Harga roti putih semakin naik harga! Hah, sudah. Makin menaik maksudnya perbelanjaan keluarga pun sedikit sebanyak akan meningkat juga.
Apa kata, kita buat sendiri je roti buku di rumah. Mudah dan sangat menjimatkan. Boleh buat banyak untuk keluarga.
Resipi roti sisir atau roti balok yang dikongsi daripada Neny Lai Han, boleh digunakan untuk membuat roti homemade di rumah.
ROTI SISIR @ ROTI BALOK
BAHAN-BAHAN:
1 paket yis kering 2 sudu susu pekat 1 cawan air suam 2 sudu gula *campurkan semua bahan ni dan biarkan kembang
4 cawan tepung gandum 2 sudu marjerin 2 sudu teh baking powder 1 sudu teh garam 1 sudu teh dough softener *1 biji telur dari peti
CARA-CARA:
1.Ramaskan bahan-bahan ini hingga jadi macam serbuk roti. 2.Kemudian campurkan yis tadi dan pecahkan sebiji telur dan gaul rata. 3.Rehatkan doh hingga kembang. Kemudian tumbuk-tumbuk bagi keluarkan angin. Biarkan kejap untuk kembang kali kedua dan tumbuk-tumbuk lagi keluarkan angin. 4.Kemudian, uli sekadar tak melekat pada jari.
Ads
5.Bulat-bulatkan doh besar ikut suka atau boleh timbang. Kemudian, gelek ketebalan ikut suka, lipat dua dan susun rapat-rapat dalam loyang roti. Ulang buat hingga loyang penuh.
6.Rehatkan doh hingga kembang. Kemudian, panaskan terlebih dahulu ketuhar guna suhu 170C selama 10 minit atau ikut ketuhar masing-masing.
7.Sementara itu, sapukan permukaan doh roti dengan campuran sebiji kuning telur dan 2 sudu besar susu segar.
8. Bakar menggunakan api atas bawah guna suhu 170C selama 25 minit atau sehingga masak.
9. Rehatkan kejap roti dalam ketuhar, baru keluarkan. Terbalikkan kejap. Kemudian, griskan dengan marjerin bagi roti cantik glowing gitu.
Dapat menikmati burger yang enak memang puas hati. Tambah pula bila ia dimasak dari air tangan sendiri. Anak-anak pun gerenti suka dengan menu ni. Boleh cuba resipi yang dikongsi ini. Beli ayam bahagian dada untuk buat burger ni. Memang sedap cicah dengan fries dan masukkan sikit dalam burger.
Roti Bahan-bahan: 500gm tepung roti 70gm gula kastor 1 sudu besar yis kering 1 biji kuning telur 1 sudu teh garam 50gm majerin/butter 10gm pelembut roti 280-300gm air sejuk
Cara membuat: 1.Semua bahan masuk dalam bread maker kecuali garam, masuk selepas 5 minit uli dalam bread maker. Doh burger 75-8-gm, saiz 4 inci. 2.Bakar pada suhu 170 darjah dalam masa 20 minit (bergantung pada oven masing-masing)
HONEY MUSTARD Bahan-bahan: ½ cawan mayonis 3 sudu mustard 1 sudu lemon / cuka ¼ sudu black pepper 2 sudu madu *pukul hingga sebati
Cara membuat: 1.Perap ayam dengan telur dan tepung bestari. 2.Perap selama ½ jam atau lebih. 3.Nak goreng baru salut tepung kering. 4.Goreng minyak banyak. Kredit: Nor Asiah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Aneka resipi lauk pauk kampung ni memang sedap dan membuka selera. Walaupun kelihatan ringkas, tetapi rasanya memang enak! Andai anak kota pulang ke kampung halaman, menu-menu ini antara yang paling dicari. Bagi anda yang menggemari sajian masakan kampung, bolehlah cuba resipi lauk pauk kampung yang dikongsi ini.
KOLEKSI RESIPI LAUK PAUK KAMPUNG
1. ASAM REBUS KELADI IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
300gm batang keladi
2 keping asam gelugur
5 ulas bawang merah | dikisar halus
2 ulas bawang putih | dikisar halus
2 biji cili padi | dikisar halus
2sm belacan | dikisar halus
2sm kunyit hidup | dikisar halus
30gm ikan bilis | dikisar halus
2 sudu makan cili kisar
1 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan | dihiris
3 keping asam gelugur
800ml air
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Kupas kulit batang keladi dan potong anggaran 4cm, cuci hingga bersih.
Celur batang keladi bersama dua keping asam hingga empuk. Angkat dan tos. Ketepikan.
Di dalam periuk berasingan, reneh bahan yang telah dikisar bersama cili kisar sehingga mendidih.
Kemudian masukkan keladi yang telah dicelur, daun kesum,bunga kantan dan asam gelugur.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, biarkan didih.
Hidangkan bersama nasi putih dan sedia dinikmati.
Info chef: Cuci batang keladi dengan bersih bagi mengelakkan rasa gatal
2. GULAI LEMAK PISANG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
8 biji pisang muda | dibuang kulit dan dihiris
1 biji kelapa | diambil santannya
40gm ikan bilis
3Sm kunyit hidup | dikisar
10 biji cili padi | dikisar
1 batang serai | diketuk
3 helai daun kunyit
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan ke dalam larutan santan pekat.
Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan pisang muda dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Angkat dan hidangkan.
Info chef: Pastikan pisang muda dibuang kulitnya sehingga serat-serat yang melekat pada kulit dibuang kemas.
3. GULAI TETEL KENTANG
BAHAN-BAHAN:
500gm tetel lembu
300gm ubi kentang | dibelah empat
3 batang serai | dititik
3 sudu makan serbuk kari
500ml air
500ml santan
1 tangkai daun kari
1 sudu makan serbuk perasa
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5gm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai dan daun kari sehingga naik bau.
Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis sehingga garing.
Seterusnya masukkan sedikit air ke dalam tumisan tadi.
Masukkan pula tetel lembu bersama ubi kentang dan santan. Kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan perasakan secukupnya. Renihkan bahan-bahan tadi sehingga mendidih.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Pastikan rempah ditumis sehingga pecah minyak bagi mendapatkan rasa kari yang enak.
4. SAMBAL IKAN KEMBUNG REBUS GORENG CILI PADI & TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung | direbus
30gm terung pipit
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
10 biji cili padi | dikisar
1 keping asam keping
Garam, gula dan serbuk perasa
Minyak secukupnya | untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng ikan kembung rebus hingga separuh garing. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyaknya.
Masukkan ikan bersama terung pipit, asam keping dan gaulkan rata. Letakkan sedikit air jika suka.
Perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
Angkat dan hidangkan.
Info chef: Pastikan bahan kisar dibiarkan masak sehingga pecah minyaknya kemudian barulah dimasukkan ikan bersama sedikit air.
5. UDANG PETAI TEMPOYAK BERCILI
BAHAN-BAHAN:
200gm petai | dibuang kulit
300gm udang | dibuang kulit
2 sudu makan tempoyak
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 keping asam gelugur
125ml air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2sm kunyit
15 biji cili padi
2 biji cili merah
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. 2. Kemudian masukkan tempoyak, asam gelugur dan juga air. Gaul hingga sebati dan biarkan mendidih. 3. Seterusnya masukkan petai, udang dan daun kunyit yang telah dimayang halus. Masak sehingga pekat. 4. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. 5. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Kurangkan jumlah cili untuk mengurangkan rasa pedas.
6. GULAI IKAN KERING DENGAN BETIK
BAHAN-BAHAN:
1 biji betik mengkal
8 ekor ikan masin cencaru| dipotong empat
8 ulas bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
3 sudu makan rempah kari ikan
1kg santan
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit betik dan potong mengikut saiz bersesuaian. Celur sebentar dan toskan airnya. 2. Menggunakan periuk berasingan, satukan santan bersama bahan kisar serta rempah kari ikan. Kacau sebati. 3. Masukkan betik dan ikan masin. Biarkan sehingga mendidih. 4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. 5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Rasa kuah terlebih dahulu sebelum memasukkan garam kerana ikan masin telah memberikan rasa pada masakan.
7. KULIT TEMBIKAI TUMIS AIR
BAHAN-BAHAN:
1 biji buah tembikai | diambil kulit putihnya
2 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
1 biji bawang besar kuning | dimayang
2 biji cili merah | dihiris
100gm udang segar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
10gm suhun
500ml air
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama serbuk lada hitam hingga garing.
Masukkan udang dan kacau sehingga setengah masak.
Kemudian masukkan air diikuti kulit tembikai. Biarkan mendidih seketika.
Masukkan suhun,, cili merah dan hirisan bawang besar. Perasakan secukupnya.
Apabila kulit tembikai telah lembut, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Enak dinikmati bersama ikan masin goreng dan nasi panas.
Peminat mi goreng basah menyukai kerana seakan rasa berkuah tapi tidak terlalu cair. Mi goreng basah kalau tidak kena dengan cara dan bahan boleh dapat hasil yang tawar serta mi yang kembang.
MI GORENG BASAH
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi kuning-dibilas dan tos
10 ekor sotong-dibersihkan potong dan tos
1 paket Fish ball-dibersihkan potong dan tos
1 ikat sayur sawi jepun-dibersihkan, potong dan tos
1 biji tomato-dibersihkan dan dibelah 6
4 sudu hesar cili kisar
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap mi
1 cawan kecil air
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
BAHAN-BAHAN TUMBUK
10 biji cili api
3 ulas bawang putih
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat
CARA MEMASAK:
1.Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar.
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
3. Masukkan Sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mi, dan masukkan sotong dan fish ball.
4. Masukkan air 1 cawan kecil.
5. Masak dan kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi.
6. Selepas itu masukkan mi kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak. Siap.
INFO:
Masak mi goreng basah ini tidak guna garam gula dan serbuk perasa sebab rasa kicap-kicap itu semua sudah cukup.
Anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti udang, hirisan daging, kerang dan sebagainya.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!