Resipi mudah dan ringkas. Boleh cuba hidangkan buat keluarga tercinta.
BAHAN-BAHAN:
- 6 cawan tepung gandum
- 1 ½ cawan susu suam
- 2 sudu makan pes keladi
- ¾ cawan gula
- 11gm yis
- 3 biji telur (saiz A)
- ¼ cawan mentega
- Sedikit cucu cair untuk sapuan
- Sedikit kelapa parut kering
CARA MEMASAK:
- Campurkan yis, pes keladi dan ½ cawan susu suam ke dalam satu bekas besar.
- Biarkan selama 10 minit sehingga keluar buih.
- Masukkan baki 1 cawan susu suam tadi, diikuti dengan gula dan telur. Kacau sehingga gula larut.
- Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati dan masukkan baki 3 cawan tepung dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Rehatkan selama 1 jam.
- Bahagikan doh kepada 30gram dan susun di dalam loyang. Tunggu seketika sehingga doh naik dua kali ganda. Gris susu cair di atas permukaan doh dan tabur kelapa parut.
- Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.