Buat ibu-ibu yang pening memikirkan menu minum petang untuk keluarga, kami kongsikan satu resipi oleh Cek Kynn iaitu Roti Telur dengan Jem Coklat. Mudah sahaja cara membuatnya tapi anak-anak pasti suka. Selamat mencuba!
RESIPI ROTI TELUR DENGAN JEM COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- Beberapa keping roti hiris (saya guna 6 keping)
- Jem peanut butter/coklat
- 2 biji telur
- Susu pekat manis
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong roti kepada 4 bahagian.
2. Ambil sekeping roti yang telah dipotong dan sapukan coklat atau peanut butter.
3. Lapis lagi sekeping roti di atas roti yang ada coklat tadi. Letak sedikit susu pekat diatasnya dan letak lagi sekeping roti. Jadi, akan ada tiga lapisan roti ya.
4. Kemudian, pecahkan telur dan gaul sebati putih dan kuning telur. Masa ni dah boleh panaskan kuali untuk menggoreng. Saya letak marjerin sedikit.
5. Celup roti ke dalam telur.
6. Masukkan roti yang sudah dicelup telur ke dalam kuali. Pastikan semua bahagian digoreng sehingga kekuningan.
7. Siap untuk diangkat. Dan boleh terus makan.
Jika anda memerlukan NON-STICK PAN baru yang berkualiti pada harga yang murah, boleh klik DISINI.
KREDIT RESIPI & FOTO: CEK KYNN
ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuning Berseri, Resipi Kuih Lapis Labu Cantik Tanpa Pewarna!
Sajian menu tradisional kuih lapis labu untuk hidangan pagi atau petang. Jarang sekali dilihat di gerai kecuali dengan tempahan baru dapat merasa. Warnanya sangat menarik, tanpa pewarna tiruan dan rasanya sungguh sedap berlemak. Rugi jika tak cuba!
RESIPI KUIH LAPIS LABU
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 biji labu | di potong kecil
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 3/4 cawan gula | terpulang jika suka manis boleh di lebihkan
- 1/4 sudu teh garam
- 4 cawan santan segar
CARA MEMASAK:
Mula² kupas labu, basuh dan kukus.
Kemudian di blend halus.. anggaran setengah cawan
Dalam 1 bekas besar, masukkan 2 cawan tepung beras
Kemudian masukkan setengah cawan tepung gandum
Masukkan pula setengah cawan tepung jagung
Ini gula pasir.. saya kisar halus supaya senang larut.. Disebabkan saya tak berapa suka manis, saya cuma gunakan 3/4cawan gula sahaja
Tambahkan sedikit garam..Anggaran 1/4 sudu teh kfc tu ☺
Kemudian gaul rata semua bahan tu
4cawan santan segar.. Dipanaskan atas api perlahan sambil dikacau.. Panaskan hingga suam² kuku sahaja
Kemudian tuangkan santan suam ke dalam adunan tepung dan kacau sebati
Tapis.. supaya takda yang berketul² tinggal
Bahagikan adunan sama banyak.. Satu bahagian dimasukkan labu
Kukus selapis demi selapis dengan api sederhana.. 5minit setiap lapisan..
Lapisan terakhir, kukus selama 20-25minit
Pastikan loyang disapu minyak terlebih dahulu, dan loyang dah betul² panas baru tuang adunan
Potong pun elok ja cantik
Guna loyang bulat saiz 9”
TIP: Untuk jadikan kuih tahan lebih lama dari basi, lepas siap kukus, bukak penutup kukusan dan biarkan atas api dalam 5minit.. supaya wap air atas kuih kering, kuih tak cepat basi
Kongsi resipi: Marlia Lia
Ayam Goreng Kunyit Berempah Rangup & Sedap
Jika anda bercadang nak masak nasi kukus, padanannya tentulah Ayam Goreng Berempah ni. Memang sangat sedaplah kalau makan bersama nasi panas dan sdambal belacan. Terangkat habis!
AYAM GORENG KUNYIT BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | dipotong kecil
- 2 sudu makan serbuk kari daging
- 1 sudu makan serbuk cili
- 3 tangkai daun kari
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN KISAR HALUS:
- 2 sudu makan biji ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
BAHAN KISAR KASAR:
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 5cm halia
- 5cm lengkuas
- 5cm kunyit
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Masukkan ayam dan bahan kisar halus ke dalam bekas. Gaul rata.
- Kemudian tambahkan bahan kisar kasar bersama bahan lain. Gaul sampai rata dan perap selama satu jam.
- Panaskan minyak yang banyak menggunakan api sederhana. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
- Ayam goreng berempah sudah boleh dihidangkan ketika panas-panas.
Info Chef: Angkat rempah yang jatuh di dasar kuali semasa menggoreng. Bila tidak diangkat, rempah akan menjadi hangit dan pahit.
Masak Sendiri Nasi Arab Paling Simple, Sedap & Jimat.
Kenapa perlu bazirkan duit hingga beratus ringgit makan Nasi Arab di restoran atau oder online kalau anda boleh sediakan sendiri di rumah dengan cara paling simple dan sedap ikut selera anda sekeluarga. Bukankah cara ini lebih jimat sesuai dengan musim pendemik civid di mana kita semua tak perlu keluar rumah tanpa ada keperluan. Untuk resipi mudah itu, ini dikongsikan resipinya, mungkin anda boleh cuba hari ini atau esok.
NASI ARAB
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras Basmathi | rendam dengan sedikit garam
2 paha ayam atas & bawah | rebus dengan rempah sup bunjut & simpan 3 cawan air rebusan
BAHAN PERAPAN AYAM:
1 biji bawang besar | kisar
3ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil yogurt
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar madu | jika tiada guna gula melaka atau putih
BAHAN MASAK NASI:
1/2 biji bawang besar | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
1/2 bawang mesar | hiris
1 biji tomato | potong dadu
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji cili hijau
2 sudu makan mentega/ marjerin untuk menumis
1 sudu makan minyak masak
1 genggam daun ketumbar | cincang kasar
1 kiub pati ayam
Sedikit pewarna kuning/oren
CARA MEMBUAT:
- Untuk menyediakan ayam, rebus ayam dengan sup bunjut separuh masak. Simpan air rebusan dalam 3 cawan. Ketepikan.
- Cucuk-cucuk ayam dengan garpu kemudian gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 30 minit.
- Selepas diperap boleh digoreng atau dibakar hingga masak. Jika bakar gunakan suhu 200C menggunakan api atas bawah lebih kurang 30 minit.
- Seterusnya cara sediakan nasi: Toskan beras yang direndam dan ketepikan.
- Panaskan kuali, masukkan mentega/marjerin dan minyak. Tumis rempah penumis.
- Setelah wangi masukkan hirisan bawang, kacau seketika masukkan pula bahan kisar.
- Tumis hingga pecah minyak, masukkan tomato dikuti serbuk lada hitam, ketumbar dan jintan manis dan putih. Gaul rata dan tambah sedikit air jika terlalu kering.
- Selepas 3-5 minit, masukkan cili hijau serta air rebusan ayam 2 1/2 cawan.
- Masukkan beras dalam periuk nasi dan tuangkan air tumisan tadi ke dalamnya, gaul rata, masukkan kiub pati ayam dan sedikit garam. Tabur daun ketumbar, tutup periuk dan masak macam biasa.
- Bila nasi sudah masak, titiskan pewarna kuning/oren dalam nasi, tutup semula periuk, bila nak makan baru gemburkan nasi dengan garpu perlahan-lahan. Elak nasi dari patah-patah.
- Nasi sedia dihidangkan bersama ayam yang dipanggang atau goreng tadi. Untuk hidangkan lengkap tambahkan salad dan sambal cilinya sekali.
INFO:
SUKATAN AIR UNTUK MASAK BERAS BASMATHI: 1 cawan beras = 1 dan 1/4 atau 1/2 cawan. Jangan lebih. Tak kisahlah air itu dicampur santan atau susu cair. Dalam resipi ini digunakan air rebusan ayam sahaja.
SAMBAL CILI: 3 biji cili merah + 5 biji cili padi+1 biji tomato +1 sudu makan jus lemon + edikit daun ketumbar + sedikit garam dan gula.Campurkan semua bahan ini dalam pengisar dan kisar, kemudian perasakan dengan sedikit garam dan gula.
UNTUK SALAD: 1/2 batang timun dipotong dadu + 2 biji tomato + beberapa helai daun salad (sebarang salad) hiris kasar + sedikit daun ketumbar cincang halus + 2-3 sudu makan yougrt/ moyones + 1 sudu makan jus lemon + sedikit garam halus dan guna. Campur semua bahan ini dalam mangkuk dan gaul rata. Sedia dihidangkan.
OLEH KHAIRUNNISA MOHAMMAD