Roti Manis Uli Tangan Pun Lembut & Gebu Aje. Ikut Arahan Membuatnya.

Share

Roti manis adalah roti yang paling ringkas dan senang dibuat. Kalau ada bread maker untung ler, tapi kalau takde boleh aje diuli tangan. Uli, tumbuk dan hempuk doh tu elok elok. Rehatkan doh biarkan naik tiga kali ganda dari saiz asal.

Itu antara antara teknik menguli roti dari Nadzatul Syakira, yang membuat roti ini bersama suami. Memang sedap, dan boleh makan panas-panas dari oven perggh memang nikmatlah. Gebu manis tambah sedap melekat dengan sapuan mentega lepas keluar oven. Terbaiklah baru lebih padu rasanya.

ROTI MANIS



BAHAN-BAHAN :

Bahan A (Campur dalam 1 bekas dan tunggu sehingga berbuih)

  • 150ml air suam
  • 1 sudu besar susu pekat – beli online DI SINI
  • 1 sudu besar gula – beli online DI SINI
  • 1 sudu besar yis – beli online DI SINI

Bahan B

  • 250gm tepung gandum – beli online DI SINI
  • 1 sudu besar water roux (1 sudu besar tepung + 3/4 cawan air dimasak hingga agak pekat)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu besar gula
  • sebiji telur
  • secubit garam

Bahan C
30gm mentega cair

Bahan tabur :
Gula halus
Parutan keju | jika suka


.


CARA-CARA MEMBUAT :

1. Campurkan bahan A dengan Bahan B. uli sebentar
2. Masukkan bahan C, uli dan selang seli hempuk berulang kali dengan perlahan sehingga doh menjadi elastik selama 15-20 min


3. Jika doh melekat pada tangan, ambil sedikit tepung dan sapukan pada tangan.
4. Uli sehingga doh sudah tidak melekat pada bekas uli dan di tangan.
5. Sesudah uli, tutup bekas dengan kitchen towel (empunya resipi guna plastik aje). Elok diletakkan di tempat hangat

6. Biarkan doh rehat selama setengah jam.Selepas setengah jam, tumbuk doh untuk buang angin dan biarkan doh rehat lagi sekali selama setengah jam. (doh akan naik 3x ganda saiz asal)
7. Bahagikan doh lebih kurang 45gm dan uli bentuk bulat. Susun dalam loyang dan biarkan doh rehat sekali lagi sehingga memenuhi ruang loyang
8. Sebelum bakar, renjis air atau sapu telur atas doh. Kemudian taburkan gula dan boleh tambah parutan keju jika suka,


.

7. Bakar pada suhu 180c lebih kurang 20-25 minit. Bakar sampai masak
8. Kemudian gunakan api atas sahaja untuk dapatkan warna perang atas roti
9. Lepas keluar oven, sapu mentega cair atas roti

Kredit: nadzatul syakira

ANDA MUNGKIN JUGA SEDANG MENCARI OVEN DAN PERKAKAS DAPUR  & RUMAH TERBAIK, BOLEH LAYARINYA  DI SINI.

JIKA INGIN ROTI FROZEN YANG KEKAL SEGAR BOLEH DAPATKAN PILIHAN FREEZER DI SINI.

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Published by
Faridah Talib