
Sarapan dengan roti telur memang layan. Dijamin habis licin anak-anak makan.Nak membuatnya juga mudah.Selepas ni tiada lagi roti terbuang kalau buat menu ni.
ROTI TELUR
Bahan-bahan:
- 4 biji telur
- 2 sudu besar planta
- Serbuk lada putih
- Lada hitam kasar
- Mushroom seasoning
- 1 sudu kecil mayonis
- Roti keping
- Keju
Cara memasak:
1.Rebus telur dalam 4 biji.
2.Kupas kulit telur tu, masuk dalam mangkuk, lenyekkan dengan garfu.
3.Masuk planta, serbuk lada putih, lada hitam kasar (black pepper coarse), mushroom seasoning, mayonaise, Gaul semua sebati.

4.Letak pada roti, letak keju sekeping, sapu planta luar roti, grill atas kuali tidak melekat. Jangan letak minyak apa-apa, pusingkan sampai roti tu garing.

5.Angkat, potong tepi roti dan belah tengah, guna pisau yang tajam.
Kredit: Yatiekitchen
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Udang Kam Heong Yang Mudah, Sedap Macam Makan Di Kedai!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
9 Fakta Sihat & Cantik Kacang Walnut. Cubalah Resipi England Walnut Pie Ni.

Hebat sungguh khasiat kacang walnut ni. Walnut mengandungi anti oksidan dua kali lebih banyak daripada jenis kacang lain. Anti oksidan pada walnut memiliki manfaat 15 kali lebih besar berbanding vitamin E .

Anti oksidan dalam walnut mampu melindungi tubuh daripada kerosakan akibat bahan-bahan kimia yang menyebabkan penyakit. Jom semak apa lagi manfaat kesihatan yang terdapat pada walnut…
1. Memelihara Jantung
Selain kaya antioksidan, walnut juga kaya dengan asid lemak omega 3 yang meningkatkan jumlah kolesterol baik dalam tubuh dan menyingkirkan kolesterol jahat. Sengenggam walnut boleh mengelakkan daripada penyakit jantung, stroke, atau penyakit jantung koroner.

2. Mengurangkan keradangan
Walnut juga diketahui mampu mengatasi penyakit keradangan seperti asma, psioriasis, eczema, atau arthtritis.
3. Meningkatkan pertahanan badan
Anti oksidan yang ada dalam walnut membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan melindungi tubuh dari proses penuaan, kanserr, dan penyakit saraf.
4. Membuat kulit sihat bermaya

Kandungan omega-3 pada walnut juga menguatkan membran sel kulit, mengunci kelembaban, dan nutrisi di dalamnya yang boleh menyihatkan kulit dan mengeluarkan racun dari sel kulit. Walnut juga boleh melindungi kulit dari kekeringan. Ia juga digunakan dalam bahan aroma terapi, dan produk kosmetik.
5. Kehamilan
Wanita hamil disyorkan memakan walnut. kandungan vitamin B kompleks yang tinggi serta vitamin lain seperti folat, riboflavin, thiamin, dan lainnya sangat diperlukan oleh ibu hamil.
6. Kaya mineral
Walnut mengandung banyak memerulkan mineral seperti mangan, potassium, kalsium, besi, magnesium, dan tembaga. Mineral ini juga baik untuk untuk perkembangan sperma lelaki.
7. Melawan sembelit
Walnut juga baik untuk sistem penghadaman dan boleh untuk mengatasi masalah konstipasi atau sembelit.. Memakan walnut secara teratur dan makanan kaya lemak lainnya akan menjauhkan anda daripada sembelit.
8. Mencantikkan rambut
Walnut adalah makanan berkhasiat untuk rambut sihat, ia kaya dengan biotin. Biotin adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk menguatkan rambut, meningkatkan pertumbuhan rambut dan mencegah kerontokan. Kurangnya biotin selalu dikaitkan dengan rambut rontok atau patah.
9. Makanan Diet

Sedang berdiet? Anda disyorkan menambahkan walnut dalam makanan diet anda. Kacang ini memiliki kolesterol rendah. Namun ingatwalnut juga tinggi kalori yang tidak boleh dimakan terus menerus atau berlebihan. Pastikan hanya menambahkan sekitar 1.5 auns pada menu diet .
Dah tahu khasiatnya jom kita buat pie berasaskan inti walnut seperti yang dikongsikan resipinya: allrecipes.com
ENGLISH WALNUT PIE

BAHAN-BAHAN
- 3 biji telur
- ¼ sudu teh garam
- ¾ cawan gula halus
- 2 sudu teh ekstrak vanilla
- ¾ cawan sirap jagung
- 1 cawan walnut cincang
- ¼ cawan mentega
- 23 sm kulit pie
Bahan kulit pie:
(saiz besar, 23 sm)
- 1 cawan tepung
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 cawan mentega (beku terus dari peti ais ye)
- 4 sudu besar air ais sejuk
CARA MEMASAK :
Cara buat kulit pie :
1. Campurkan mentega dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan butter dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jgn lama sangat, cukuplah sehingga butter tu bergaul dengan tepung.
2. Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehingaga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk
3. Kemudian guna tangan dan bentuk kan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat.
Resipi kulit pie :www. enyabdullah.com
Cara memasak inti :
1. Panaskan oven suhu 205 darjah celcius
2. Pukul telur dalam mangkuk besar. Masukkan gula, garam vanilla dan sirap jagung hingga sebati.
3. Cairkan mentega dan masukkan ke dalam adunan telur tadi, kacau.
4. Masukkan walnut dan kacau
5. Tuangkan inti ke dalam kulit pie
6. Bakar selama 10 minit, kemudian kurangkan ke suhu 150 darjah Celcius.
7. Teruskan membakar selama 35 min hingga 45 minit.
Kredit foto & resipi : www.allrecipes.com
Sushi & Wanpaku Sandwic Yang Sedap Dan Padat Isi. Kenyang Sampai Ke Tengah Hari

Nak menu yang ringkas dan mengenyangkan? Boleh buat menu untuk sarapan Sushi Sandwich dan Wanpaku Sandwich. Bahan-bahan nak buat juga mudah dicari. Sushi sandwich Nampak comel jer tapi bila dah makan memang cukup kenyang.Mana taknya dalamnya penuh dengan lobak merah,timun, tuna dan lain-lain bahan.

Sushi Sandwic
Bahan-bahan:
Roti gardenia (roll/ lenyek nipis dan buang tepi)
Lobak merah
Timun Jepun
Tuna dalam tin-BELI ONLINE DI SINI
Telur hancur
Jejari ketam(digoreng sekejap)
Mayonis-BELI ONLINE DI SINI
Sos cili-BELI ONLINE DI SINI
TONTON GERENTI JADI : Resipi Sosej Gulung Rangup Goreng
Cara buat:
1.Sediakan sekeping roti, gelek nipis dan potong tepinya.
2.Letak inti tuna, telur hancur, jejari ketam
3.Letak timun dan lobak merah(dipotong memanjang)
4.Gulungkan roti hingga habis.
5.Potong kepada 2 bahagian
6.Letakkan sos dan mayo.
7.Tabur parsli flakes jika suka.

Wanpaku Sandwic
Roti wholemeal/ roti biasa gardenia
Isi ayam /nuggets
Sosej
Kubis ungu-hiris halus
Lobak merah -potong panjang
Timun Jepun – potong panjang
Telur hancur
Salad hijau – hiris halus
Mayonis
Sos cili
Cara buat:
1.Letakkan roti, susun semua bahan atas roti berlapis-lapis
2.Tutup roti dan balut dengan aluminium foil.
3.Belah tengah roti tadi.
Dah siap untuk dinikmati.
Kredit: Hidayati Hana
INGIN MENUKAR BLENDER BARU, BOLEH LIHAT DI SINI
Scone Homemade Sedap Macam Di Cameron Highland. Ini Cara Buat Guna 3 Bahan Je
Resipi Shepard Pie Terlajak Sedap.Cara Masak Step By Step Gerenti Jadi
Jimat Tapi Kenyang, RASA Kongsi Resipi Roti Bajet Sesuai Waktu PKPB
Resipi Pau Kacang Merah Gebu.

Buat fresh, makan panas-panas. Makan satu je memang tak cukup ni. Bagi anda yang teringin nak buat pau sendiri, boleh cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ini. Untuk intinya, selain kacang merah, boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.
Resipi Pau Kacang Merah Gebu.
Bahan A:
- 1 1/2 cawan air suam
- 1 paket yis
- 2 sudu besar gula pasir
( Satukan semua dalam satu bekas. Kacau dan biarkan 5 – 6 minit lebih kurang )
Bahan B:
- 4 1/2 cawan tepung pau ( tepung gandum pun boleh )
- 3 sudu besar shortening (jika tiada, boleh gantikan dengan mentega )
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1 1/2 sudu teh double action baking powder ( guna baking powder biasa pun boleh )
( Satukan semua bahan B. Gaul hingga jadi serbuk)
Inti:
- Pes kacang merah ( boleh dibeli di kedai bakeri)
Cara membuat:
Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli sebati selama lebih kurang 8 – 10minit.
Kemudian peram doh dalam bekas bertutup selama 15-18 minit di tempat yang bersuhu agak panas ( contohnya seperti dalam kereta, tempat yang kena cahaya matahariatau di dalam rumah pun boleh.)
Seterusnya, ambil doh dan uli kembali. Kemudian bulat-bulatkan menjadi ketulan doh kecil.

Ambil satu doh dan masukkan inti. Lapik bahagian bawah doh dengan daun pisang atau kertas.Ulang langkah sehingga semua doh siap dimasukkan inti. Peram doh pau selama 20 minit. Jika anda menggunakan inti kaya, peram selama 15-18 minit sahaja.

Sementara tunggu pau naik. panaskan air kukusan hingga mendidih. Setelah pau kelihatan naik, kukus selama 7-8 minit guna api besar. (balut penutup menggunakan kain bagi mengelakkan wap keluar)
Sedia untuk dinikmati.
Info chef:
- Setiap doh perlu ditimbang seberat 40 gramsetiap satu.
- Setiap kali kukus pau yang seterusnya,lap dahulu bawah penutup kukusan. Ia bagi mengelakkan lebihan wap air menitis pada pau.
- Untuk dapatkan pau yang sentiasa lembut, simpan dalam bekas kedap udaradan elakkan pau terdedah.
Kredit resipi & gambar: Mariana Zainal

