Mak-mak pasti sukakan resipi Roti Pattaya 3 Bahan ni. Sangat mudah cara membuatnya. Rasa sedap dan boleh dipelbagaikan inti mengikut bahan-bahan yang ada dalampeti sejuk. Wow…Pendek kata, boleh buat ikut selera masing-masing. Nak pedas, tak nak pedas, semua boleh. Saudari Nyda Nyda ada kongsikan resipi asasnya yang boleh dicuba. Beliau menggunakan inti sardine kerana mudah disediakan. Anda boleh gantikan dengan tuna, isi ayam, aneka olahan seafood, mayones atau sambal. Apa-apa sahaja. Jom lihat cara-caranya.
RESIPI ROTI PATTAYA 3 BAHAN YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Roti sandwic Telur Inti sardin (empunya resipi tumis sardine terlebih dahulu. Terpulang pada selera masing-masing nak tumis atau mentah ) – beli online disini
Dapatkan LA VINNCE BLUE DIAMOND COOKWARE SET dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Ads
CARA MEMASAK: 1.Sediakan bahan-bahan untuk menyediakan Roti Pattaya 3 Bahan.
2. Inti sardin yang siap ditumis.
3. Panaskan kuali tahan lekat dan tuang sebiji telur yang telah dipukul. Ratakan atau lenggang telur tadi seakana untuk membuat pattaya. Pastikan ketebalannya tidak terlalu nipis dan terlalu tebal.
4. Ambil sekeping roti dan letak diatasnya.
5. Letakkan inti di atas roti dengan secukupnya. Ratakan.
6. Tutup inti dengan sekeping lagi roti.
7. Bungkus roti tadi dengan telur. Berhati-hati supaya kulit pattaya tidak koyak.
Mi Rebus Utara ni antara sajian kegemaran ramai. Lihatlah kuahnya. Likat, pekat dan berperisa. Sekali cuba, memang tak jemu. Bila sebut Mi Rebus ni, di Malaysia ada berbagai-bagai jenis resipinya. Berbeza mengikut negeri dan kawasan. Namun sesekali, sedap juga kalau cuba resipi yang baru ni. Boleh membuka selera tau. Nak cuba masak Mi Rebus Utara? Saudara Saiful Nasuha ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1. Rebuskan daging terlebih dahulu sehingga empuk (jangan buang air rebusan) 2. Dalam periuk lain, rebuskan ubi keledek dan ubi kentang hingga empuk. Kemudian kisar halus. 3. Panaskan minyak masak dan tumis serai, bahan kisar dan rempah kari daging sehingga pecah minyak. 4. Tuangkan ubi yang dikisar ke dalam periuk bersama air rebusan daging. 5. Masukkan juga kacang yang dikisar. 6. Tambahkan sedikit air. Namun pastikan jumlahnya terlalu banyak. Cukup sekadar kuah tidak terlalu cair atau pekat. 7. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
8. Masak sehingga mesra dan kuah likat sempurna. Padamkan api dan hidangkan bersama mi dan bahan-bahan hiasan.
Pernah dengar dan makan kuih alwa? Rupanya comel-comel je dan rasa lemak manis.
Kalau nak jadikan kuih alwa ni untuk goodies majlis pun sangat sesuai. Resipi yang dikongsi Farida Eida ni, senang je nak buatnya tapi kena cepat-cepat tau sebab bila dah sejuk, susah untuk buat bentuk.
3. Nak warnakan adunan, kena buat masa masak. Jangan bagi adunan sejuk sebab nanti susah nak tekan. Angkat bagi siap-siap, masuk dalam piping beg dan cepat-cepat tekan.
Udang, antara seafood yang sedap dan disukai ramai, tidak kiralah dimasak apa sekalipun pasti ramai menggemarinya. Malah udang juga lauk paling senang dimasak, anda hanya perlu ambil masa 10-15 minit saja untuk menyiapkan menu. Kalau tak percaya cuba lima cara masak udang yang korang boleh cuba sendiri di rumah.
UDANG SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan dan toskan
1 biji bawang besar |dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2.5cm halia | dikisar
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan air asam jawa
3cm belacan
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes cili, diikuti belacan, kacau hingga pecah minyak,
Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukupnya.
Setelah pekat dan agak kering masukkan udang yang telah digoreng.
Tutup api dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.
UDANG GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN UNTUK UDANG GORENG:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan
8 biji cili padi | dihiris
1/2 cawan susu seger
1 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SARANG TELUR:
2 biji telur kuning
1 sudu makan mentega
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng udang sehingga kemerahan.
Angkat dan toskan.
Kemudian keluarkan minyak kerana ia tidak digunakan lagi.
Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan cili hingga garing dan naik bau.
Masukkan susu cair, kacau seketika. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.
Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Untuk membuat sarang telur. Pukul ringan kuning telur.
Panaskan mentega bersama minyak masak sehingga panas, tuangkan kuningan telur sedikit demi sedikit supaya telur masuk kuali halus-halus.
Sambil itu kacau laju-laju hingga telur habis.
Terus kacau sehingga telur kelihatan bersarang dan berwarna kuning keemasan.
Kemudian tuangkan ke atas tapisan untuk toskan minyak.
Akhir sekali taburkan di atas udang dan hidangkan panas-panas.
UDANG GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan
4 ulas bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 biji bawang besar |dicincang
1 batang serai | dikisar
2 tangkai daun kari | dilurut dari tangkai
6 biji cili padi | dihiris
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan semua bahan kisar dan serbuk rempah kari, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, garam dan gula secukupnya.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng daun kari hingga garing dan naik bau.
Masukkan hirisan bawang besar, diikuti udang.
Goreng hingga udang kemerahan lebih kurang lima minit.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
RENDANG UDANG
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XXL | dibersih dan toskan
500ml santan pekat
2 sudu makan kerisik
3 sudu makan pes cili kering
6 ulas bawang merah | dikisar
4 ulas bawang putih | dikisar
3cm halia |dikisar
2cm lengkuas | dikisar
2 batang serai | dikisar
1 helai daun kunyit | dihiris
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes cili tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan pula santan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang bertukar warna kemerahan.
Masukkan kerisik dan air asam jawa.
Kecilkan api biarkan mereneh seketika.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula, kemudian taburkan hirisan daun kunyit.
Sedia dihidangkan.
UDANG GORENG TEMPOYAK BAHAN-BAHAN:
500 gm udang saiz XXL | dibersihkan
2 sudu makan tempoyak | dibancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar | dihiris
1 helai daun kunyit | dihiris halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan toskan.
Keluarkan sebahagian minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar dam serbuk kunyit.
Kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan bancuhan tempoyak, diikuti garam dan gula secukupnya.
Bila kuah tempoyak agak pekat dan cukup rasa, masukkan hirisan daun kunyit dan udang.