Roti Sosej & Piza Mini, Senang Je Nak Buat

Share

 

Kali ni RASA nak kongsikan resipi yang best sesangat. Satu resipi boleh buat dua hidangan. Pertama roti sosej dan kedua mini piza. Guna doh yang sama je. Yang membezakannya adalah toping. Jom try buat jom.

BAHAN DOH
3/4 cawan air suam
1 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung gandum atau tepung roti
Secubit garam
1 sudu besar mentega
Kuning telur (tambah sedikit air untuk disapu pada roti)
Sosej (direbus dulu)
Mix vege (campurkan dengan mayones)
Sos cili
Mayones

Ginilah rupanya.

Susun toping ikut kegemaran anda.

CARA MEMBUAT
1. Satukan air suam, yis, gula dan susu pekat manis dalam 1 bekas. Biarkan mengembang.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung gandum, garam dan mentega. Gaul rata.
3. Masukkan adunan yis yang sudah kembang tadi.
4. Uli sehingga sebati dan perap adunan selama 1 jam.
5. Selepas adunan mengembang, tumbuk-tumbuk supaya keluar angin. Bentukkan roti ikut cita rasa.
6. Sapukan kuning telur. Letak sosej dan mix vege. Hiaskan dengan sos dan mayones
7. Biarkan roti 20 minit supaya roti mengembang semula.
8. Panaskan oven pada suhu 170 darjah selsius dan bakar selama 25 minit.

Yummy!

Selamat mencuba!

Kredit Resipi: Hidayati Hana

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan?  Klik sini.

Published by
Maryam Elyas