
Kadang kala buntu memikirkan apa menu yang nak dibawa ke pejabat. Cuba buat roti sosej ini, sekeluarga boleh bawanya sebagai bekalan. Buat banyak, masing-masing boleh bawa lebih dan ia mengenyangkan.Dibungkus pula dengan kertas menarik, memberi selera untuk menikmatinya.
ROTI SOSEJ
Bahan-bahan:
Sosej (direbus)
Cheese
Sos spaghetti
Roti sosej
Cara membuat:
1.Potong roti bahagian tengah macam ni. Lepas tu tekan ke bawah bagi ada lubang.
2.Letak slice cheese. Nak letak banyak mana pun boleh, ikut selera masing-masing.
3.Letak sikit sos spagheti.
4.Letak sosej yang telah direbus.
5.Letak sos atas sosej,jika nak tambah sos lain pun boleh. Ikut selera yang anda suka.
6.Letak kepingan cheese dan daun parsley. Tak ada daun parsley pun tak apa.
7.Bakar dalam oven, suhu 160c api atas sahaja. Bakar dalam masa 8 hingga 15 minit. Ikut garing macamana yang anda suka.
Kredit :Haya Yahya
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Jenis Pastri Dan Kesesuaian Menu Yang Boleh Dibuat Darinya.

Perkataan pastri kata asalnya dari paste yang bermaksud campuran tepung gandum, air dan lemak/ mentega. Tapi pastri ni ada banyak jenis yang bersesuaian untuk produk pastri yang mahu dibuat.
Mudah kata ada yang menggunakan ragi atau yis dan ada juga yang tidak menggunakan ragi. Tetapi umumnya produk pastri bertekstur ‘crispy’ dan adunan yang tidak kalis . Pembuatan pastri sebenarnya adalah pelbagai adunan yang dibuat mengikut menu pastri yang mahu dihasilkan.
Namun ada juga yang adunan yang kalis (padat) saat dicanai seperti pastri lapis, yang digunakan untuk membuat croissant dan Danish pastri
Nah ini dia 4 jenis asas pastri yang patut anda ambil tahu :
1. PASTRI LAPIS @ PUFF PASTRY

Puff pastry merupakan pastri yang memiliki adunan tanpa ragi. Adunan puff pastry disusun berlapis oleh adunan dasar dan lemak @mentega roll in (pelapis). Ciri utama pastri lapis adalah kepada cara pembuatannya yang dilipat dan dicanai berulang kali. Dengan diselangi penyimpanan dalam peti sejuk.

Pastri lapis seharusnya mengembang naik, memiliki kulit yang rapuh, crumb yang lembut, aroma yang baik, dan biasanya kurang manis dibanding produk bakeri yang lain. Adunan menteganya lebih banyak dari tepung.
2. PASTRI PHYLLO @ FILO

Phyllo merupakan adunan doh yang sangat tipis dan halus sehingga harus dibuat dengan hati-hati. Ia tidak menggunakan ragi atau serbuk.

Ia tidak menggunakan ragi atau serbuk.Ia adalah doh yang digunakan dalam manisan atau pastri dari negara Timur Tengah dan Negara-negara Balkan. Contohnya baklava.
3. PASTRI RAPUH @ SHORT CRUST PASTRY


Pastri rapuh adalah jenis pastri yang sering digunakan untuk dasar atau kulit tart, quiche, meringue lemon atau pie. Adunan tepungnya lebih kurang sama banyak dengan mentega
4. PASTRY CHOUX

Choux pastry bertekstur lembut dan kosong atau berongga di bahagian dalamnya, sehingga dapat diisi dengan pelbagai aneka rasa dan intin.Adunan tepung bergantung kepada jumlah cecair yang digunakan.

Ia adalah pastri ringan yang menjadi asas kepada pembuatan churros, krim atau kastard puff , profiterols dan eclaire. Adunan tepung bergantung bergantung kepada jumlah cecair yang digunakan.
Sebenarnya ada lagi jenis pastri yang lain tapi yang empat di atas adalah di antara jenis pastri utama.
Resepi Quiche Ayam Sedap & Menyelerakan. 1 Adunan Ni Dapat 2 Biji

Quiche Ayam tentunya tidak asing lagi bagi para peminat pastri. Sangat sedap dan membuka selera lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Tekstur doh pastrinya yang rangup dan lemak ditambah pula dengan inti yang berkrim, menjadikan hidangan ini sebagai sajian yang sempurna sekali. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan tentunya menambat selera semua. Bagi anda yang nak cuba, Puan Ilham KZ IkhtiarHamil ada kongsikan resipi mudah. Jom lihat cara-cara penghasilannya.
CARA MASAK QUICHE AYAM YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN PASTRI (CRUST):
400gm tepung gandum – ayam 2 kali supaya halus – beli online disini
220gm mentega bergaram (sejuk) – potong kiub
1 sudu makan (penuh) gula icing – beli online disini
Secubit garam
5 sudu makan air sejuk berais
CARA-CARA:
1. Satukan tepung, garam dan gula biar sebati.
2. Masukkan mentega. Ramas sehingga jadi seperti serbuk roti.
3. Kemudian masukkan air sejuk sesudu demi sesudu dan uli doh sehingga tidak melekat pada permukaan.
4. Bulatkan doh, balut dalam cling film / plastik dan simpan peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
5. Keluarkan doh, bahagi dua dan letakkan ke dalam acuan yang telah di griskan dengan minyak. Tekan-tekan sehingga kemas. Cucuk sedikit permukaan doh dengan garpu. Adunan ini muat untuk 2 loyang.
6. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C dan bakar doh selama 10-15 minit. Keluarkan dari ketuhar dan biar seketika. Teknik ini dipanggil blind bake.
BAHAN INTI:
Bawang putih – potong dadu – beli online disini
Bawang Holland – potong dadu – beli online disini
Dada ayam – potong kecil (gaul dengan Mixed Herbs)
Brokoli
Serbuk lada hitam – beli online disini
Perasa Cukup Rasa
Garam
Tomato ceri – potong dadu
Capsicum – potong dadu
Minyak untuk menumis
CARA-CARA:
1. Atas api sederhana, tumis bawang sehingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan ayam, kacau sehingga mula keluar air.
3. Masukkan brokoli dan kacau sebati.
4. Kemudian tambahkan pula serbuk lada hitam, cukup rasa dan garam mengikut cita rasa masing-masing.
5. Perlahankan api, masukkan tomato dan capsicum. Bila tomato dan capsicum mulai layu, tutup api.
BAHAN KUAH TOPPING:
5 biji telur saiz jumbo
5 sudu makan susu full cream – beli online disini
100gm keju cheddar parut
100gm keju mozzarella parut – beli online disini
*Kalau tak nak letak keju, tukar dengan mencampurkan sedikit tepung gandum untuk pekatkan sedikit adunan kuah.
CARA-CARA:
1.Satukan semua bahan, pukul rata sehingga sebati. Ketepikan
CARA MEMASAK:
1. Ambil loyang yang sudah dimasak crust pastrinya tadi.
2. Masukkan inti dengan secukupnya. Ratakan.
3. Tuang kuah topping sehingga rata.
4. Masukkan kembali ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200°C selama 30 minit.
5. Quiche Ayam sedia untuk dihidangkan.
INFO: Satu adunan ini boleh dapat 2 loyang Quiche
Kredit resipi & foto: Puan Ilham KZ IkhtiarHamil
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Kaki Ayam Campur Mangga Muda. Sangat Sedap & Cukup Rasa
Resepi Sos Sotong Stim Limau Ala Thai Paling Sedap. Mudah Je Caranya
Cara Buat Jemput Jemput Nasi Sedap. Garing Di Luar Lembut Di Dalam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Mudah Buat Pai & Denish Macam Pro, Lebih Jimat Ye.

Selain hidangan utama dan bermacam jenis biskut dan cookies, pastri seperti tart, pai dan denish juga menjadi pilihan sebagai hidangan meraikan tetamu untuk minum petang yang istimewa. Kalau korang suka, bolehlah cuba beberapa jenis pastri, pemanis mulut yang sedap dan mudah disediakan ini ye…
STRAWBERRY TART
BAHAN-BAHAN:
KULIT TART:
- 340gm butter
- 100gm gula Icing
- 2 biji telur gred C
- 580 gm tepung
- 1 sudu kecil vanila
BAHAN INTI:
- 250gm susu
- 50gm gula
- 40gm tepung Jagung
- 4 biji telur kuning
- 100gm non dairy whipping cream
- Buah strawberi | hiris untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- . Gaul bersama mentega, tepung dan gula ising.
- Masukkan telur dan vanilla dan uli hingga sebati.
- Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
- Canaikan dan masukkan dalam acuan.
- Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak atau kulit tat kekuningan.
- Untuk menyediakan filing kastard, satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
- Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
- Padam api, tambah mentega dan esen vanla, kacau rata dan biar sejuk.
- Tuangkan dalam kulit tart, kemudian hias dengan buah strawberi dan rasberi di atasnya.
CHOCOLATE BUTTERSCOTCH TART
BAHAN-BAHAN:
KULIT TART:
- 340gm butter
- 100gm gula Icing
- 2 biji telur gred C
- 580 gm tepung
- 1 sudu kecil vanila
BAHAN INTI CHOCOLATE BUTTERSCOTCH
- 30ml krim tenusu
- 30ml susu
- 150gm chocolate butterscotch
BAHAN INTI DARK CHOCOLATE:
- 50ml krim tenusu
- 50ml susu
- 250gm coklat gelap
- 1 sudu makan mentega
BAHAN HIASAN:
- Sedikit parutan Butterscotch
- Sedikit hirisan buah Tin sega
CARA MEMASAK:
- Gaul bersama mentega, tepung, gula ising, serbuk koko dan coklat emulco.
- Masukkan telur dan uli hingga sebati.
- Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
- Canaikan dan masukkan dalam acuan.
- Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak.
- Untuk membuat inti chocolate butterscotch dan inti dark chocolate, campurkan semua bahan inti dalam periuk.
- Kacau atas api perlahan selama lima minit sehingga semua bahan sudah sebati.
- Biarkan mereneh seketika.
- Tutup api dan biarkan sejuk, baru masukkan dalam kulit tart.
- Simpan dalam peti sejuk.
- Sebelum hidang, hias di atasnya dengan hirisan Butterscotch dan buah Tin.
BLUEBERRY CHEESE TART
BAHAN-BAHAN:
KULIT TART:
- 340gm butter
- 100gm gula Icing
- 2 biji telur gred C
- 580 gm tepung
- 1 sudu kecil vanilla
BAHAN INTI:
- 200gm cream cheese
- 40gm gula icing
- 20gm mentega
- 1 sudu makan jus lemon
- 70gm non dairy whipping cream
- Buah Blueberry | hiasan di atas
CARA MEMASAK:
- Gaul bersama mentega, tepung, gula ising, serbuk koko dan coklat emulco.
- Masukkan telur dan uli hingga sebati.
- Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
- Canaikan dan masukkan dalam acuan.
- Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak.
- Untuk menyediakan Inti, Putar krim keju bersama sama gula kastor sehingga kembang.
- Masukkan telur dan vanilla dan puri mangga, pukul lagi hinggga kembang dan sebati.
- Tuangkan ke dalam kulit tart yang telah dibakar.
- Bakar lagi pada suhu 160C sehingga masak.
- Hiasan di atasnya dengan hirisan mangga
MANGGO CHEESE TART
BAHAN-BAHAN:
CENGKERANG TART:
- 580gm tepung gandum
- 340gm mentega
- 100gm gula ising
- 2 biji telur gred C
- 1 sudu teh vanilla
BAHAN INTI:
- 250g krim keju
- 50g gula kastor
- 1 biji telur gred B
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 2 sudu makan puri mangga
BAHAN HIASAN:
- 1 biji mangga harum manis | dadu kecil
- 1 biji buah kiwi | hiris
CARA MEMASAK:
- Gaul bersama mentega, tepung dan gula ising.
- Masukkan telur dan vanilla dan uli hingga sebati.
- Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
- Canaikan dan masukkan dalam acuan.
- Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak atau kulit tat kekuningan.
- Untuk menyediakan Inti, Putar krim keju bersama sama gula kastor sehingga kembang.
- Masukkan telur dan vanilla dan puri mangga, pukul lagi hinggga kembang dan sebati.
- Tuangkan ke dalam kulit tart yang telah dibakar.
- Bakar lagi pada suhu 160C sehingga masak.
- Hiasan di atasnya dengan hirisan mangga
RASPBERRY PUFF
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket pastry puff segera
- Jam strawberri secukupnya
- Krim keju segera
- Buah Raspberry secukupnya | untuk hiasan
- 1 biji kuning telur
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Pastri puff di potong segi empat
- Kemudian letakkan jam raspberry di tengah sebelum di lipat.
- Susun dalam dulang pembakar, kemudian sapukan di atasnya dengan kuning telur yang dicampurkan satu sudu kecil air).
- Masukkan dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan. Bakar dengan suhu 170C selama 20 minit.
- Setelah masak, hias atasnya dengan krim keju dan buah raspberry segar.
- Puff sedia dihidangkan.
PEACH COBBLER PUFF
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket pastry puff segera
- Krim keju segera
- Buah peach | untuk hiasan
- 1 biji kuning telur
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Pastri puff di potong segi empat kemudian belah empat kemudian lipatkan bertentangan supaya membentuk seperti kipas.
- Susun dalam dulang pembakar, kemudian sapukan di atasnya dengan kuning telur yang dicampurkan satu sudu kecil air).
- Masukkan dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan. Bakar dengan suhu 170C selama 20 minit.
- Setelah masak, hias atasnya dengan krim keju dan buah peach.
- Puff sedia dihidangkan.