
Roti Puri ialah makanan masyarakat India. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai menu sarapan pagi mahupun ketika minum petang atau makan malam. Resepinya sangat lah mudah. Siapa peminat roti puri boleh lah cuba buat ya! Dah tak perlu keluar untuk beli di kedai. Selamat mencuba!
RESEPI ROTI PURI
Bahan-Bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh yis (terpulang mahu letak atau tidak)
- 3 sudu besar minyak masak
- 1/2 sudu teh garam
- 3/4 air panas
Cara Penyediaan
- Tepung gandum, yis, garam, minyak masak gaulkan kesemua bahan tersebut.
- Masukkan air panas. Gaul rata. Uli sampai adunan tidak melekat ditangan.
- Kemudian bulat-bulatkan dan leperkan dengan penggelek. Kemudian perapkan selama 15minit.
- Panaskan minyak dan goreng sampai agak kekuningan.
Info: Pastikan minyak betul2 panas/ Nak kembung siram minyak atas roti
https://www.facebook.com/saripah.roziah/videos/1494055163997177/
Kredit Resepi: Sha Roziah Al Yahya
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara-Cara Hasilkan Patty Daging Burger Homemade Yang Kurang Lemak

Makanan segera sejukbeku seperti nuget, daging burger, sosej dan sebagainya memang tak sihat. Kalau diambil selalu, boleh mendatangkan masalah kesihatan. Malah kandungan lemak yang terkandung juga boleh menyebabkan berat badan anda naik! Oleh itu, adalah lebih baik jika kita buat sendiri. Salah satunya ialah daging burger. Mudah, 100% daging dan tanpa MSG. Barulah boleh makan tanpa rasa bersalah. Jom cuba resipi perkongssian saudari Sue Faizah ni.
DAGING BURGER HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 1 sudu makan mentega bergaram (salted butter)
- 1 biji bawang holland saiz kecil. (kalau saiz besar, guna separuh je)
- 1 sudu teh serbuk blada hitam
- 1 sudu teh mixed herbs
- 500gm daging lembu atau ayam ( tanpa lemak & kulit ) yang dah dipotong kecil
CARA MEMASAK:
1. Kisar telur sampai berbuih.
2. Kemudian masukkan mentega, bawang holland, serbuk lada hitam dan mixed herbs. Kisar lagi.
3. Seterusnya masukkan daging. Kisar lagi hingga halus.
4. Keluarkan bahan kisar dari blender dan masukkandalam acuan untuk bentukkepingan daging burger. (lapik acuan dengan plastik yang dah disapu dengan minyak masak sebelum bentukkan untuk elak daging melekat masa kukus atau masuk dalam peti sejuk beku.)
5. Untuk simpan, ada dua cara. Pilihan 1, boleh terus masukkan daging yang dahbentuk tadike dalam freezer dalam 1 jam. Dah keras sikit, boleh ambil dan simpan dalam bekas bersesuaian.
ATAU
6. Pilihan 2, kukus daging burger sebentar anggaran 1 minit (sekadar untuk lekatkan daging dengan elok. Jika kukus terlalu lama daging akan kurang berjus bila dimasak nanti). Kemudian boleh terus bungkus untuk sejukbekukan.
NOTA: Kalau yang suka masin, boleh tambah sedikit garam dalam adunan daging burger.
Kredit resipi & foto: Sue Faizah
Langkah Masak Lempeng Bawang Putih ,Yang Sedap dan Mudah

Lempeng… melempeng untuk sahur memang sedap sungguh…Eh ada ke istilah melempeng. Asyik lempeng kosong. Jom kita bagi berperisa sikit tambah daun bawang dan bawang putih. Jadi ler Lempeng Bawang Putih.
Ni min kongsikan cara buat lempeng, buat adik-adik yang baru nak belajar buat lempeng. Asasnya sama macam lempeng kosong. Ni perkongsian resipi dan foto dari namakucella dari lamannya namakucell.blogspot.com.
LEMPENG BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung gandum
- 3 1/2 cawan air
- 1 biji telur
- 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu minyak
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 1 pokok daun bawang | dihiris
CARA MEMASAK :
1. Campur tepung,garam,air,telur,minyak dan bawang putih dalam mesin pengisar dan kisarkan hingga sebati.

2. Tuang dalam bekas & baru masukkan daun bawang hiris..biarkan 15 minit supaya tepung kembang dan lembut
3. Panaskan kuali dan sapu sikit aje minyak
*Hanya sapu minyak sekali sahaja, untuk seterusnya tak perlu sapu lagi.Jika kuali terlalu berminyak susah nak ratakan dengan belakang senduk, sebab lempeng licin dan tidak melekat di kuali.
*Kalau min suka guna majerin atau mentega, ikut citarasa tak suka guna minyak
4. Tuangkan sesenduk adunan lempeng tu.

5.Ratakan dengan belakang senduk hingga nipis.
* Kuali jangan terlalu panas, nanti lempeng tak cantik

6. Bila nampak permukaan kering terbalikkan

7. Terbalikkan sekejap , pastikan ia betul-betul kering.

8. Bentangkan permukaan yang licin ke bawah supaya bila gulung nanti nampak tompok daun bawangnya,.gulung longgar supaya nanti kuah dapat diserap

Sedap makan panas-panas untuk sarapan. Hidang bersama kuah kari..@ sambal tumis @asam pedas @ kuah sardin
Kredit foto & resipi : namakucell.blogspot.com
Makanan Burma, Sedap Lain Dari Yang Lain

Sajian Burma ni memang unik. Ia mempunyai pengaruh makanan dari Cina, India dan Thai. Secara geografi kedudukannya disempadani tiga negara tersebut, memang patut la ada kesan pengaruh dari 3 negara ni.
Tofu atau tauhu memang di antara kegemaran masyarakat Burma, tetapi uniknya di sana terdapat tofu yang dibuat dari kacang kuda (chickpea). Tetapi jika takde tofu macam tu kat negara kita, boleh aje guna tofu telur dan campurkan dengan bahan ramuan kacang kuda.
Jom tengok resipi yang min kongsi ni :
BURMESE CHICKPEA TOFU SALAD

BAHAN-BAHAN:
- 2 tiub tofu telur
- 30 gm kacang kuda (kering)
- 12 gm suhun | direndam
- 1 biji limau nipis
- 2 helai daun limau purut | dihiris halus
- 5 gm halia | dimayang halus
- 3 gm kunyit hidup | dikisar
- 2 biji tomato | dipotong dadu bersaiz kecil
- 5 gm cili padi merah | dihiris
- 10 gm bawang merah kecil | dimayang halus
- 1 sudu kecil empingan cili kering (chilies flakes)
- 5 gm daun ketumbar
- 2 biji telur ayam
- 1 sudu makan bijan putih | disangai
- 1 sudu makan air asam jawa
- 2 cawan minyak masak
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Kisar kering kacang kuda hingga halus dan ketepikan.
- Potong tofu telur mengikut ketebalan yang dikehendaki.
- Pecahkan telur didalam mangkuk, kacau dan masukkan tofu ke dalam telur kemudian angkat dan masukkan pula ke dalam kacang kuda yang telah dikisar.
- Panaskan minyak masak, kemudian goreng tofu telur yang telah di salut dengan kisaran kacang kuda tadi sehingga menjadi keperangan. Angkat, toskan dan ketepikan seketika.
- Setelah tofu sejuk, masukkan ke dalam mangkuk yang sederhana besar, kemudian masukkan semua bahan bahan yang lain kecuali suhun. Perasakan dengan menggunakan perahan limau nipis, garam, gula, air asam jawa, dan ukur tahap rasa masam, pedas, manis dan masinnya.
- Toskan suhun yang direndam tadi, dan gaulkan dengan garam, sedikit empingan cili kering, daun ketumbar dan gulung atau letakkan sahaja di atas pinggan.
- Kemudian susun tofu tersebut di atas suhun mengikut kreativiti dan kehendak anda.
- Selepas itu, dengan menggunakan sudu kecil, letakkan bahan bahan yang digaul tadi di atas tofu.
- Hiaskan dengan hirisan limau nipis atau daun ketumbar ataupun dengan apa apa daun salad yang menjadi kegemaran anda. Sajian sedia dihidang
- Hidang sejuk, dengan nasi putih ataupun boleh menikmatinya begitu sahaja sebagai makanan pembuka selera.
Saiz hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis masakan: Burma
Cara memasak : Goreng
Keistimewaan: Satu hidangan pembuka selera yang menyelerakan dan sihat.
Info Chef : Hidang sejuk, dengan nasi putih ataupun boleh menikmatinya begitu sahaja sebagai makanan pembuka selera.
Resipi : Kolej Antarabangsa Silverspoon di Puchong, Selangor
SHAN STYLE TOFU CURRY

BAHAN-BAHAN :
- Sebuku @ Sepotong tofu | potong kiub
- 5 ulas bawang putih
- 1 sudu makan pes halia
- 4 tangkai daun bawang
- 2 biji tomato saiz sederhana
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit *ini opsyenal
- Minyak masak secukupnya *jika di Burma guna minyak kacang tanah
- Garam secukup rasa
- 4 sudu makan air
CARA MEMASAK :
- Potong tahu bentuk kiub dan tapiskan lebihan air dan gorengkan ke dalam kuali berisi minyak panas. Goreng hingga bahagian luarnya garing.
- Potong dadu tomato dan hiris pendek daun bawang.
- Cincang bawang putih dan campurkan dengan pes halia.
- Panaskan minyak di dalam kuali berasingan, dan masukkan serbuk kunyit, bawang putih bercampur halia.
- Kacau selama seminit.
- Masukkan tomato, tofu, garam dan air, dan kacau goreng selama 3-4 minit
- Siap untuk dihidang
Kredit resipi dan foto : nutritionabroad.com

