Roti sardin goreng ni nampak je simple tapi bila dah makan eh tiba-tiba dah habis sepinggan. Jangan pandang sebelah mata je resipi ni, belum cuba belum tahu hasilnya! Resipi yang dikongsikan oleh Marzie Hana di Facebook ni memang sangat sedap dan cara penyediaannya tak rumit langsung sekelip mata je boleh siap. Tak sampai 10 bahan pun dah jadi dah resipi ni. Haa jomlah cuba resipi ni sekarang.
ROTI SARDIN GORENG
BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang merah
5 biji cili padi
Ads
1 tin sardin
Gula sedikit
Garam sedikit
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumis bawang besar 3 biji, cili padi 5 biji sampai garing
2. Masak 1 tin sardin, masukkan gula dan garam.
3. Masak sampai kering sedikit tutup api dan lenyekkan
Inginkan kelainan dalam menyajikan hidangan menu minum petang tanpa mengubah rasa? Apa lagi, korang boleh cuba idea dengan memanfaatkan bunya telang yang cantik warnanya tu ke dalam makanan sebagai pewarna dan tarikan pada kuih ye.Sesekali berkarya apa salahnya mencubakan…
ROTI JALA BUNGA TELANG DAN KUAH MANIS BAHAN-BAHAN: ROTI JALA:
Untuk mendapatkan air rebusan bunga telang, rebus 40 kuntum bunga telang bersama 1 cawan air hingga mendidih.
Tapis, sejukkan dan sedia untuk digunakan.
Satukan kesemua bahan lalu tapis (supaya bancuhan licin dan tidak berketul).
Panaskan kuali leper yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Tuang bancuhan ke dalam acuan roti jala lalu jalakan ke dalam kuali.
Masak untuk beberapa minit dan gulung kemas.
Untuk membuat kuah manis; satukan semua bahan kuah manis.
Didihkan hingga agak pekat dengan api sederhana. Sesuaikan rasanya.
Sedia dihidangkan bersama roti jala.
LEMPENG TELANG BERINTI BAHAN-BAHAN: LEMPENG:
20 kuntum bunga telang
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji putih telur
Secubit garam
INTII
2 keping dada ayam | cincang dadu & rebus empuk
2 biji ubi kentang | potong dadu kecil & rebus empuk
1 labu bawang besar | cincang dadu
2 sudu makan rempah kari daging
4 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 tangkai daun kari
Garam & gula secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Satukan bunga telang bersama 1 cawan air di dalam periuk.
Didihkan hingga mengeluarkan warna biru yang menarik.
Tapis, sejukkan dan sedia untuk digunakan.
Satukan semua bahan dan kacau rata.
Jika bancuhan terlalu pekat tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit lagi tepung. Tapis bancuhan lempeng.
Sapu sedikit minyak pada kuali leper (non-stick). Tuang sesenduk kecil bancuhan tepung dan masak hingga lempeng keperang-perangan (satu bahagian sahaja).
Ulangi proses hingga semua bahan habis. Ketepikan.
Untuk membuat inti; panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
Masukkan rempah kari dan daun kari.
Tambah sedikit air lalu tumis rempah hingga masak.
Masukkan ubi kentang dan ayam rebus.
Masak hingga semua bahan masak sebati. Tambah garam dan gula secukup rasa.
Ambil sekeping lempeng, sendukkan inti dan gulung rapi. Potong mengikut cita rasa.
KASWI TELANG BAHAN-BAHAN:
5 cawan air rebusan bunga telang | 40 bunga telang &rebus dengan air
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air
Kelapa parut | putihnya sahaja + secubit garam halus
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk besar, satukan gula, tepung gandum, tepung ubi, kapur makan dan air rebusan bunga telang.
Kacau sebati dan tapis.
Sediakan loyang atau acuan kuih pilihan yang telah disapu sedikit minyak lalu tuang bancuhan tadi ke dalamnya.
Kukus selama 25 minit atau hingga kuih masak.
Keluarkan dari acuan dan tabur kelapa parut diatasnya.
Gulai ikan tenggiri pedas, merah menyala ni tengok rupa pun dah meleleh air liur. Di negeri-negeri Utara, lauk kari disebut gulai. Tapi gulai ni punyalah sedap dan istimewa, pasti makan bertambah ni.
Perkongsian resipi gulai dari Makcik Ratu iaitu gulai ikan tenggiri pedas resipi bondanya wajib hidangkan dengan air asam dan kangkung rebus.
GULAI IKAN TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
6 keping ikan tenggiri
2 sudu besar cili kering
6 sudu besar serbuk kari
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 ruas jari halia.
BAHAN TUMIS;
Daun kari
1 sudu besar halba campur
BAHAN KISAR (DENGAN 1 CAWAN AIR):
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 ruas jari halia
1 ruas jari lengkuas
1 batang serai.
CARA MEMASAK:
Tumis dulu bahan hiris masukkan juga daun kari biar garing tapi tidak hangit.
Selapas itu masukkan halba campur, perlahankan api supaya halba tak meletup-letup.
Kemudian baru masukkan bahan-bahan kisar. Masak smpi wangi n air sedikit menyusut.
Masukkan pula 2 sudu besar cili kering kisar, masak lagi 15 minit, tambah sedikit air jika kering.
Boleh masukkan 6 sudu besar serbuk kari pedas yang dicampur dengan sedikit air dulu untuk jadikan pes.
Masak sehingga setengah jam lamanya atau sehingga rempah masak elok, lagi lama lagi elok karinya. Masak kari agak lama dengan menggunakan api perlahan. Masak biar sampai pecah minyak.
Tambah sedikit air supaya tidak hangit.
Masukkan air asam jawa sebanyak segenggam asam.
Tambah air untuk lebih berkuah, masak lagi sehingga mendidih.
Tambah 1/2 -1 kotak kecil santan kotak.
Perasakam garam/serbuk secukup rasa.
Masuk bendi dan ikan. Biar ikan masak.
Akhir sekali tambah tomato dan cili hijau masak supaya tomato tak lembik. Terung bulat ditambah jika suka.
Masakan Thai cukup terkenal hampir di seluruh dunia. Bahkan masakan ini juga cukup dekat dengan masyarakat di Malaysia. Hidangan Thai yang kebiasaannya mengandungi rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia.
Jom cuba pula resipi kepak ayam panggang ayam Thai ni.
KEPAK AYAM PANGGANG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
10 ketul kepak ayam
4 sudu makan sos Thai
3 sudu makan sos ikan atau secukup rasa
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan minyak bijan
6 biji bawang putih | cincang halus
4 cm halia | cincang halus
4 helai daun limau purut | hiris halus
1 sudu makan gula atau secukup rasa
2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh serbuk cili Thai
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, gaul kepak ayam dengan kesemua bahan dan perap semalaman simpan di dalam peti sejuk untuk mendapatkan rasa yang lebih optimum.
Untuk memasak ayam, susun ayam di dalam loyang pembakar serta sapukan sedikit sos perap pada kepak ayam. Bakarlah di dalam ketuhar selama 30-45 minit menggunakan api atas bawah. Masaklah lebihan sos perap di dalam kuali sehingga agak pekat. Bolehlah ditambahkan sos cili Thai dan sos ikan jika perlu.
Dari masa ke semasa lebih kurang 15 minit, sapukan sos tersebut pada kepak ayam agar kepak masak cantik dan berkilat serta menambah perisa pada kepak ayam.
Sedia dinikmati panas.
Info chef: Garam tidak perlu masukkan kerana pelbagai jenis sos sudah ada rasa masin.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.