Roti Manis Selembut Kapas Gebu… Lembut Digigit Cair Dimulut Roti Manis Selembut Kapas Gebu… Lembut Digigit Cair Dimulut Roti Manis Selembut Kapas Gebu… Lembut Digigit Cair Dimulut

Resipi roti yang sangat lembut dan manis dengan taburan gula serta mentega cair.

ROTI MANIS

BAHAN A

Ads
  • 150ml air suam
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar gula
  • Campurkan bahan ini sampai berbuih

BAHAN B

  • 250gm tepung gandum/all purpose
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu besar water roux (1 sb tepung + 3/4 cawan air dimasak hingga agak pekat)
  • Sebiji telur

 

BAHAN C

  • 30gm butter cair

 

Roti Manis Selembut Kapas Gebu… Lembut Digigit Cair Dimulut

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Campurkan bahan A dan B uli sebentar
  2. Selepas itu masukkan Bahan C
  3. Uli, baling-baling manja sampai menjadi doh menjadi elastik lebih kurang 15-20minit.
  4. Kalau doh melekat pada tangan, ambil sedikit tepung sapukan pada tangan. Sambung uli lagi sampai doh tidak melekat dekat bekas uli dan di tangan. Ulang-ulang langkah ini.
  5. Siap uli, tutup dengan kitchen towel atau plastik wrap dan letakkan dekat tempat yang hangat. Boleh letak dekat heater untuk naikkan doh dalam setengah jam, tumbuk doh buang angin. Kemudian perap lagi setengah jam sampai naik tiga kali ganda.
  6. Setelah siap dibahagikan doh 45gm untuk buat bentuk bulat atau lonjong ikut citarasa anda.
  7. Masukkan dalam loyang bakar dan rehatkan lagi biar doh naik. Rehat lebih kurang dalam 10 minit. Sebelum bakar, renjis/spray air atau sapu telur atas doh
  8. Selepas itu taburkan gula.
  9. Bakar dengan suhu 180c lebih kurang 20 – 25 minit. Ikut oven masing-masing, bakar sampai masak.
  10. Kemudian bakar sekejap guna api atas sahaja untuk dapatkan warna kuning atas roti.
  11. Lepas keluar dari oven sapukan mentega cair atas roti. Biar dia kekal lembab dan lembut.

 

Ads

Roti Manis Selembut Kapas Gebu… Lembut Digigit Cair Dimulut

Roti Manis Selembut Kapas Gebu… Lembut Digigit Cair DimulutRoti Manis Selembut Kapas Gebu… Lembut Digigit Cair Dimulut

Roti Manis Selembut Kapas Gebu… Lembut Digigit Cair Dimulut

Roti Manis Selembut Kapas Gebu… Lembut Digigit Cair Dimulut Roti Manis Selembut Kapas Gebu… Lembut Digigit Cair Dimulut

Ads

Roti Manis Selembut Kapas Gebu… Lembut Digigit Cair DimulutRoti Manis Selembut Kapas Gebu… Lembut Digigit Cair Dimulut

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Amie Samuri

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI