Roti Karipap Sardin, Goreng Garing Krup Krap Makan Tak Sedar Diri!

Share

Menu simple dan senang nak buat bila takde idea nak masak apa. Dari di biarkan roti habis tarikh luput dan berkulat baik cuba resipi ni. Kenyang perut senang hati! Boleh juga disediakan untuk sarapan pagi.. Selamat mencuba!

RESIPI ROTI KARIPAP SARDIN

(Untuk 14 keping roti)

BAHAN-BAHAN:

  • Sardin 1 tin kecil sardin.
  • 2 bawang merah.
  • 2 biji bawang putih.
  • 10 tangkai cili kering.
  • 1 batang carrot.
  • Garam.
  • Ajinamoto. (jika perlu)

CARA MEMASAK:

  1. Blendkan cili kering dan bawang merah dan bawang putih. Tumis atas api sampai naik minyak. Masukkan sardin dan carrot. Buh air sikit. Pelan kan api bia sampai carrot lembut. Masukkan bawang garam dan ajinamoto. Api kene pelan ye. Kacau sampai kering sikit sardin tu.
  2. Roti korang gelek sampai mampat ye. Lepastu pakai kepit karipap tu je. Masukkan inti sardin tu. Kepit cam biase.
  3. Pastu boleh goreng. Goreng sekejap je. Dah garing terus angkat.

Siap!

 

Tip: Risau roti berminyak. Gelek dulu roti tu sampai tipis. Barulah tak berminyak.

 

Kongsi resipi: Zilla Janis

Published by
Mastura Abu Kassim