![roti sardin cover](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2019/09/32884.jpeg)
Roti adalah salah satu jenis makanan yang mengenyangkan. Selalunya di rumah memang ada stok roti untuk dimakan kala lapar. Kadang kita jadi blur tak tahu apa nak dihidangkan pada keluarga untuk sarapan atau minum petang. Jadi kalau korang nak sesuatu yang ringkas tapi sedap, jomlah try buat roti telur sardin ni.
ROTI TELUR SARDIN VIRAL
.
BAHAN-BAHAN
1 tin kecil sardin
4 biji telur
Garam
3 tangkai cili padi (dicencang)
Lada sulah
½ biji bawang holland (dicencang)
Sedikit daun sup dan daun bawang (dicencang)
Roti keping
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Lenyek ikan sardin dan sedikit sosnya.
2. Gaul ikan sardin tadi dengan telur, garam, cili padi, lada sulah, bawang holland, daun sup dan daun bawang sampai sebati.
3. Celup roti dalam adunan sardin.
4. Goreng dalam minyak masak panas seperti menggoreng roti telur biasa tu. Siap.
Resipi oleh Zur Ain Salim dari Telegram KakiMakan Channel
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Mengidam’ Punya Pasal, Sanggup Angkut Pinggan Dalam Kereta. Baru ‘Surr’ Makan Luar.
![‘Mengidam’ Punya Pasal, Sanggup Angkut Pinggan Dalam Kereta. Baru ‘Surr’ Makan Luar.](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2020/11/Untitled-design-82.jpg)
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni macam macam kisah masyarakat yang kita dengari. Ada yang meruntun hati tak kurang juga memberi inspirasi. Tapi kisah yang dikongsikan oleh Mohd Firdaus Jaafar Ng dalam laman Facebooknya ni agak mencuit hati.
PKPB ini hanya dua hingga empat orang sahaja dibenarkan sahaja makan di meja. Ia sebagai salah satu syarat bagi membendung wabak Covid-19 yang masih mengganas ketika ini. Dan kanak-kanak kecil memang tak dibenarkan kerana mereka golongan berisiko yang mudah dijangkiti.
Disebabkan teringin makan nasi kandar namun tetap mematuhi SOP pasangan suami isteri yang mempunyai seorang anak kecil ini sanggup melalui pengalaman makan di luar kebiasaan.
Ni antara luahan yang dikongsikan Mohd Firdaus Jaafar Ng :
“1 kete Max 3 org tapi
1 Meja Max 2 org.
Kanak2 dilarang.
So makan la dalam kete…”
Menurutnya lagi “Duk ketagih NAK, tapi…nak ke Penang tak boleh kerana PKPB. Nak makan kat restoran tak boleh ada baby.
Nak bungkus, tak surr (tak sedap).”
Ketika itu Firdaus dan isteri baru pulang dari klinik di Shah Alam untuk temujanji vaksin influenza anak mereka.
Dek kerana mengidam untuk menikmati juadah nasi kandar membuatkan suami isteri ini sanggup angkut pinggan dan makan dalam kereta.
.
Perkongsian Mohd Firdaus Jaafar Ng dalam akaun Facebook membuatkan ramai warganet yang memahami keadaan itu memberikan galakan bahkan ada juga yang syor restoran lain menyediakan juadah sama.
Di kalangan kaki makan nasi kandar ini memang sanggup makan di kedai sebab dikatakan kalau bungkus, hilang ‘kesurran’ juadah tersebut.
Rata-rata warganet yang berkongsi komen dalam perkongsian tersebut menyifatkan tindakan itu sebagai hiburan buat peminat makanan utara, ada juga kata berkelah dalam kereta pun syiok.
.
Namun tindakan pengusaha restoran yang prihatin ini amat terkesan di hati masyarakat.
Menurut pengusaha Restoran Hakim, Datuk Hakimsa Abdul Karim kepada Sinar Plus, “Demi mematuhi SOP yang ditetapkan, saya menghadkan jumlah yang datang makan dan tidak membenarkan kanak-kanak masuk ke premis.
“Bimbang juga sebab wabak masih ada dan pada masa sama, memahami keinginan pelanggan untuk menjamah juadah di premis kerana rasa lebih surr (lebih sedap, ummphh), jadi kami bawakan makanan terus ke dalam keretanya,” ujarnya sambil tergelak kecil.
Moga tindakan pengusaha ini memberi inspirasi kepada tokeh restoran yang lain. Kepada ibu bapa yang anak-anak masih kecil, patuhilah SOP dan jagalah keselamatan diri dan anak-anak. #kitajagakita
Nah bagi mereka yang teringin menikmati sajian nasi kandar, ini dia min kongsikan 2 sajian popular yang biasa ada di Restoran Mamak.
AYAM MADU MAMAK
BAHAN- BAHAN PERAPAN AYAM:
- 1kg ayam |dipotong dan dibersihkan
- 1sudu teh serbuk kunyit
- ½ sudu teh garam
- 1 cawan minyak masak (untuk goreng ayam)
BAHAN LAIN:
- 3 sudu makan minyak masak
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga cengkih
- 2 biji buah pelaga
- 1 labu bawang besar |dihiris
- 1 tangkai daun kari
- 1sudu teh bawang merah kisar
- 2 sudu teh halia kisar
- 1sudu teh bawang putih kisar
- 1 labu bawang besar |dikisar
- ½ sudu makan serbuk kulit kayu manis
- ½ sudu makan serbuk jintan putih
- 1 sudu makan serbuk cili
- 200gm buah kurma |dibuang biji
- ½ cawan air
- 3 sudu makan madu
BAHAN UNTUK MENGGORENG GAJUS DAN KISMIS:
- 50gm kacang gajus
- 10gm buah kismis
- 1 sudu teh minyak sapi
CARA MEMASAK:
- Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama 30 minit.
- Kemudian goreng ayam sehingga 1/2 masak. Ketepikan.
- Setelah itu, panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang merah dan daun kari. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
- Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan bawang kisar. Kacau rata selama dua minit.
- Masukkan serbuk jintan putih, serbuk kulit kayu manis dan serbuk cili. Kacau rata.
- Kisar buah kurma bersama ½ cawan air. Tuang bahan kisar tersebut ke dalam kuali dan gaul rata. Masak seketika. Sekiranya kuah pekat, tambah air secukupnya.
- Masukkan ayam dan perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan mendidih dan ayam masak sepenuhnya. Ketepikan.
- Di dalam kuali lain, masukkan minyak sapi dan goreng gajus bersama buah kismis menggunakan api perlahan. Tutup api.
- Tuang ke dalam kuah ayam dan kacau. Masukkan madu dan tutup api.
- Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
Info chef: Tidak perlu tambah gula kerana hidangan sudah ada madu dan kurma yang memberikan rasa manis pada masakan.
SOTONG MASALA
.
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong putih |bersihkan dan direbus sehingga ¾ masak
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga cengkih
- 2 biji buah pelaga
- 1 labu bawang besar |dihiris
- 2 biji cili merah |dipotong memanjang
- 2 sudu teh halia kisar
- 1sudu teh bawang putih kisar
- 1 tangkai daun kari
- 1 labu bawang merah (dikisar)
- 2 1/2 sudu makan serbuk kari daging
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1sudu teh serbuk jintan manis
- 1sudu teh serbuk cili
- 50gm santan pekat
- 1 cawan air rebusan sotong
- 3 sudu makan minyak masak
- ½ sudu teh gula
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar dan cili merah. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
- Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan daun kari. Apabila bau harum, masukkan bawang kisar. Kacau sekata.
- Bila mendidih, masukkan serbuk kari daging, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk cili.
- Tuang air rebusan sotong dan kacau rata. Masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit.
- Masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih.
- Masukkan sotong dan kacau rata selama empat minit.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api. Sedia dihidangkan.
Info chef: Sotong boleh juga dipotong kecil, mengikut kesukaan masing-masing.
Kredit foto : Mohd Firdaus Jaafar Ng
Sumber : sinar plus.sinar harian
INGIN MEMBELI KUALI ANTI MELEKAT, JOM LAYARI DI SINI.
JOM TENGOK VIDEO MASAKAN MENARIK INI. LEBIH BANYAK LAGI VIDEO DI YOU TUBE @Majalahrasaofficial
DAN RESIPI-RESIPI MENARIK INI:
Kari Sotong Sesedap Restoran Mamak. Boleh Makan Sampai Licin Pinggan.
Resipi Puding Nanas, Rasa Masam-Masam Manis Buat Lagi Sedap Makan
![Resipi Puding Nanas, Rasa Masam-Masam Manis Buat Lagi Sedap Makan](https://cdn.rasa.my/2022/05/nanas-1.jpg)
Nanas selain enak dijadikan jus, bahan masakan dan inti biskut tart, sesuai juga dijadikan masakan puding. Rasa masam-masam manis pada buah nanas menjadikan Puding Nanas begitu enak dinikmati. Ini resipi Puding Nanas yang dikongsikan oleh Chefobie Untold. Sesuai sangat dihidangkan pada tetamu terutama ketika cuaca panas sekarang. Memang jadi penyejuk tekak.
RESIPI PUDING NANAS
BAHAN-BAHAN:
BAHAN 1:
1 mangkuk nanas Josephine @ Morris @ sebarang jenis nanas
500 ml air
1 cawan gula – beli online
Secubit garam – beli online
3 sudu besar tepung jagung – beli online
1 paket serbuk agar-agar
BAHAN 2:
1 tin susu evaporated Ideal (susu sejat) – beli online
1 cawan air
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar tepung jagung
1 paket serbuk agar-agar – beli online
Esen vanilla (jika suka) – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Kisar nanas dalam mesin pengisar.
2. Sediakan 2 pot berasingan. Setiap pot mewakili bahan 1 juga bahan 2.
3. Masukkan kesemua bahan dalam pot kecuali tepung jagung. Masak bahan pada api sederhana dan kacau perlahan-lahan.
4. Apabila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung (letak sedikit air) ke dalam pot 1 dan pot 2. Kacau sehingga pekat dan bolehlah matikan api.
5. Gunakan loyang 8’inci atau 7’inci yang telah dibasahkan. Sudukan adunan secara bertindih sehingga selesai. Biar seketika di luar kemudian simpan di dalam peti sejuk. Enak dinikmati ketika sejuk.
Sumber kredit: Chefobie Untold
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Sotong Dengan Ramuan Daun Limau & Daun Kunyit, Semerbak Harum Baunya
Resipi Daging Goreng Berlada / Daging Masak Cili Mudah & Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Doh Piza Tanpa Uli, Senang Rupa-Rupanya Nak Buat Piza
![Doh Piza Tanpa Uli, Senang Rupa-Rupanya Nak Buat Piza](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2019/09/35362.jpeg)
Sebenarnya ada cara senang nak buat piza. Jadi lepas ni sesiapa yang suka makan piza, boleh cuba buat sendiri tau. Tak perlu kelengkapan macam chef pun. RASA kongsikan cara buat piza dengan mudah. Tak perlu uli pun. Hanya tekan-tekan dengan tangan saja.
DOH PIZA TANPA ULI
![Doh Piza Tanpa Uli, Senang Rupa-Rupanya Nak Buat Piza](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2019/09/35364.jpeg)
BAHAN-BAHAN
500 gram bread flour (tepung gandum pun boleh).
350 – 370 gram air
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar gula
1 sudu besar yis
2 gram pelembut roti
BAHAN TOPPING
Sedikit keju mozarella
Peppercorn
![Doh Piza Tanpa Uli, Senang Rupa-Rupanya Nak Buat Piza](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2019/09/35363.jpeg)
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan. Masukkan dalam bekas bertutup yang dah disapu minyak. Tutup dan setiap 30 minit tarik dan lipat doh (stretch and fold). Buat 4 set. Tangan basahkan dengan air terlebih dahulu.
2. Sapu piza pan dengan mentega atau minyak masak. Tekan-tekan doh guna tangan sehingga memenuhi pan.
3. Cucuk bahagian tengah piza dengan garpu. Doh memang lembik (high hydration).
4. Sapukan sos piza dan tabur keju mozarella. Boleh tabur sikit pappercorns.
5. Perap setengah jam. Bakar suhu 180°C sehingga masak.
Resipi oleh Amie Samuri dari Telegram KakiMakan Channel