM

BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
- 200 gm tepung gandum atau tepung kek | diayak
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat | diayak
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis | diayak
*Satukan semua bahan A ini, kemudian di ayak.
Bahan B:
- 250 gm lobak merah | diparut halus dan telah di perah
- 100 gm almond nibs | dipanggang dahulu selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C)
- 240 gm gula halus
- 180 gm minyak jagung
- 2 biji telur saiz A
Bahan krim keju :
- 150 gm krim keju
- 30 gm mentega tanpa garam
- 60 gm gula aising
- 10 gm whipping cream
*Badam hancur (kasar) @ almond nib dan parutan keju cheddar untuk hiasan CARA MEMASAK :
Kek :
1. Putar gula dan telur hingga kembang
2. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana
3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati.
4. Masukkan lobak dan badam, kaup balik sehingga adunan sebati.
5. Sediakan loyang pembakar 23 sm, lapik loyang dengan kertas pembakar dan sapukan sedikit mentega pada loyang.
6. Tuangkan adunan dan bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit.
7. Bakar kek selama 40-50 minit bergantung kepada oven masing-masing..
8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar dalam loyang pembakar dan kemudian terbalikkan atas redai.
Krim keju :
- Pukul keju krim,mentega dan gula aising hingga kembang.
- Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kembang.
- Masukkan whipping cream ke dalam adunan keju krim dan kaup balik adunan sehingga sebati. Krim keju sedia disapukan pada kek.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat saiz 23 sm (1.5 kg)
Waktu memasak: 40 – 50 minit
Cara Memasak : Bakar
Keistimewaan: Kek lobak merah klasik denan ‘topping’ krim keju yang lazat.
INFO CHEF : Selain badam anda juga boleh menggantikan dengan kacang walnut atau jenis kekacang , panggang dahulu kekacangnya. Lobak merah hendaklah disagat kasar.
2. KEK JAGUNG LAPIS

BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
- 5 biji telur gred A
- 160 gm gula
- 125 gm tepung gandum*
- 1 sudu kecil baking powder* (*disatukan dan diayak)
- 75 gm minyak jagung
- 15 gm ovalet
- 2 sudu makan susu segar
Bahan kastad :
- 1050 ml santan (200ml santan kotak + air)
- 225 gm gula castor
- 10 gm serbuk agar agar
- Sedikit pewarna kuning
- 100 gm tepung Hoen Kwee (warna kuning)
- 75 ml air
- Secubit garam
- 400 gm ( 1tin jagung krim)
CARA MEMASAK :
Kek :
- Satukan telur, ovalatte dan gula. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu segar. Gaul rata.
- Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin segi empat berukuran (20 sm x 20sm,) yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas mentega.
- Sapukan juga permukaan kertas dengan mentega.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit. Bila sudah masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan di atas redai.
- Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bahagian tepi kek sehingga menjadi (17.8 sm ). Kemudian potong kek menjadi 3 keping.
Kastad:
- Satukan semua bahan untuk kastad (kecuali jagung dalam tin) dalam bekas tahan panas.
- Masak di atas air mendidih (secara double boiler) gunakan w
- Kacau hingga pekat dan berkilat. Masukkan jagung dan kacau sebati. Padamkan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis .
Cara buat lapisan kek jagung
- Gunakan tin berukuran 20sm x 20sm (kedalaman 8 sm )
- Tuang 1/3 adunan kastard ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian letakkan 1 lapis kek di atas kastard tadi dan ditekan tekan sedikit.
- Tuang lagi 1/3 kastad di atas kek. Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek.
- Ratakan biar memenuhi bahagian yang kosong di sekeliling loyang. Lapiskan lagi dengan kek dan kemudian kastard dan di akhiri dengan kek.
- Isi ruang ruang tepi kek dengan lebihan kastard.
- Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang kurangnya 1 jam. Keluarkan kek dari acuan.
*Bahagian yang ada kastad itu di atas dan kek di bawah. Ini bermakna kek ini dimulai dengan bahagian kastad dan akhir dgn kek.
Saiz hidangan: 1 tin pembakar segi empat 20sm x 20sm (1.5 kg)
Waktu memasak: 45 – 50 minit
Keistimewaan: Rasa jagung dapat dinikmati dalam kastad jagung yang dibuat
INFO CHEF : Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam dan potong serta hidangkan semasa sejuk.
3. KEK CAWAN COKLAT

BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
- 1 cawan minyak jagung
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan serbuk koko | diayak
- 1 cawan gula kastor
Bahan B:
- 1 cawan tepung gandum | diayak
- 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
- 1 sudu teh soda bikarbonat | diayak
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3 biji telur saiz A
Bahan buttercream coklat :
- 100 gm krimwell
- 100 gm shortening
- 1-2 cawan gula aising (manis ikut kesukaan masing masing)
- Pewarna jika perlu
- ½ cawan non dairy whipping cream (dipukul hingga kental)
- Sedikit perasa coklat/ pes coklat
CARA MEMASAK :
- Ayak Bersama tepung, baking powder & soda bikarbonat. Asingkan.
- Dalam mangkuk, satukan semua bahan A. Masak sebentar di atas api perlahan dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebentar.
- Dalam satu bekas lain, dengan menggunakan mixer, putarkan telur sehingga gebu, kemudian masukkan esen vanilla dan putar lagi.
- Masukkan adunan coklat tadi ke dalam adunan telur dan putar sehingga adunan sebati.
- Masukkan tepung yang telah di ayak dan putar sebati.
- Isi ke dalam cawan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar pada suhu 170 darjah (api atas dan bawah) selama 25 minit.
- Setelah masak, sejukkan di atas redai, kemudian boleh di hias menggunakan krim buttercream.
Topping buttercream coklat :
Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Masukkan whipping cream dan perasa coklat dan gaul sebati. Masukkan dalam beg piping, sedia untuk digunakan.
Saiz hidangan: 20 biji kek cawan
Waktu memasak: 45 – 50 minit
Keistimewaan: Kek cawan kaya dengan rasa coklat dan koko
INFO CHEF : Kek coklat ini lembut dan lembut teksturnya.
- KEK KACANG PECAN COKLAT GANACHE

BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
- 4 biji telur gred A
- 180 gm gula kastor
- 170 gm tepung kek | diayak
- 2 sudu makan serbuk kacang pecan
- 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
- 1 sudu makan ovalet
- 50 ml minyak jagung
- 1 sudu teh perisa badam
Bahan krim:
- 200 gm non dairy whipping cream (pukul sehingga kental)
Bahan Choc Ganache :
- 100 gm coklat masakan
- 100 gm non dairy whipping cream
- 1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK :
Kek :
- Ayak berrsama tepung kek dan serbuk penaik.
- Satukan semua bahan di atas kecuali minyak jagung
- Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi putih, kembang dan gebu.
- Tambahkan minyak jagung dan kaup balik sehingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang 20 sm yang telah dilapik dan disapu mentega.
- Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30-35 minit bergantung kepada suhu oven anda.
- Terbalikkan kek di atas redai sebaik sahaja kek masak. Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang pembakar.
- Biarkan kek sejuk, kemudian potong kepada 2 atau 3 kepingan.
Coklat Ganache :
- Panaskan whipping cream sehingga mendidih
- Masukkan whipping cream yang telah mendidih tadi ke dalam mangkuk berisi coklat masakan.
- Tambahkan mentega dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
Menghias kek:
- Potong kek kepada 2 atau 3 keping. Letakkan sekeping kek di atas lapik kek.
- Sapukan kek dengan whipping cream tadi. Kemudian letak sedikit coklat ganache di atasnya. Ratakan.
- Letakkan lapisan seterusnya. Salut keseluruhan kek dengan menggunakan whipping cream. Simpan di dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam atau sehingga krim mengeras.
- Kemudian, curahkan coklat ganache di atasnya dan ratakan ke seluruh kek. Sejukkan.
- Akhir sekali, hiaskan atas kek dengan baki kacang pecan mengikut kreativiti anda.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat atau empat segi bersaiz 20 sm (1kg)
Waktu memasak: 40 – 45 minit
Cara Memasak : Bakar
Keistimewaan: Rasa coklat dan kacang pecan yang lazat
INFO CHEF : Coklat ganache yang betul cara masaknya akan menyedapkan lagi kek coklat dan menambah lebih perisa coklat kepada kek coklat anda.
5. KEK TIRAMISU

BAHAN-BAHAN:
Bahan kek span perasa kopi :
- 150gm tepung superfine | diayak
- 150 gm gula kastor
- 5 biji telur gred A
- 1 sudu besar ovalet
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 80 ml susu segar
- 80 ml minyak jagung
- 1 sudu teh perasa kopi
Bahan sirap kopi:
- 1 sudu besar kopi paket 3 dalam 1(apa apa jenama)
- ¼ cawan air panas
* Satukan bahan di atas untuk menjadikan sirap kopi
Bahan krim keju:
- 250 gm krim keju
- 120 gm gula aising
- 200 gm whipping cream
- 150gm yogurt perasa asli
- 20 gm gelatin
- 80ml air panas
Cara membuat:
Kek :
- Satukan tepung, gula, telur, ovalete dan serbuk penaik. Pukul selama 5 minit.
- Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
- Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik.
- Tambah kan perasa kopi dan kacau sebati.
- Sediakan loyang bersaiz 20 sm (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang). Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan.
- Bakar kek pada suhu 170 darjah selama 25-30minit.
- Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun). Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek.
Krim keju :
- Putar krim keju dan gula hingga lembut. Masukkan yogut dan pukul lagi sehingga sebati.
- Campur gelatin dan air panas. Gaul hingga gelatin larut. Setelah sejuk, campurkan gelatin ke dalam adunan keju tadi. Gaul sebati.
- Masukkan whipping cream yang telah dipukul hingga kental ke dalam adunan keju dan gaul sebati.
Menghias kek:
- Letakkan sekeping kek span di atas papan alas kek. Renjiskan sirap kopi ke atas permukaan kek supaya ia menjadi lembab.
- Kemudian letakkan adunan keju ke atas kek dan ratakan.
- Letakkan lapisan kedua dan ulangi langkah sama sehingga lapisan terakhir kek. Ratakan krim dibahagian tepi kek.
- Untuk hiasan, taburkan serbuk koko di atas kek menggunakan penapis.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 1kg)
Waktu memasak: 30 minit
Cara Memasak : Bakar
Keistimewaan: Rasa kopi asli dengan aroma kopi
INFO CHEF :Kek yang menepati citarasa penggemar kopi. Rasa krim keju mengimbangi rasa kopi dan memberi rasa lemak berkrim pada tiramisu ini.
6. KEK LAPIS PANDAN

BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
- 5 biji telur Gred A
- 160 gm gula
- 125 gm tepung gandum*
- 1 sudu teh serbuk penaik* (*disatukan dan diayak)
- 75 gm minyak jagung
- 15 gm ovalet
- 1 sudu teh pes pandan
- 2 sudu makan susu segar
Bahan kastad :
- 1050 gm santan (200ml santan kotak + air)
- 225 gm gula
- 10 gm serbuk agar agar
- 1 sudu teh pes pandan
- 100 gm tepung Hoen Kwee (warna hijau)
- 75 ml jus pandan (kisar 4 daun pandan dgn 75ml air dan tapis)
- Secubit garam
CARA MEMASAK :
Kek :
- Satukan telur, ovalet, gula dan pes pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.
- Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam loyang tin pembakar (20sm x20sm) yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Sapukan juga permukaan kertas dengan mentega.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit. Bila sudah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan di atas redai.
- Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bahagian tepi kek sehingga menjadi (17.8sm x 17.8 sm). Kemudian potong kek menjadi 3 keping.
Kastad :
- Satukan semua bahan-bahan untuk kastad dalam bekas tahan panas.
- Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan whisk kacau hingga pekat dan berkilat. Matikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.
Membuat lapisan kek pandan :
- Tuang 1/3 adunan kastad ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian letakkan 1 lapis kek di atas kastad tadi dan ditekan- tekan sedikit.
- Tuang lagi 1/3 kastad di atas kek. Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek.
- Ratakan biar memenuhi bahagian yang kosong di sekeliling loyang. Lapiskan lagi dengan kek dan kemudian kastad dan di akhiri dengan kek. Isi ruang ruang tepi kek dengan lebihan kastard.
- Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang kurangnya 1 jam. Keluarkan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.
*Bahagian yang berkastad tu di atas dan kek di bawah. Kek ni dimulai dgn bahagian kastad dan akhir dengan kek.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 1.5kg)
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak : Bakar
Keistimewaan: Kek berperasa pandan yang lembut dan gebu
INFO CHEF: Loyang perlu dibasahkan untuk memudahkan proses mengeluarkan kek dari loyang pembakar.
7. KEK KEJU OREO

Bahan-bahan
Bahan dasar kerak :
- 80 gm biskut oreo | telah di asingkan intinya
- 50 gm mentega | yang dicairkan
Bahan krim keju :
- 250 gm krim keju @ cream cheese
- 200 gm non dairy whipping cream
- 150 gm yogurt biasa
- 50gm gula kastor
- 15 gm gelatin
- • 60 ml air panas
- • 50 gm serbuk oreo dan sedikit biskut oreo sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
Dasar kerak:
- Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang spring form 18cm. Alas loyang dengan pembalut plastik atau kertas minyak supaya senang untuk dikeluarkan.
- Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padatkan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit hingga sejam.
Kek krim keju :
- Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan.
- Pukul krim keju cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu.
- Masukkan yogut dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
- Gunakan spatula, masukkan serbuk oreo dan kacau sedikit. Tidak perlu kacau sebati.
- Tuang separuh adunan ke dalam loyang biskut tadi. Letakkan beberapa keping biskut oreo dan tuangkan baki adunan cheese di atasnya.
- Sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg)
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak :Gelatin panas dan didinginkan dalam peti sejuk
Keistimewaan: Biskut oreo memberi kelainan rasa pada kek keju
INFO CHEF : Balut dasar loyang pembakar menggunakan plastik pembalut untuk memudahkan kek dikeluarkan dari loyang pembakar.
8. KEK RUSSIAN BLACK & WHITE

Bahan A :
- 300 gm tepung gandum | diayak
- 100 gm serbuk koko | diayak
- 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
- 1 sudu teh soda bikarbonat | diayak
*Satukan semua bahan, kemudian ayak dan diketepikan.
Bahan B :
- 3 biji telur saiz A
- 400 gm gula kastor
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan C :
- 250 ml susu cair
- 250 ml minyak jagung
- 2 sudu makan susu pekat manis
Bahan D:
- 250 ml air panas
Bahan Mocha Cream cheese:
Bahan A
- 12 gm gelatin
- 60 ml air
Bahan B
- 400 gm krim keju
- 2 sudu teh kopi segera
- 60 gm gula aising
Bahan C
- 300 gm krim putar bukan tenusu
Bahan Coklat Ganache:
- 250 gm coklat masakan
- 100 gm non dairy whipping cream
- 1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK :
Kek :
- Satukan semua bahan B, pukul hingga putih gebu.
2. Masukkan minyak dan susu cair, dan 2 sudu makan susu pekat manis. Pukul hingga sebati
3. Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
4. Tambahkan air panas dan gaul rata
5. Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 20 sm yang telah di gris dan dilapik dasar loyang dengan kertas minyak
6. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
7. Masa pembakaran 50 minit sehingga 1 jam bergantung kepada kepanasan ketuhar.
8. Potong kek menjadi 3 atau 4 keping untuk dilapiskan bersama mocha cream cheese dan coklat ganache.
Mocha Cream cheese
1.Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.
2. Satukan gelatin dalam air, kemudian cairkan secara double boil.
3. Satukan bahan B. Pukul hingga lembut. Campurkan gelatin dan pukul hingga licin dan sebati.
4. Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental.
5. Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna.
6. Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais sebelum digunakan untuk melapisi antara kepingan kek.
Coklat ganache :
- Panaskan whipping cream sehingga mendidih
- Masukkan whipping cream yang telah mendidih tadi ke dalam mangkuk berisi coklat masakan.
- Tambahkan mentega dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
- Masukkan ke dalam piping bag untuk menghiasi dan melapisi di antara kepingan kek.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg)
Waktu memasak: 1 jam
Cara Memasak : Bakar
Keistimewaan: Kek yang berkrim dan kaya rasa mocha
INFO CHEF : Pastikan kek disejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurang dua jam sebelum dipotong.
9. KEK VANILA KEJU LELEH

BAHAN-BAHAN :
Bahan kek vanilla span:
- 150gm tepung superfine
- 150 gm gula kastor
- 5 biji telur gred A
- 1 sudu besar ovalet
- 1 sudu kecil serbuk penaik | diayak
- 80 ml susu segar
- 80 ml minyak jagung
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan ‘topping keju leleh :
- 250 gm keju krim
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan non dairy whipping cream
- Parutan keju cheddar | sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
Kek vanilla span :
- Satukan tepung, gula, telur, ovalet dan baking powder. Pukul selama 5 minit.
- Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
- Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik.
- Sediakan loyang pembakar bersaiz 20 sm inci (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang pembakar. Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan.
- Bakar kek pada suhu 170 darjah selama 25-30minit.
- Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun).
- Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek.
Topping krim keju :
- Satukan keju, susu pekat dan non dairy whipping cream dan kacau sebati.
- Tuang adunan kejue ke atas kek vanilla tadi.
- Hiaskan atas kek dengan parutan keju cheddar.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg) atau empat segi
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak : Bakar
Keistimewaan: Lemak dan berkrim menepati selera pencinta keju
INFO CHEF : Setelah kek masak perlu segera diterbalikan dari loyang dan dikeluarkan dari loyang untuk mengelakkan kek mengecut.
10. KEK CAWAN VANILLA

BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
- 1 1/4 cawan tepung kek | diayak
- 1 1/4 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh baking soda @ soda bikarbonat
- 1/2 sudu teh garam
- 2 biji telur telur
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1/2 cawan minyak jagung
- 1/2 cawan buttermilk (atau 1/2 cawan susu campur 1/2 sudu teh cuka atau jus lemon dan ketepikan selama 5 minit sebelum digunakan)
Bahan butter cream:
- 100 gm krimwell
- 100 gm shortening
- 1-2 cawan gula aising (manis ikut kesukaan masing masing)
- Pewarna jika perlu
- ½ cawan non dairy whipping cream (dipukul hingga kental)
CARA MEMASAK :
- Panaskan oven pada suhu 170C.
- Di dalam mangkuk, satu dan ayakkan tepung kek, serbuk penaik, baking soda dan garam. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk pengisar elektrik, putar telur selama 10-20 saat. Masukkan gula dan terus putar dengan menggunakan kelajuan sederhana selama 30 saat. Masukkan vanila dan minyak dan putar lagi hingga sebati.
- Kurangkan kelajuan, masukkan campuran tepung diikuti separuh dari susu, tepung dan susu lagi. Kacau sebati.
- Adunan agak cair. Tuang ke dalam kertas acuan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar selama 15-18 minit.
- Setelah masak, sejukkan di atas redai sebelum di hias.
Buttercream:
- Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Masukkan whipping cream dan gaul sebati. Masukkan dalam beg piping dan sedia untuk menghias kek cawan.
Saiz hidangan: 16 biji kek
Waktu memasak: 20 minit
Cara Memasak : Bakar
Keistimewaan: Kek vanilla yang lembut dan gebu
INFO CHEF : Kek vanilla yang sedap dimakan ‘plain’ walau tanpa ramuan tambahan seperti kekacang atau buahan beri.
RESEPI : NORHAYATI AHMAD
TERIMA KASIH : ADRIANA CAKES HOUSE. FB: Adriana Cake & Cookies, IG : Adriana_cakeshut
Terliur Pulak Rendang Rebung & Pajeri Kedondong Bulan Puasa Ni.

Selalunya kalau sebut rebung mesti masak lemak atau kari, tapi kali ini bila rebung dibuat rendang campur dengan daging kisar, ia memang terbaik dan terangkat.
Begitu juga dengan menu pajeri kedondong, selama ni nanas dan terung je yang dibuat pajeri, tapi buah kedondong juga sedap dimasak pajeri. Tak percaya korang boleh cuba dua resipi ini. Memang tak rugi cuba.

RENDANG REBUNG DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
- 500gm rebung madu | rebus dan tos
- 150gm daging kisar
- 300ml santan pekat
- 2 sudu makan kerisik
- 2 batang serai | titik
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 20 biji cili padi
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm kunyit hidup
- 2cm halia
- 2cm lengkuas
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan daging kiar, kacau lagi hingga garing.
- Seterusnya masukkan rebung yang telah direbus seketika tadi, gaul rata.
- Kemudian masukkan santan, serai dan asam gelugor. Biarkan terus mereneh.
- Setelah kuah pekat, kecilkan api. Kemudian masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
- Apabila timbul minyak, tutup api.
- Rendang rebung sedia dihidangkan.

PAJERI KEDONDONG
BAHAN-BAHAN:
- 15 biji kedondong muda | buang kulit
- 250ml santan kotak
- 2 sudu makan udang kering | cuci bersih dan kisar kasar
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan rempah kerutup
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk jitan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
REMPAH PENUMIS:
- 3cm kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 2cm lengkuas
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- Rebus buang kedondong hingga lembut. Angkat dan tos.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah pemumis dengan bahan kisar.
- Setelah wangi campurkan pula campuran serbuk rempah ratus yang telah dibancuh dengan sedikit air serta udang kering yang telah dikisar tadi.
- Kacau hingga pecah minyak, baru masukkan santan.
- Setelah mereneh masukkan buah kedondong yang telah direbus tadi.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, dan masukkan kerisik.
- Kacau rata, apabila timbul minyak, tutup api dan sedia dihidangkan.
3 Sajian India Popular, Menu Hebat Dari Chef Sureshkumar

Kita kan Malaysia, apa salahnya sajian tradisional India jadi hidangan tengahari atau malam anda. Kalau dah keputusan idea nak buat lauk apa, 3 lauk popular ini boleh menceriakan famili anda.
Jom kita cuba resepi yang disumbangkan oleh Chef Sureshkumar Chandrasekaran Nair yang juga mengetuai dapur India di New World Petaling Jaya Hotel. Jom tukar selera….
Sous Chef Sureshkumar Chandrasekharan Nair, New World Petaling Jaya Hotel
IKAN JENAHAK MANGACHAR

BAHAN-BAHAN :
- 800 gm isi ikan jenahak | dihiris
- 2 biji mangga muda | dipotong beberapa keping
- 10 gm daun kari | digoreng
Bahan kuah:
- 50 gm cili padi hijau
- 120 gm bawang kecil
- 40 gm halia | hiris nipis-nipis
- 5 gm halba
- 10 gm serbuk kunyit
- 200 ml santan kelapa
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumiskan bahan-bahan kuah sehingga naik bau.
2. Masukkan mangga muda dan sedikit air, masak hingga mangga jadi separuh masak.
3. Masukkan isi ikan dan kemudian tambahkan santan kelapa.
4 .Perasakan dengan garam secukupnya. Apabila mendidih perlahan api.
5. Biarkan ia mereneh sebentar dan biarkan hingga hampir pekat.
6. Taburkan daun kari yang sudah digoreng di atasnya, untuk rasa yang lebih enak
Saiz hidangan : 9-10 orang
Masa memasak :20 minit
Cara memasak :Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Masakan India
Keistimewaan : Rasa pedas dan masam manis mangga yang enak berempah
Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF: Resepi ini disebut Mangachar merujuk pada mangga. Ia sajian popular di negeri -negeri selatan India terutamanya Kerala.
AYAM MASALA ALA GUJARAT

BAHAN-BAHAN :
- 600 gm ayam peha dan kaki |dipotong beberapa ketulan
- 50 gm daun ketumbar | diracik halus
Bahan perapan:
- 1 cawan yogurt biasa tanpa perisa
- 2 sm halia |ditumbuk halus
- 2 sudu teh serbuk jintan putih
- 2 sudu teh serbuk cili
- 2 sudu teh serbuk lada putih
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam
- 1.5 sm halia | ditumbuk halus
- 120 gm bawang putih | dicincang halus
- 1/2 sudu teh biji sawi
Bahan untuk kuah:
- 1 sudu makan mentega tanpa garam
- 125 gm bawang besar |dicincang halus
- 2 ulas bawang putih / dihiris halus
- 1 biji cili hijau | dihiris haluss
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 25 gm kulit kayu manis
- 3 gm chat masala
- 1/2 sudu teh kasoori methi (daun halba kering)
- 120 gm tomato/dibelah baji
- 40 gm gajus panggang
- 1 cawan krim masakan
- 1/2 cawan daun ketumbar/dihiris halus
- garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK ;
1. Campurkan bahan-bahan perapan, ayam dan gaulkan sebati. Masukkan ke dalam beg plastik makanan dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam.
2. Panaskan kuali grill dan letakkan ayam di atasnya. biarkan ayam masak sepenuhnya atau boleh juga dibakar ayam di dalam oven pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak
3. Sementara itu panaskan kuali dengan minyak masak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hijau sehingga wangi
4. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk paprika, chat masala masala,kasoori methi, gula dan garam secukupnya
5 . Biarkan lebih kurang 15 min dengan api yang sederhana panas
6. Masukkan krim masakan, tomato dan gajus dan gaul rata. masak sehingga kuah pekat atau cair sedikit ikut kesukaan anda.
7. Selepas itu masukkan ayam tadi dan kacau sebati. biarkan selama 5 minit
8. Taburkan sedikit daun ketumbar dan ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 8- 9 orang
Masa memasak : 25 minit
Cara memasak : Tumis dan panggang
Jenis masakan : Lauk tradisional India
Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama nasi, roti naan dan roti pita
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Sajian India Utara memang banyak menggunakan yogurt dalam masakan. Cukup popular Gujarat dan wilayah Punjab. Anda boleh juga menggunakan sos tomato atau puri tomato dalam masakan ini.
AYAM PAKORAS DENGAN PUDINA CHUTNEY

BAHAN-BAHAN :
- 800 gm peha ayam dan kaki /dibuang tulang
Bahan dikisar (A) :
- 200 gm tepung kacang kuda
- 50 gm serbuk kunyit
- 120 gm serbuk cili
- 50 gm serbuk jintan putih
- 80 gm halia
- 120 gm bawang putih
- Garam secukup rasa
- 30 gm chat masala (campuran serbuk rempah dan masala)
- 1 cawan minyak masak
Bahan pudina chutney @ acar :
- 250 gm daun pudina /dikisar
- 100 gm daun ketumbar
- 30 gm serbuk jintan putih
- 150 ml yogurt biasa (tanpa perisa)
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Kisar bahan A sehingga menjadi batter
2 .Perap ayam dengan campuran batter ini semalaman
3. Kisar bahan pudina chutney dan ketepikan
4. Goreng ayam yang diperap ke dalam minyak penuh yang sudah pijar
5. Hidangkan bersama pudina chutney dan taburkan serbuk chat masala
Saiz hidangan : 8- 9 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Lauk tradisional India
Keistimewaan : Ayam goreng rangup berempah dengan pudina chutney,sajian terkenal di Gujarat, India Utara
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Chat masala biasa dihidang dalam masakan India, Bangladesh, Punjab (Pakistan) dan Sindh, Pakistan. Chat masala ialah campuran rempah berasal dari India, terdiri daripada serbuk mangga kering, jintan putih, ketumbar, halia kering, garam, lada hitam, asafoetida (sejenis gam dari herba) dan serbuk cili.
Terima kasih : New World Petaling Jaya Hotel
No. 1, Jalan SS7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor

