Sana sini orang bercakap tentang roti yang satu ini. Roti Pandan gula melaka yang dikeluarkan oleh syarikat Gardenia. Buat anda yang belum lagi mendapatnya dan suka nak membuatnya sendiri, jom tiruvasi gaya Ritz the BAKER pula.Roti mengikut resipi ini sedikit tawar dan siapa yang sukakan manis, boleh tambah kuantiti gula kepada 20% (100g). Jom kita mulakan.
Roti Pandan Gula Melaka (2 pax)
Bahan-Bahan: 500g tepung roti 15g tepung susu 15g tepung ubi 14g kelapa parut 8g garam 50g gula kastor 11g yis kering 5g bread improver *optional 10g pes pandan 40g shortening 330g air tapis 30g gula Melaka
Cara membuat: 1. Masukkan kesemua bahan kering ke dalam mixer (kecuali gula melaka). Seterusnya masukkan air dan pandan paste dan uli pada kelajuan perlahan. 2. Selepas doh terbentuk, masukkan shortening dan uli pada kelajuan sederhana sehingga doh “fully developed”
3. Pindahkan doh ke atas meja dan bahagikan doh kepada 2 biji. Anggaran 480g sebiji.
Ads
4. Gelek doh dan taburkan gula Melaka di atasnya. Anggaran 15g setiap doh.
5. Gulung doh dari atas ke bawah dengan kemas
6. Pindahkan doh ke dalam loyang pembakar. Saya pakai saiz 20cm x 10cm x 10cm
7. Kembangkan doh sehingga 3/4 ketinggian doh. *tadi saya biarkan kembang lebih sikit.
8. Bakar pada suhu 180-200 darjah selsius selama 30-40 minit. (Bergantung kepada oven masing-masing) Selamat mencuba.
Sedapnya Pau Sambal ni. Kalau makan masa minum petang, aduhhh…alangkah nikmatnya. Malah ia juga sesuai dijadikan menu sarapan. Bagi anda yang nak cuba buat kuih ni, resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ini antara yang berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT PAU SAMBAL HOMEMADE
BAHAN A:
1 1/2 cawan air suam kuku
1 paket yis kering
2 sudu makan gula pasir
(Satukan semua bahan dalam satu bekas. Kacau dan biarkan anggaran 5 – 6 minit)
BAHAN B:
4 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan mentega
2 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh double action baking powder (guna baking powder biasa pun boleh)
1/2 sudu teh baking soda (untuk effect rangup pada kulit pau)
(Satukan semua bahan B. Gaul hingga jadi seakan serbuk)
CARA MEMASAK:
1. Masukkan larutan yis (bahan A) ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli sebati selama 8–10 minit. Peram dalam bekas bertutup selama 10 minit. 2. Tabur tepung dalam talam. Bulat-bulatkan doh ikut saiz yang dikehendaki. 3. Tekan sikit atas doh tu. Susun dalam talam dan buat hingga siap dan habis adunan tepung. Peram lagi doh selama 18-20 minit.
4. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng doh hingga garing dan keperangan menggunakan api sederhana. Sentiasa balik-balikkan supaya doh masak sekata.
RESIPI SAMBAL BILIS (khas untuk burger Malaysia sahaja)
BAHAN-BAHAN:
2 genggam ikan bilis – digoreng & toskan
1 biji bawang besar – hiris
2 sudu makan sos cili
1 1/2 sudu makan gula
Sedikit garam
Bahan perasa jika perlu
1/2 cawan air
1 1/2 senduk minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
10-12 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3- 4 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing. 2. Masukkan gula. Tumis lagi hingga pecah minyak dan cili berubah warna. 3. Masukkan sos cili. Kacau seketika. Masukkan bawang hiris, ikan bilis serta air. 4. Bila sambal sudah agak pekat, masukkan garam dan bahan perasa dengan secukupnya. 5. Angkat dan sejukkan. Hidangkan bersama pau yang dimasak tadi.
Kalau sebut ayam golek mesti ingat makan beradab pengantin, betul tak? Kali ini jom kita buat ayam golek untuk hidangan istimewa cuti Tahun Baru Cina, boleh makan puas dengan ahli keluarga supaya lepas ni tak perlu lagilah jeling-jeling ayam golek ke atas meja makan beradab. Terima kasih Sri Astana Katering ini atas perkongsian resipi ini.
AYAM GOLEK THAI SOS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam Golek:
1 ekor ayam | bersih dan tos
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
Garam secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sos Thai::
4 ulas bawang putih | cincang
4 biji cili merah | kisar kasar
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun ketimbar | hiris
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan dan garam. Perapkan 30 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga pecah minyak
Seterusnya masukkan sos cili, cuka dan hirisan daun ketumbar.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan.
AYAM GOLEK SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersih dan tos
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Bahan Sambal:
3 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
6cm halia | kisar
2 batang serai | kisar
3 sudu makan pes cili kering
100ml susu cair
1 sudu makan air asam jawa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
Rempah penumis:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
Panaskan pengukus, kukus ayam lebih kurang 15 minit, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas), goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan siapkan dalam pinggan hidangan.
Untuk menyediakan sambal.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. Kacau rata.
Selepas beberapa minit, masukkan air asam jawa, susu cair, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, biarkan kuah sambal mereneh seketika dan timbul minyak.
Tutup api, dan tuangkan sambal di atas ayam golek yang telah digoreng tadi.
AYAM GOLEK PERCIK
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersihkan
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh lada sulah
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sos Percik:
1 liter santan pekat
4 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
4cm halia | kisar
3cm lengkuas | kisar
3cm kunyit hidup | kisar
3 biji cili merah | kisar
3 batang serai | kisar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek, gaulkan ayam dengan bahan perapan.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali (minyak mesti banyak dan panas). Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan letakkan di atas pinggan hidangan.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak.
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pula santan, garam dan gula secukupnya.
Apabila kuah mula pekat, kecilkan api. Biar kuah mereneh hingga timbul minyak.
Akhir sekali, tutup api dan tuangkan kuah di atas ayam sebelum dihidangkan.
Teh Tarik sememangnya terkenal sebagai minuman yang menyatukan rakyat Malaysia. Melayu, Cina,India sukakan minuman ini. Pantang ada kedai yang menyediakan Teh Tarik sedap, pasti diserbu. Malah minuman ini juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Anda suka minum Teh Tarik? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Nurdeanna Affendi ni. Mudah, sedap, kaw dan boleh hasilkan dalam jumlah yang banyak. Memang terbaik. Jom cuba.
TEH TARIK SUPER KAW
BAHAN-BAHAN:
3 liter air
5 sudu makan serbuk teh
5 uncang teh cap 888 serbuk wangi
3 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 sudu teh garam halus
( bahan-bahan diatas boleh agak-agak. Jangan takut letak lebih bahan sampai dapat rasa ‘kaw’ yang diingini.)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air sampai menggelegak. Masukkan semua teh, kacau dan biarkan 5 minit.
2. Kemudian masukkan susu pekat manis, susu cair dan garam. Kacau lagi dan biarkan masak dalam 5 minit.
3. Rasa air. Tambah bahan yang diperlukan sampai dapat rasa yang diingini.