Roti Sandwic Hampir Expired? Jom Buat Roti Kering Homemade.

Share

Sedapnya Roti Kering homemade ni! Roti sandwic jika dimakan begitu sahaja, memang lambat nak habis. Kadang kala, dah nak hampir tamat tempoh dah, tapi rotinya masih banyak berbaki. Sayang kalau roti tu dibiarkan berkulat macam tu je. Apa kata puan-puan cuba buat Roti Kering homemade guna resipi perkongsian saudari Suzie Maswar ni. Memang sedap! Kena pula cicah dengan air kopi, perghhh..Rupanya mudah sangat buat roti ni.  Jom cuba. Puan-puan pasti suka.

 

CARA BUAT ROTI KERING HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Roti
  • Mentega | boleh juga guna marjerin
  • Gula
  • Sudu/ pisau untuk sapuan mentega dan gunting untuk potong roti

 

CARA MEMBUAT:

1. Ambil roti dan sapukan marjerin di kedua-dua permukaan roti. Taburkan gula secukupnya.


2. Potong roti mengikut saiz yang anda gemari. Guna gunting untuk lebih mudah.


3. Susun kepingan roti di dalam dulang pembakar.


4. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit. Guna api atas bawah.


5. Keluarkan roti dan sejukkan.


6. Simpan di dalam balang kedap udara.

 

Nota: Waktu membakar berlainan bagi setiap ketuhar. Oleh itu kena selalu jengah roti anda bagi mengelakkan ia hangus.

 

Kredit resipi & foto: Suzie Maswar

Published by
Nur