Sedapnya Roti Sardin Goreng Rangup resipi perkongsian saudari Cahaya Kasih Firdausi ni. Ringkas je menunya tetapi terbukti sangat sedap dan menyelerakan. Jika dekat dapur ada roti sandwich yang susah nak habis, boleh cuba resipi ni untuk minum petang. Buat untuk sarapan juga boleh. Pasti licin diserbu anak-anak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI ROTI SARDIN GORENG RANGUP YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Roti sandwich secukupnya Minyak untuk menggoreng
BAHAN TEPUNG SALUTAN: Tepung gandum – beli online disini Sedikit serbuk kunyit – beli online disini Sedikit perahan jus limau nipis Air secukupnya
Ads
CARA MEMASAK:
1. Masukkan sardin ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang merah, cili padi, gula, garam dan perasa dengan secukupnya. Jumlahnya bergantung pada selera masing-masing.
2. Hancurkan sardin dan gaul hingga semua bahan bercampur rata.
3. Panaskan sedikit minyak. Tumis seketika hingga masak dan bawang layu. Ketepikan.
4. Untuk menyediakan tepung goreng, masukkan tepung ke dalam bekas.
5. Tambahkan sedikit serbuk kunyit untuk warna dan perah sedikit jus limau nipis untuk merangupkan tepung nanti.
6. Masukkan air sedikit demi sedikit dan bancuh hingga tidak berketul. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
7. Ambil roti sandwic dan isi inti sardin dengan secukupnya. Roti tidak perlu dilenyek atau dikukus terlebih dahulu. Terus guna begitu sahaja.
8. Sapukan bancuhan tepung cair di bahagian tepi roti dan lipat dua. Ia bertujuan untuk elak kepingan roti terbuka sewaktu digoreng.
9. Celup kepingan roti dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Masak hingga garing dan kekuningan.
Ads
10. Angkat, toskan minyak dan Roti Sardin Goreng Rangup sedia untuk dinikmati.
Masak nasi menggunakan periuk elektrikatau periuk biasa, pasti meninggalkan kerak nasi. Sayangnya! Nak makan tak sedap, nak dibuang sayang. Oleh itu, apa kata cuba masak nasi secara kukus. Dengan cara ni nasi tak akan ada kerak malah lebih sedap dan cepat masak. Nasi pun tak lebih dan boleh elakkan pembaziran. Jadi jika periuk nasi elektrik anda rosak, jangan susah hati. Boleh masak cara saudari Ita Marsita kongsikan ni.
CARA MASAK NASI GUNA LOYANG & PERIUK KUKUS
BAHAN-BAHAN:
Beras – ikut sukatan yang biasa anda masak
Air – ikut sukatan air untuk masak nasi yang biasa
CARA-CARA:
1. Bersihkan beras macam biasa dan sukat air.
2. Masukkan beras dan air ke dalam loyang dan letak dalam periuk kukusan. Kukus hingga masak.
3. Untuk tahu nasi sudah masak atau belum, jika air dalam loyang dah kering, itu tandanya nasi dan masak.
4. Jika masak nasi untuk seorang, boleh guna bekas kecil sahaja.
5. Masak cara ni juga boleh jimatkan masa memasak. Caranya ialah dengan kukus nasi bersama lauk dan sayur. Satu tingkat masak lauk dan satu tingkat untuk nasi.
6. Pastikan nasi berada di bahagian atas supaya air tidak jatuh atas nasi.
Siapa suka Ayam Gunting? Ha..kalau pergi pasar malam, pasti terliur je tengok ayam goreng panas-panas tu kan? Ada pula serbuk tabur tu. Lagi lah ralit makan. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri Ayam Gunting ni secara homemade, boleh cuba resipi perkongsian saudara Are Peace ni. Resipi ni beliau dapat dari peniaga Ayam Gunting sendiri. Jom cuba!
AYAM GUNTING
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam | dihiris nipis
1 kotak kecil tepung goreng ayam serbaguna
1 1/2 cawan serbuk roti
Telur | dipukul
CARA MEMASAK:
Campur tepung goreng ayam bersama serbuk roti.
Kemudian masukkan ayam. Gaul hingga rata.
Celup ayam di dalam bancuhan telur.
Masukkan kembali ke dalam adunan tepung tadi. Salut rata.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
Angkat dan toskan minyak. Tabur serbuk perasa ayam gunting.
( Masa memasak, goreng ayam sekeping demi sekeping. Jangan masukkan semua ayam ke dalam tepung.)
BAHAN SERBUK AYAM GUNTING:
1 kiub pati ayam
2 sudu makan paprika – kalau suka pedas, boleh tambah.
1/2 paket twisties BBQ
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan gula
CARA-CARA:
Satukan semua bahan-bahan diatas dan kisar kering.
Tidak semestinya tunggu hari istimewa baru rasa nak membuat kek. Ada juga yang lebih suka membuat sendiri dari membeli. Kalau yang suka membuatnya sendiri terasa lebih puas dapat menghidangkan kek buatan sendiri untuk dinikmati sekeluarga dan teman-teman. Kek yang dikongsi oleh Tania ini tidak kurang enaknya. Jom kita cuba buatnya.
Kek Bundt Cokelat
Untuk kek: 240gm tepung gandum 60gm serbuk koko 3 biji telur, disuhu bilik 230gm mentega, disuhu bilik 300gm gula kastor 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh baking soda 120ml air panas 240ml sour cream ½ sudu teh garam 1 sudu makan vanilla essence Untuk cokelat ganache: 200g cokelat couverture 180ml whipping cream
Cara memasak: 1.Panaskan oven ke suhu 175 Celcius. Lenser acuan kek Bundt dengan mentega dan tepung gandum. 2.Putar mentega bersama gula sehingga kembang dan pucat. Masukkan telur satu per satu sehingga sebati. Masukkan esen vanilla. 3.Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, baking soda, garam dan kacau sehingga sebati. 4.Masukkan adunan kering ke dalam adunan basah bersama 120ml air panas dan kacau sehingga sebati. 5.Tuang ke dalam acuan dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga kek masak (lakukan test dengan penyucuk sate). 6.Setelah masak, biarkan kek didalam acuan selama 10 minit sebelum dikeluarkan dan disejukkan.
Cara memasak cokelat ganache: 1.Cincang cokelat ke dalam kepingan kecil. 2.Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih (jangan didihkan). 3.Tuang di atas cokelat dan biarkan selama 2 minit sebelum dikacau sehingga sebati. 4.Tuang ke atas kek. Hias mengikut citarasa.
Kek Suji dan Badam 225gm mentega, disuhu bilik 225gm gula kastor 200gm tepung naik sendiri 25gm suji 25gm serbuk badam 4 biji telur 4 sudu makan susu 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu makan parutan kulit lemon (optional)
Cara memasak: 1.Panaskan oven ke suhu 180C. Lenser acuan 8 inci dengan mentega dan tepung dan lapiskan bahagian bawah dengan baking paper. 2.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pemukul kek dan pukul selama 2 minit sehingga adunan kembang dan pucat. 3.Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 30 minit atau sehingga permukaan kek perang. Lakukan cake test dengan penyucuk sate. 4.Keluarkan dari ketuhar dan biar kek sejuk selama 10 minit sebelum keluarkan dari acuan dan letakkan di atas rak menyejuk. Hias mengikut citarasa.