Selalunya bila makan di restoran Boat Noodle, Roti Kukus Sangkaya ini antara menu yang ramai ‘order.’ Ini antara sajian pencuci mulut yang cukup popular di restoran ini dan sentiasa menjadi pilihan ramai. Sebenarnya tidak susah mana pun hendak memasak Roti Kukus Sangkaya. Bahan-bahan pun senang nak cari. Boleh cuba ikut resipi Roti Kukus Sangkaya seperti yang dikongsikan oleh Ira Idris ini.
ROTI KUKUS SANGKAYA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UTAMA:
1 buku roti putih
BAHAN SANGKAYA:
200 ml santan
2 cawan susu sejat – BELI ONLINE
2 sudu besar susu pekat manis – BELI ONLINE
1/2 keping gula melaka – BELI ONLINE
2 sudu besar gula pasir – BELI ONLINE
1 biji telur
2 sudu besar tepung jagung – BELI ONLINE
8 helai daun pandan
1/2 sudu kecil pewarna hijau
CARA MEMBUAT:
1.Kisar daun pandan dengan sedikit air. Selepas itu tapis.
2. Campur semua bahan dan masak dengan api yang paling perlahan. Kacau hingga likat.
3. Panaskan periuk kukus. Kukus roti 5 hingga 6 minit sahaja. Hidangkan bersama Sangkaya tadi.
4. Bila hendak hidangkan Roti dan Sangkaya, tambahkan susu cair sedikit dalam Sangkaya.
Sumber kredit: Ira Idris
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official