
Anak-anak pasti suka jika disediakan roti kukus sosej untuk hidangan minum petang. Ditambah pula dengan cheese, lagi berselera dibuatnya. Boleh sediakan menu ini untuk hidangan minum petang.
RESIPI ROTI KUKUS SOSEJ CHEESE

BAHAN-BAHAN:
- Roti
- Sosej
- Cheddar cheese
- Mayonis
- Sos cili (boleh tambah kalau nak)

CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus sosej dan toskan.

2. Ambil roti, belah tengah dan sapukan mayonis di dalam. (Kalau suka sos, boleh sapu sekali atau letak lepas masak)

3. Sumbatkan sosej tadi pada bahagian tengah.

4. Kerat kepingan cheese menjadi beberapa bahagian.

5. Lapiskan kepingan cheese di atas sosej.
6. Panaskan air dalam periuk, kukus sehingga mendidih.
7. Susun roti di atas periuk dan pastikan air betul-betul menggelegak dan periuk berwap.
8. Tutup tudung periuk dan kecilkan api.
9. Kukus selama 2 minit (maksimum) atau sehingga cheese cair, roti panas dan lembut.


Jika anda mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Sumber: Asmawaty N Sofian via Sirap Limau
Artikel menarik yang boleh dibaca:
Resipi yang boleh dicuba:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kecur Liur Dengan Kerabu Telur Masin Ni, Buatnya Pun Mudah

Biasanya bila dihidangkan dengan menu kerabu, jadi berselera nak makan. Pasti bertambah nanti. Buat penggemar kerabu kena cuba buatnya, bahan-bahan yang digunakan sangat simple. Resipi yang dikongsikan oleh Rohana Benjamin membuka selera sesiapa saja.
Kerabu Telur Masin

Bahan-bahan:
2 biji telur masin ( rebus)
1 genggam ikan bilis ( goreng)
8 tangkai cili padi ( hiris)
½ biji bawang besar( hiris)
2 biji bawang merah ( hiris)
4 biji limau kasturi ( ambil jus)

Cara membuat:

1.Kupas telur masin, kemudian hiris atau potong.

2.Sediakan bekas untuk meletakkan semua bahan.
3. Gaul sebati. Siap untuk dihidang.
Kredit: Rohana Benjamin
Campak-Campak Je Tapi Resipi Meatball Carbonara Ni Memang Sedap
Sedap & Mudah, Hanya 5 Minit Untuk Masak Mee Rebus Terengganu Ini
Cubalah 4 Variasi Lauk Udang Ni, Udang Yabby Pun Ada …

Udang galah dan yabby ni memang harganya agak mahal sedikit, tetapi manis rasa isinya. Tapi ingat ya, walau apa pun jenis udangnya, pilih isi dan badan udang yang pejal, baru segar udangnya.
Resipi dari udang yabby pun ada, udang air tawar dari perairan Australia. Belanja lebih la sikit,hujung minggu jadikan ia menu istimewa untuk keluarga tercinta.
1.KARI LAKSA UDANG YABBY

BAHAN-BAHAN:
Bahan pes laksa (dikisar) :
- 300 gm cili kering /dibuang cili
- 150 gm halia /dihiris nipis
- 200 gm ulas bawang putih/ diketuk
- 180 gm bawang kecil
- 80 gm serai, dihiris halus
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 sm belacan /dibakar terlebih dahulu
- 1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 600 gm udang yabby
- 200 gm kek ikan/ sudah dimasak
- 1/4 cawan minyak masak
- 200 ml santan kelapa
- 1 liter air stok ayam
- 10 keping tofu (jika suka)
- 12 auns peha ayam/dibuang tulang dan kulit
- 400 gm mi laksa
- 2 sudu kecil gula melaka /atau gula perang/garam kosher
- 3 biji telur rebus /lembut
- Gula dan garam secukupnya
Bahan hiasan :
- Taugeh, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)
CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes.
2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana.
3. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit.
4. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit.
5. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi.
6. Biarkan mendidih hingga 10 minit.
7. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya
8. Celur laksa dan taugeh dalam air panas.
9. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama taugeh, daun pudina , hirisan limau dan sambal (jika suka).
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Mi laksa, masakan Nyonya
Keistimewaan : Laksa lemak pedas dengan kemanisan udang Yabby
INFO CHEF : Udang Yabby adalah sejenis udang air tawar Australia. Harganya lebih mahal tetapi rasanya yang sungguh manis menjadikan kari laksa lebih lazat.
2. SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT

BAHAN-BAHAN :
- 250gm udang saiz sederhana
- 1 mangkuk kecil terung pipit
- 5 sudu makan cili kering/yang telah dikisar
- 5 biji bawang kecil/ ditumbuk lumat
- 3 ulas bawang putih/ditumbuk lumat
- 2 sudu makan asam jawa /diperah bersama setengah cawan air
- 1 biji bawang besar/dihiris nipis
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang.
2. Goreng terung pipit sebentar.
3.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak.
4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap
5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu.
6. Masukkan udang dan dibalik-balikan sebentar.
7. Angkat dan sedia untuk dimakan.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Terung pipit menambah keenakan sambal udang.
INFO CHEF : Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
3. GULAI KUNYIT UDANG TERENGGANU

BAHAN-BAHAN :
- 1/2 kg udang
- 1/2 kg santan pekat
- Segelas air
- 2 sudu makan ketumbar/ ditumbuk
- 1 sudu makan jintan manis/ditumbuk
- 1 sm halia/ditumbuk
- 1 sm lengkuas/ditumbuk
- 1 sm kunyit hidup/ditumbuk
- 4 sudu cili kisar
- 2 keping asam keping
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Ambil periuk dan nyalakan api.
2. Masukkan semua bahan yang ditumbuk bersama pati santan dan sedikit air.
3. Apabila mendidih masukkan udang.
4. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh seketika
5. Gulai kuning udang siap untuk dihidangkan.
INFO CHEF : Gulai kuning atau gulai kunyit lengkuas memang cukup popular di negeri pantai timur.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Bahan ramuan lengkuas menyebabkan gulai kunyit tampil berbeza keenakannya dengan negeri lain.
4. GULAI UDANG GALAH NENAS NEW WORLD

BAHAN-BAHAN :
- 1 kg udang galah
- 350 gm nenas/dihiris
- 3 cawan santan kelapa
- 2 cawan air
- 1 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
- 1/2 cawan minyak masak
- 3 helai daun limau purut/ dicarik
- 1 sudu teh pes asam jawa
Bahan dikisar (A):
- 12 biji cili merah
- 15 biji bawang kecil
- 200 gm bawang putih
- 1 1/4 sm lengkuas
- 4 sm kunyit hidup
- 2 batang serai/dihiris
- 60 gm buah keras
- 50 gm belacan/ dibakar
CARA MEMASAK :
1. Kisar semua bahan A, tambahkan sedikit air untuk memudahkan ia dikisar.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan A sehingga naik bau.
3. Masukkan nenas dan biarkan ia mereneh selama 5 minit.
4. Kemudian tuangkan santan. Perlahankan api dan terus kacau perlahan-lahan.
5. Masukkan udang, pes asam jawa dan gula secukupnya
6 .Biarkan udang masak. Kemudian tutup api dan masukkan daun limau purut dan kacau rat.
7. Gulai siap dihidang
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan : Udang galah dan nenas terbit rasa manis dan masam yang enak
INFO CHEF : Pilih udang yang segar untuk rasa yang dijamin manis. Udang segar badannya pejal dan kepala terlekat di badan. Badannya juga menjalar bukan membengkok, bermakna ia dibekukan masa hidup dan lebih segar.
Resipi Kuah Kacang Daging Paling Sedap & Mudah Buat.

Sedapnya Kuah Kacang Daging ni. Sesuai dihidangkan buat tetamu di hari raya. Kalau nak tahu, resipi Kuah Kacang Daging ni mudah dan cepat disediakan. Memang sedap dinikmati bersama nasi impit dan juga sate. Hirisan daging dalam kuah, menaikkan lagi keenakkan dan rasanya. Jom cuba. Anda pasti puas hati.
CARA MASAK KUAH KACANG DAGING

BAHAN-BAHAN:
- 500gm kacang tanah tumbuk segera | boleh diperolehi di pasaraya utama
- 150gm daging | hiris nipis
- 200ml santan
- 200ml air
- 4 sudu makan pes cili
- Satu sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa.
- Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 2cm lengkuas
- 2cm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan pes cili, kacau rata hingga pecah minyak.

3. Masukkan pula daging, kacau rata.

5. Kacau rata hingga mendidih.
6. Tambahkan santan, air asam jawa garam dan gula secukupnya.


