Makan

Roti Telur Cheese Yang Mudah, Cepat & Mengenyangkan

Share

Siapa je yang tak suka dengan gabungan telur dan keju yang enak dalam setiap gigitan kan? Roti Telur Cheese ni bukan saja mudah disediakan tetapi sesuai juga untuk hidangan bersahur. Anda boleh menikmati hidangan yang rangup di luar, lembut dan cheesy di dalam. Nak lagi enak, masak menggunakan keju Chesdale

yang tinggi protein dan kalsium serta Anchor Spreadable untuk hidangan yang lebih harum.

ROTI TELUR CHEESE

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti
  • 2 biji telur
  • 3 keping keju Chesdale
  • 2 sudu besar Anchor Spreadable
  • Salad
  • 2 sudu besar mayones
  • 2 sudu besar sos cili

Cara Memasak:

  1. Salutkan roti dengan telur. Masukkan Anchor Spreadable di dalam pan dan masak roti hingga keperangan.
  2. Gaulkan mayones bersama sos cili dan sapukan pada roti yang telah masak.
  3. Letakkan keju Chesdale dan salad.
  4. Sedia untuk dihidangkan. Enak dinikmati bersama Fernleaf Yogurt Strawberry.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi

]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma