Roti Rangup Inti Berlauk. Menu Simple Untuk Sarapan & Makan Malam.

Share

Di laman sosial, terdapat banyak menu ringkas dan mudah yang anda boleh cuba. Sebagai contoh, Roti Rangup Inti Berlauk perkongsian Mleisya Scarf Comel Sokmo ni. Daripada roti sandwic biasa, anda boleh ubah jadi hidangan luar biasa sedapnya! Jom cuba. Anda pasti suka.

 

ROTI RANGUP INTI BERLAUK

 

BAHAN-BAHAN:

  • Roti sandwic
  • Tepung goreng sebaguna

BAHAN INTI:

  • Telur – goreng hancur tanpa minyak
  • Ayam – rebus & cincang halus
  • Sosej – rebus & potong nipis
  • Daun ketumbar@ daun sup – hiris halus
  • Lobak merah – hiris nipis
  • Mayones secukupnya
  • Serbuk lada hitam @ serbuk lada putih secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

1. Ambil tepung goreng serbaguna dan bancuh dengan air hingga jadi bancuhan agak pekat. Adun hingga sebati. Tepung ini akan digunakan untuk mencelup roti. 

2. Satukan telur hancur, isi ayam, sosej, daun ketumbar dan lobak merah dalam bekas.

3. Kemudian masukkan mayones serta serbuk lada hitam @ lada putih dengan secukupnya. Gaul rata.

4. Ambil roti dan potong dua. Kemudian letak inti berlauk tadi.

5. Lipat kemas dan salut dalam bancuhan tepung yang telah dibancuh awal tadi.

6. Kemudian golekkan roti dalam bekas berisi tepung gorengan serbaguna yang kering.

7. Panaskan minyak dan goreng roti hingga garing dan berwarna keemasan. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan roti. Goreng guna api sederhana.

8. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mleisya Scarf Comel Sokmo

Published by
Nur