Parker House Rolls inilah nama roti yang buat semalam. Dah banyak kali buat roti ni sebab makan roti ini puasnya tak terkata. Garing di luar dan dalamnya sangat lembut. Bau pula tak usah cakap lah. Bau thyme dengan parsli memang semerbak satu rumah.
Kak Yan dapat resipi ini dekat amandafredickson.com. Selalunya guna butter tapi kali ni Kak Yan tukar guna planta. Sedap lagi rupanya.
Bahan-bahan:
8 sudu besar planta
3 sudu besar gula
1 1/4 cawan susu segar
1 paket yis
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 sudu teh thyme
Daun parsli
Secubit garam
Cara memasak:
1.Cairkan planta bersama gula dan susu segar.
2.Agak-agak planta cair dan suhu ala-ala suam kuku, masukkan yis. Biarkan dalam 5 minit.
3.Kalau dah nampak ada buih, alihkan campuran tadi ke dalam mixer dan campurkan tepung gandum.
4.Uli dengan kelajuan perlahan dan masukkan telur.
5.Kuatkan kelajuan dan uli sampai lembut. Boleh tambah sikit tepung lagi kalau lembut.
6.Masukkan thyme dan secubit garam. Uli rata dan biarkan ia naik. Ikut suhu lah berapa lama.
7.Dah naik dalam 2 ke 3 kali ganda, tumbuk buang angin dan bulat-bulatkan.
8.Susun dalam loyang.
9.Sapukan planta lagi dekat atas loyang dan tabur parsli dan thyme.
10.Biarkan dalam 30 minit dan kemudian bakar hingga kekuningan.
Kredit:@azianhasan