
Roti puri adalah makanan masyarakat India. Ia di jadikan hidangan untuk sarapan pagi ataupun untuk makan malam.

ROTI PURI
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung gandum (diayak)
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu teh gula
- 1 1/4 cawan air suam
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MENYEDIAKAN:
- Gaulkan semua bahan sampai rata dan uli doh 2 ke 3 minit.
- Bahagikan doh kepada 20 bahagian dan bulat-bulatkan.
- Rehatkan doh dalam 30 minit.
- Panaskan minyak hingga betul-betul panas.
- Gelekkan doh di antara 2 plastik supaya tidak melekat (rujuk gambar)
- Goreng hingga keperangan. Sudah siap dihidangkan.
Info: Makan bersama pencicah seperti kari, sambal tumis, asam pedas atau sardin.
Klik Untuk Resipi Menarik:
1. Resipi Kari Daging Mamak Style
4. Sambal paling cepat. Hanya 15 minit
Kredit: Ummul Omar
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ilham Hidangan Sarapan Yang Mudah dan Mengenyangkan

Kadang tak tahu nak sarapan apa. Asyik-asyik nasi lemak, nasi goreng. Kan? Nah RASA kongsikan menu sarapan untuk korang cuba buat. Try la buat. Senang je. Yang pasti, kenyang.
CONGEE DAGING

BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras wangi
8 cawan air rebusan tulang
2 potong hirisan halia
Lada sulah dan garam secukup rasa
1 sudu minyak bijan
1 sudu sos tiram
2 pokok daun bawang
2 pokok daun ketumbar
200 gram daging panggang (dihiris nipis)
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras tiga kali. Masukkan dalam periuk. Kemudian masukkan air rebusan tulang. Kacau sedikit dari semasa ke semasa.
2. Masukkan halia. Masak sampai beras kembang dan pekat. Perasakan dengan garam dan lada sulah, minyak bijan dan sos tiram. Kacau sebati dan masak lagi.
3. Potong daun ketumbar dan daun bawang. Masukkan dalam bubur dan kacau sebati. Tuang ke dalam mangkuk. Kemudian letak hirisan daging, daun bawang atau bawang goreng.
MI WANTAN AYAM

BAHAN-BAHAN:
1 ketul mi wantan
Sayur baby pokchoi
1 dada ayam siap gril (dihiris nipis)
Sayur baby pokchoi
BAHAN SOS:
1 sudu sos soya cair
1 sudu kicap pekat
1 sudu kicap manis
1 sudu minyak bijan
1 sudu sos ikan
CARA MEMASAK:
1. Rebus mi wantan dan sayur sampai masak. Angkat dan basuh dengan air bersih sehingga sejuk dan toskan.
2. Satukan semua bahan sos mi wantan dalam mangkuk. Masukkan mi wantan dan gaul sehingga bersalut semua bahagian.
3. Masukkan dalam pinggan dan letakkan ayam, sayur, telur rebus (jika suka) dan hiaskan dengan daun ketumbar dan cili merah.
YEE MEE CANTONESE DAGING

BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang putih
250 ml stok rebusan tulang ayam
Lada sulah dan garam secukup rasa
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos soya cair
1 sudu besar minyak bijan
Sayur-sayuran
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)
1 tangkai daun bawang
1 biji telur ayam
1 ketul yee mee
100 gram daging siap masak (dihiris)
1 tangkai daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih dan masukkan stok ayam. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan lada sulah, garam, sos tiram, sos ikan, sos soya cair dan minyak bijan.
2. Masukkan sayur-sayuran dan kacau sup. Apabila mendidih, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga pekat.
3. Masukkan daun bawang dan kacau lagi.
4. Matikan api dan masukkan telur. Pecahkan kuning telur dan kacau sedikit.
5. Masukkan yee mee dan letakkan daging. Tuang kuah dan hiaskan dengan daun ketumbar.
HEALTHY SANDWICH

BAHAN-BAHAN:
1 buku roti bijan (dipotong nipis)
3 helai salad segar
Hirisan tomato dan bawang
Isi ayam (siap masak dan dihiris nipis)
1 biji telur goreng (digoreng dengan minyak zaitun)
2 keping keju ceddar
1 sudu sos tomato
½ sudu mayones (jika suka)
CARA MEMASAK:
1)Bakar roti sehingga sedikit berwarna.
2)Letakkan salad, tomato, bawang dan susun isi ayam bersama telur goreng serta keju.
3)Kemudian letakkan sos tomato dan mayones.
Selamat mencuba!
Roti Karipap Sardin, Goreng Garing Krup Krap Makan Tak Sedar Diri!

Menu simple dan senang nak buat bila takde idea nak masak apa. Dari di biarkan roti habis tarikh luput dan berkulat baik cuba resipi ni. Kenyang perut senang hati! Boleh juga disediakan untuk sarapan pagi.. Selamat mencuba!
RESIPI ROTI KARIPAP SARDIN

(Untuk 14 keping roti)
BAHAN-BAHAN:
- Sardin 1 tin kecil sardin.
- 2 bawang merah.
- 2 biji bawang putih.
- 10 tangkai cili kering.
- 1 batang carrot.
- Garam.
- Ajinamoto. (jika perlu)
CARA MEMASAK:



- Blendkan cili kering dan bawang merah dan bawang putih. Tumis atas api sampai naik minyak. Masukkan sardin dan carrot. Buh air sikit. Pelan kan api bia sampai carrot lembut. Masukkan bawang garam dan ajinamoto. Api kene pelan ye. Kacau sampai kering sikit sardin tu.
- Roti korang gelek sampai mampat ye. Lepastu pakai kepit karipap tu je. Masukkan inti sardin tu. Kepit cam biase.
- Pastu boleh goreng. Goreng sekejap je. Dah garing terus angkat.
Siap!
Tip: Risau roti berminyak. Gelek dulu roti tu sampai tipis. Barulah tak berminyak.
Kongsi resipi: Zilla Janis
Cara Buat Kulit Pai Rapuh Dan Sedap. Ikut Resipi Dan Petua Ini

Kesedapan pai ni banyak bergantung kepada doh yang dibuat selain intinya.Cara buah doh dan teknik membuatnya kena betul baru pastri jadi rapuh dan sedap. Ni tip dan perkongsian resipi dari Eny Abdullah boleh dijadikan panduan untuk mendapat kulit pastri yang diiinginkan.
RESIPI KULIT PAI
* sesuai untuk pai bersaiz besar

Bahan-bahan :
- 1 cawan tepung
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 cawan Butter (beku terus dari peti ais e)
- 4 sudu besar air ais sejuk
TIP BUAT PASTRI RAPUH :
1. Guna mentega yang sejuk
Biasanya kalau buat kek kita kena pakai mentega yang perlu dilembutkan pada suhu bilik. Tapi untuk kulit pastri, mentega boleh guna mentega terus dari dalam peti sejuk
2. Parut mentega

Sebab mentega masih sejuk jadi keras dan mudah diparut menggunakan pemarut biasa tu. Bila kita pakai pemarut ni, kita akan dapat hasil kulit pastry yang flaky dan rapuh.
3. Guna air ais
Bukan air sejuk tapi air berais. Sediakan satu cawan air berisi ais ketul di dalamnya semasa kita mengadun pastry.
4. Jangan uli tapi adun
Jangan sesekali menguli macam kita uli doh untuk buat donat atau pizza. Tapi kita perlu adun (campur dan gaul sehingga menjadi adunan sebati) sehingga menjadi seketul doh. Caranya hanya putar pakai hujung pemegang senduk kayu
CARA MENGADUN
1. Campurkan mentega dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan mentega dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jangan lama sangat, cukuplah sehingga mentega bergaul dengan mentega.

2. Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehinga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk

3. Kemudian guna tangan dan bentuk kan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat.

4. Simpan adunan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.

Kredit foto & Resepi : www.enyabdullah.com




