Roti keju salut telur ini memang sesuai dijadikan bekal untuk anak-anak ke sekolah. Memang sedap dengan kejunya yang meleleh. Bahan pun tak banyak. Yang sudah tersedia di dapur rumah kita.
Sedap dimakan untuk sarapan, atau boleh juga dibuat untuk minum petang. Atau snek ketika duduk santai bersama keluarga pada waktu malam. Pendek kata, roti ini sesuai dimakan bila-bila masa yang kita suka.
Bahan pun tak banyak diperlukan. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Har Ryea ini ye. Gerenti anak-anak suka.
Garlic spread sapu pada roti dan bakar, kombinasi terbaik sekali makan dengan mushroom soup. Tapi resipi garlic spread yang dikongsi oleh Wan N Wan M ini makan begitu saja pun dah cukup sedap. Tak perlu cicah dengan mushroom soup.
Resipi garlic spread sedap
Bahan-bahan
600g mentega butter (guna jenama Butterich lebih sedap)
100g bawang putih -dicincang
50g brown sugar
1 sudu besar daun parsley.
Cara membuat
Gaul ajalah semua bahan hingga sebati. Siap
Untuk membuat garlic bread, sapu pada roti kemudian bakar dalam ketuhar guna api atas dan bawah hingga garing.
Boleh makan begitu saja atau hidangkan dengan mushroom soup.
Garlic spread ini boleh disimpan dalam peti ais, keluarkan lebih awal sebelum digunakan supaya lembut.
Selalu tiada idea untuk menyediakan menu makan malam yang simple dan sihat? Cara penyediaan yang mudah boleh di buat untuk makan malam dan sarapan pagi. Isi ayam di tumis ringkas dan dibalut roti wraps dengan salad, mayonis serta sedikit sos yang memberi penuh nutrisi lengkap untuk makan malan dan sarapan anda. Buat tau!
CHICKEN WRAPS SEMPOI
BAHAN-BAHAN
Roti wraps / atau roti canai segera
Isi ayam dihiris-hiris
Kepingan ayam (pilihan)
Bawang holand (dihiris)
Lada benggala (dihiris)
Lobak Merah (dihiris)
Salad
Tomato (hiris la ikut suka)
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu sos tiram
Mayonis
Sos cili
CARA MENYEDIAKANNYA:
Panaskan roti wraps dengan balik-balikkan di atas pan dan ketepikan.
Letakkan sedikit minyak, masukkan ayam & kepingan ayam. Kacau-kacau sampai ayam masak.
Agak-agak sudah masak, masukkan bawang, lobak merah, lada benggala dan tomato (masak sekejap)
Letak serbuk lada hitam dan sedikit sos tiram.
Sapu mayonis pada roti wraps dan susun salad di atas mayonis.
Letakkan pula bahan-bahan yang sudah dimasak tadi.
Apa menu sarapan yang sedap dan mengenyangkan? Selain menu berat seperti nasi goreng atau mi dan sebagainya,
roti menjadi pilihan di kala sarapan. Makannya pun tidak pernah jemu. Roti juga boleh dipelbagaikan menunya bagi menambah rasa dan selera untuk nikmatinya.
ROTI GULUNG SERUNDING
Bahan-bahan:
500gm tepung gandum
220ml air ais
(Saya guna 150ml air ais + 70ml krim putar cair)
100gm gula putih
100gm mentega – BELI ONLINE DI SINI
25gm serbuk susu
2 butir kuning telur
1 butir telur
10gm yis segera – BELI ONLINE DI SINI
4gm garam
Topping:
2 butir kuning telur,(dikacau)
Daun bawang
Cili merah besar- buang biji dan hiris halus
Bijan
Filling :
Mayonaise
Serunding
Cara membuat :
1. Campur tepung gandum,serbuk susu ,gula & yis menjadi satu, gaul hingga sebati.
2. Tambahkan telur dan air ais sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.
3. Tambahkan mentega dan garam, gaul kembali.
4. Angkat adunan, tutup dengan kain bersih sekitar 45 minit / mengembang 2x ganda
5. Kemudian bahagi adunan menjadi 2, gelek bentuk persegi, kemudian ratakan sesuai bentuk ukuran loyang
yang sudah disapu mentega.
Setelah semua adunan roti terletak rapi diloyang,
tusuk dengan garpu supaya adunan tidak mengelembung ketika di dalam ketuhar.
Kemudian rehatkan sekitar 15 minit.
6. Sapu permukaan adunan dengan kuning telur, tabur daun bawang, cili hiris dan bijan.
7. Ketuhar dengan suhu 190 derajat Celcius selama 15 minit api atas bawah dan
2 minit terakhir api atas supaya permukaan kulit kecoklatan(sesuaikan dengan ketuhar masing-masing)
8. Keluarkan dari ketuhar, balik roti di atas kertas roti. Sapu dengan mayonis dan letak taburan serunding.
Gulung perlahan sambil dipadatkan. Biarkan sebentar, potong menjadi 5 bagian/ikut selera.
Sapu lagi sisi kanan kirinya dengan mayonis dan tabur serunding. Sajikan
Kredit resipi: @linagui.kitchen
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini