Bagi mereka yang sibuk buat kerja work from home tu , ni dia sarapan pagi yang mudah dan ekspres. Roti sosej keju , kukus aje.
Kalau nak letak sayur pun boleh macam salad dan tomato, tapi kalau nak ringkas aje sosej, roti, mayonis dan keju pun dah cukup sedap dah. Ni menu mudah, ringkas dan cepat dari Nuhaz Kitchen.
ROTI SOSEJ CHEESE.
BAHAN-BAHAN :
• roti frankfurter gardenia
• frankfurter ayamas / sosej
• mayonis lady’s choice
• cheddar cheese slices – potong dua
• sos cili (jika suka)
• blackpepper sauce (jika suka)
CARA MEMASAK :
1. Sediakan pengukus, biarkan air kukusan panas mendidih.
2. Ambil roti frankfurter atau roti hot dog dan sapukan mayonis
3. Letakkan kepingan keju dan sosej.
5. Tambahkan sos cili dan sos lada hitam , ikut suka.
6. Kukus selama 3 minit. Kalau kukus lama nanti cheese tak cantik sebab meleleh keluar. Tadaaa dah siap
* Anda boleh menambahkan sayuran jika suka seperti salad, tomato, bawang dan sebagainya
Kredit Foto & Resipi : Nuhaz Kitchen
ANDA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :